Imej penunggang motosikal tercemar lagi!
Sebelum ini setiap kali menyambut kemerdekaan dan ketika piliharaya umum Mac tahun lalu serta pilihanraya kecil di Terengganu, saya terbitkan kembali beberapa artikel berkenaan keselamatan pertugas pilihanraya memasang bendera dan juga bahaya memasang/membawa bendera bertiang di atas kenderaan. Tetapi saya malas untuk menerbitkannya atau memberi nasihat kepada mana-mana parti politik dan penyokong masing-masing semasa pilihanraya di dua bukit dan satu batang yang baru selesai ini.
Tidak juga bererti saya memandang sepi isu-isu semasa berkaitan dengan pilihanraya terutama dari segi aspek keselamatan dan juga respon keselamatan. Artikel berkaitan dengan kegusaran ramai terhadap kehadiran ambulan semasa hari penamaan calon ada saya sentuh sebelum ini. Seorang bekas pelajar saya pula menanyakan jenis bahan kimia yang digunakan dalam air semburan ‘water canon” FRU. (Saya masih belum mendapat jawapannya!). Manakala seorang pelawat blog ini meminta pandangan saya terhadap penggunaan berluasa motosikal oleh anak muda yang berkempen di atas jalan raya.
Untuk siratan kali ini saya ingin membiarkan pelawat dan pembaca blog ini memberi pandangan masing-masing dengan merujuk beberapa gambar di dalam siratan ini serta beberapa soalan yang boleh direnungkan.
1. Apa bezanya seorang penunggang motosikal yang menunggang sambil membawa/memegang bendera parti yang disokong dengan seorang penunggang kuda pahlawan kesastria zaman dahulu?
2. Sean Connery yang berlakon sebagai ayah Indiana Jones dalam Indiana Jones and The Last Crusade telah menggunakan payung untuk menghalang askar bermotosikal Nazi yang mengejar mereka yang menaiki motosikal beroda tiga. Connery mencucuk payung tersebut ke antara bilah jejari roda depan motosikal askar Nazi menyebabkan motosikal tersebut terpelanting.
Apa yang saya kesali di sini ialah imej penunggang-penunggang motosikal ini berterusan tercemar. Sudah isu-isu rempit, ragut, bohsia, bohjan dan sebagainya semakin berluasa, mereka ini pula ”diperkuda” dengan pihak-pihak tertentu dengan hanya umpanan sehelai t-shirt dan beberapa helaian duit ringgit.
Setiap orang mempunyai hak untuk memilih dan mengundi parti-parti pilihan masing-masing. Tetapi perlu ingat hak anda sebagai seorang insan yang bertanggungjawab untuk keselamatan dan kesihatan diri sendiri serta orang ramai yang berkongsi jalan raya dengan anda.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment