Tuesday, April 21, 2009

Bersediakah anda untuk menangani kehidupan liar ini?

Bersediakah anda untuk menangani kehidupan liar ini?

Kes 1, 20-April-2009

Tujuh pekerja Unit Harta Benda Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini gempar apabila menjumpai seekor ular tedung selar ketika mereka sedang memunggah barang-barang untuk pelupusan.

Ular sepanjang 10 kaki itu ditemui di bawah timbunan tilam dan karpet yang sedang dipindahkan untuk dibawa ke tempat pelupusan di Bukit Kachi, UUM.

Ular tersebut akhirnya berjaya ditangkap dengan bantuan daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam dan telah dibawa ke Taman Ular, Perlis.



Kes 2, 21-April-2009

UUM CAS ingin memberi peringatan kepada semua pihak bahawa terdapat berberapa tempat di sekitar kampus UUM telah didiami oleh ribuan ekor ulat bulu. Ulat bulu ini amat berbahaya kerana ia akan menyebabkan gatal-gatal seterusnya boleh menyababkan demam serta badan yang letih.

Baru-baru ini satu program Bengkel UPSR yang dihadiri oleh kanak-kanak 12 tahun di UUM rata-ratanya telah mendapat jangkitan dari ulat bulu tersebut. Kami difahamkan bahawa bukan hanya dengan melata diatas kulit untuk mendapat jangkitan malah dengan angin yang menerbangkan bulu-bulunya juga berkemungkinan boleh menyebabkan gatal-gatal.

Antara tempat-tempat yang perlu diawasi ialah DKG 3 , bangunan sekitar kawasan FKBM dan Bangunan Ekonomi serta tempat-tempat sekitar Canselori. Kebanyakan ulat bulu dikesan berada pada tempat-tempat yang mempunyai pokok-pokok besar.

Jika ada tanda-tanda gatal pada kulit diharapkan jangan mengaru atau membasuhnya kerana takut akan merebak. Jika boleh terus pergi ke pusat kesihatan untuk mendapat kan ubat.

Ulat bulu yang dikesan di kampus kita berwarna hitam coklat.




No comments: