Friday, August 1, 2014

Ekzos bocor, slip & fall dan penyelesaian secara OSH


Ekzos bocor, slip & fall dan penyelesaian secara OSH

Ini adalah light case study yang akan saya gunakan dalam kelas-kelas pembelajaran akan datang.

Mengikut statistik Perkeso, setiap tahun kemalangan yang dilaporkan tertinggi ialah “slip & fall” selain dari “commuting accident”. Antara punca “slip & fall” ialah permukaan lantai yang licin akibat kehadiran air, minyak, pasir dan sebagainya.

Step 1. Kenalpasti punca

Biasanya motosikal lama (terutama British) bermasalah dengan lelehan minyak engine dari gear box atau lelehan petrol dari karburetor (overflow dan sebagainya). Tetapi pada Suzuki GT250C (model 1978) saya mengenalpasti kesan kebocoran sisa minyak petrol bercampur pelincir pada ekzos!

Sekali pandang memang mustahil adanya kebocoran pada ekzos motosikal 2-lejang! Biasanya ekzos enjin 4-lejang yang selalu bocor. Kehadiran minyak pelincir 2T pada ekzos motosikal 2-lejang sebenarnya berupaya memanjangkan hayat ekzos itu sendiri.

Ekzos Suzuki GT250C saya bocor akibat hentakan berulang-kali dari pemijak sisi yang dinaikkan. Berbeza dengan bahagian ekzos yang berhampiran dengan hujung pemijak tengah yang mempunyai lekuk khusus.

Punca lelehan minyak ini adalah akibat kebocoran disebabkan hentakan pemijak sisi kepada bahagian ekzos.

Step 2. Penyelesaian jangka pendek – corrective action

Lelehan minyak ini akan menyebabkan permukaan lantai licin dan boleh menyebabkan tergelincir dan jatuh. Untuk jangka pendek, setelah permukaan lantai dicuci, saya menggunakan kertas tebal (kertas kotak) sebagai alas sementara.

Terfikir juga untuk mencari aluminiun foil penampal periuk!

 *Kalau dalam sukan lumba, pegawai atau marshal akan bersedia dengan simen. Simen ini akan dicurah di atas permukaan jalan yang ditumpahi minyak dan diberus (menggunakan berus buluh), menyebabkan simen akan mengeras serta-merta.

Step 2. Penyelesaian jangka panjang – preventive action

Untuk preventive action, penyelesaian secara “Hierarchy of Risk Control” adalah antara yang terbaik.

1. Eliminate – Penghapusan Mutlak Risiko. Setelah lubang ekzos yang dibaiki/pateri (welding), pemijak sisi boleh ditanggalkan terus.

2. Subtitution – Penggantian. Elakkan menggunakan pemijak sisi. Gunakan pemijak tengah.

3.  Isolation – Penjarakan yang ada dua kaedah iaitu jauhkan dan litupi. Jarakkan (atau litupi) bahagian ekzos yang terdedah kepada hujung pemijak disisi dengan direka  adanya lekukan (groove) seperti bahagian ekzos yang terdedah kepada hujung pemijak tengah.

4. Engineering Control – Pengawalan secara Kejuruteraan. Rekabentuk awal agar pemijak sisi ini berjauhan dari bahagian ekzos.

5.  Administration Control – Pengawalan secara Pentabiran. Prosedur atau kaedah menaikkan pemijak sisi secara perlahan-lahan agar tidak menghentak bahagian ekzos.

6.  Protection Equipment – Peralatan Perlindungan Peribadi. Peribadi kepada motosikal (ekzos) dengan cara memasang getah pelapik (rubber padding).

Mungkin menggunakan jentera atau mesin di kilang lebih tepat untuk case study corrective/preventive action dan Hierarchy of Risk Control . Tetapi saya rasa penggunaan ekzos motosikal 2-lejang yang bocor juga boleh digunakan sebagai light case study berkaitan penyelesaian secara OSH untuk kemalangan slip and fall.


http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: