Thursday, April 16, 2009

Selamatkan penghadang jalan di lebuhraya kita?

Selamatkan penghadang jalan di lebuhraya kita?

Kenyataan Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh (rujuk keratan akhbar di atas) benar-benar membimbangkan saya dan pastinya kepada semua pengguna-pengguna lebuhraya yang lain. Harap-harap kajian ini dipercepatkan dan disusuli dengan tindakan. Malah saya berharap kajian ini bukan seperti mana yang pernah dipersoalkan ketelusannya oleh CAP sebelum ini. Rujuk posting sebelum ini.

Kepada mereka yang menghadiri Seminar Penguatkuasaan AKKP 1994, dan Kod Amalan KKP di Sektor Pengangkutan Jalan Raya pada 31 Mac 2009 di Hotel Sunway, Georgetown lalu tentu menyedari soalan yang saya hampir sama dikemukakan kepada wakil MIROS. Bagaimanapun wakil MIROS yang hadir bukanlah dari Unit Teknikal Jalanraya tetapi dia cuba menjawab seberapa yang boleh.

Soalan saya sebegini;

Apakah fungsi sebenar penghadang besi di lebuhraya? Adakah bersifat “Crash Barrier” ataupun bersifat “Catch Fence”?

Antara lain maksud soalan saya ialah;

Kalau ”Crash Barier” ia bertujuan menyerap hentakan pelanggaran kenderaan ia hendaklah dibuat dari bahan yang kukuh dan padat. Strukturnya juga tidak boleh ”terkeluar” seperti besi atau palang yang boleh dijadikan senjata mencederakan atau membunuh pengguna jalan raya yang terlibat. Dilaporkan mangsa kemalangan bas ekpress yang mati dan cedera diakibatkan ditikam besi dan palang di lebuhraya ini.

”Catch Fence” pula bertujuan untuk menghalang kenderaan yang berlanggar dengannya dari terpelanting ke bersebelahan kanan jalan ataupun terkeluar dari sebelah kiri jalan.

Penghadang jalan di lebuhraya sekarang ini sudah tidak mampu untuk menahan kenderaan yang melanggarnya dari terpelantinng ke seberang jalan. Ini disebabkan penaiktarafan jalan tidak selari dengan ketinggian penghadang jalan ini. Tambahan lagi banyak kenderaan di atas jalan raya ketinggiannya tidak sesuai dengan penghadang ini seperti kenderaan 4x4, kenderaan berat dan sebagainya.

Pihak PLUS umpamanya perlu memaklumkan fungsi-fungsi ini kepada orangramai khususnya penguna-pengguna lebuhraya. Saya pernah menulis sebelum ini mengenai kelemahan PLUS memaklumkan kegunaan ”Crash Zone” atau "Run-off Zone" yang disediakan di laluan ke Selatan di Rumah Tol Jelapang. PLUS agak lambat mengadakan papan-papan tanda memaklumkan kegunaan ”Crash Zone" atau "Run-off Zone” ini jika dibandingkan dengan kekerapan kemalangan maut di situ.

Apapun sistem lebuhraya yang tiada penghadang jalan di negara Thailand wajar dikaji keberkesanannya. Lebuhraya empat laluan mereka hanya dipisahkan dengan tanah berumput beralur yang direka untuk mengalirkan air.

Seingat-ingat saya yang ”agak kerap” berkereta dan bermotosikal menggunakan lebuhraya di Thailand ini tidak pernahpun menyaksikan kemalangan-kemalangan maut yang mengerikan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/


Gambar diemail oleh; aladdinosama@gmail.com

6 comments:

Anonymous said...

salam encik...
sy pelajar daripada politeknik yang menduduki semester akhir pada tahun ni (2010) dan juga sedang membuat kajian mengenai sistem penghadang jalan yang ada di malaysia terutamanya bagi yang berdekatan kawasan gaung atau cerun.
di mana saya boleh mendapatkan specifications bagi guardrail ni?dan bagi pendapat encik sistem guardrail yang manakah yang paling sesuai digunakan di negara kita?

salam..
semoga dapat berkongsi ilmu..

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Hubungi terus ke email saya -

lukmanw@uum.edu.my

Wsl

NuR fAiZaH said...

salam..saya pelajar politeknik sedang buat kajian tentang gudrail..boleh tak saya dapatkan sedikit info untuk final project saya..

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Hubungi terus ke email saya -

lukmanw@uum.edu.my

Wsl

Unknown said...

salam , saya dari pelajar politeknik ingin membuat pembaharuan terhadap penghadang jalan , boleh tak saya dapatkan maklumat untuk projek akhir saya

Unknown said...

Salam, boleh saya tahu projek akhir awak tentang barrier atau guardrail?