Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai, Taiping
Setiap tiga bulan sekali saya akan ke Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai, Taiping ini membawa ayah saya untuk pemeriksaan kesihatannya. Pada umur 73 tahunnya ini beberapa penyakit sudah mula menjadi kawan rapatnya.
Seminggu sebelum hari pemeriksaan kesihatannya, saya akan membawanya terlebih dahulu untuk pengambilan darah. Seminggu kemudian untuk temujanji dengan doktor. Seawal jam 8 pagi untuk kedua-dua hari itu saya sudah sampai ke klinik ini.
Keputusan pihak Kesihatan memindahkan pusat rawatan pesakit luar dan rawatan susulan dari Hospital Daerah Taiping ke Klinik Kesihatan ini adalah tepat sekali walaupun pada mula terdapat banyak rungutan terutama lokasinya terkeluar sedikit dari pusat Bandar.
Susunatur logistik dalam klinik ini begitu memuaskan. Saya difahamkan semua Klinik Kesihatan di Malaysia menggunakan susunatur logistik yang sama. Bermula dengan kaunter pendaftaran terletak berhampiran dengan pintu masuk diikuti dengan bilik temujanji pesakit dengan di doktor di belakangnya. Manakala kaunter farmasi terletak berhampiran pintu keluar.
Unit pengambilan darah di belakang farmasi. Unit mata dengan peralatan canggih dan beberapa unit lain di tingkat atas.
Terdapat ruang lengkap dengan beberapa peralatan permainan kanak-kanak dan sebuah kantin untuk penghujung. Ruang pesakit penagihan tegar pula mendapatkan ubat alternatif menggunakan pintu masuk lain yang tidak sama dengan penghujung lain
Di setiap ruang menunggu temu janji doktor, pengambilan darah, farmasi dan sebagainya pula tersedia beberapa set tv.
Kunjungan saya minggu lepas dikejutkan lagi tambahan sesi pemeriksaan khas oleh pembantu kesihatan khas untuk pesakit diabetis. Pemeriksaan khas kaki pesakit diabetis ini mula diperkenalkan tahun ini. Biasanya pemeriksaan khas ini hanya terdapat di hospital-hospital atau klinik pakar dan persendirian saja.
Di samping itu perkhidmatan doktor-doktor yang ditemui oleh ayah saya di sini memberikan khimat kerja mereka sebaik mungkin. Terutama Dr. Manjir Kaur yang menjelaskan dengan terperinci kegunaan setiap jenis ubat dan kemungkinan kesan sampingan yang ada. Seorang pesakit lain yang kebetulan ada di dalam temujanji doktor yang sama dengan ayah saya iaitu seorang wanita tua juga dilayan oleh Dr. Manjit seperti seorang anak melayan ibunya sendiri.
Baru-baru kita ”dikejutkan” dengan pendedahan melulu di akhbar oleh seorang timbalan menteri yang mendakwa menangkap dua orang doktor yang sedang membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi sedangkan dua orang doktor tersebut adalah doktor pelatih yang telah tamat syif kerjanya.
Dalam satu rancangan TV3 yang dipengacarakan oleh Mazidul baru-baru ini juga begitu ketara ”menyalahkan” doktor-doktor ini.
Seorang timbalan menteri tidak perlu mencari ”kepopularitinya” sebagai seorang ahli politik dengan membuat pendedahan sebegini. Mungkin ada kejadian salah amalan sebegini tetapi sekadar seketika melepas lelah dan stress kerana kepenatan bekerja tidak harus dianggap mencuri tulang.
Ramai juga tidak tahu bahawa sistem longkang dan kumbahan sisa air di sekeliling dan terutama di hadapan klinik kesihatan ini menggunakan teknologi tinggi yang selamat dan mesra alam. Sekiranya aliran air sedikit, longkang atau takungan air ini akan bersifat lanskap dengan rumput menghijau. Teknologi ini diperkenalkan oleh REDAC, USM (River Engineering and Urban Drainage Unit) dan kebetulan penyelia projek di klinik kesihatan ini adalah rakan sekolah saya.
Bagaimanapun terdapat beberapa ruang untuk penambahbaikan ingin saya sarankan.
1. Ruang menurunkan pesakit di pintu masuk utama terlalu sempit. Ruang ini kadang-kadang sesak dengan ”kelam-kabut” staf serta kenderaan mereka yang baru datang untuk merakamkan kad kerja mereka.
2. Laluan menaik/menurun kerusi roda perlu dilekatkan dengan ”rubber padding” yang sesuai. Laluan sekarang licin dan boleh membahayakan penjalan kaki yang lain. Hospital Besar Seberang Prai umpamanya menggunakan ”rubber padding” ini di setiap laluan menaik/menurun kerusi roda ini. Rujuk gambar di bawah.
3. Pihak keselamatan (pengawal keselamatan) yang bertugas di pintu utama perlu lebih mesra pelanggan. Sekiranya tiada pertugas atau pembantu kesihatan berada berhampiran, mereka perlu membantu memberikan kerusi roda kepada pesakit yang memerlukannya. Sekarang ini mereka hanya tercegat memerhatikan pesakit ini terkial-kial mencari kerusi roda.
4. Pihak keselamatan juga perlu tegas kepada penghujung-penghujung yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di laluan dan kepada mereka yang membawa kenderaan melawan arus laluan sehala.
5. Tempat letak kereta penghujung agak terhad. Walaupun sudah ditambah di bahagian belakang bersebelahan tempat letak kereta staf, masih lagi berlaku kesesakan.
6. Sistem lampu isyarat di luar klinik ini tidak selari dengan sistem lampu isyarat di hadapan restoran nasi kandar bersetentang dengan klinik ini. Walaupun sistem lampu isyarat ini bukan di bawah bidang kuasa klinik ini, pihak klinik perlu memaklumkannya kepada pihak berkenaan. Sudah banyak kali kejadian nyaris hampir dilanggar kepada mereka yang keluar dari klinik ini sewaktu hendak membelok ke haluan kanan ke bandar Taiping.
Bagaimanapun keseluruhannya Klinik Kesihatan Jalan Tupai ini memberikan perkhidmatannya begitu memuaskan. Agar perkhidmatan sebegini berterusan dan terus meningkat.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

1 comment:
Nak tanya. Klinik kesihatan Tupai ada tak mesin untuk check darah (fatty liver)? Terima kasih.
Post a Comment