Friday, April 17, 2009

Generasi-generasi OSH di Celestica

Dari kanan, sdr. Azhar, Hj. Sabki dan saya
Generasi-generasi OSH di Celestica

Sepatutnya semalam di Kenduri Kambing di Taman Rekreasi Kulim Hi-Tech, dijadualkan bertemu empat generasi OSH di Celestica tetapi sdr. Aliasman tidak dapat hadir.

Generasi OSH di Celestica bermula dengan sdr.Azhar sebagai Senior EHS Engineer. Apabila sdr. Azhar berpindah ke Intel sebagai EHS Manager, tempatnya diisi oleh Hj. Sabki. Saya mula menggantikan Hj. Sabki apabila beliau berpindah ke Silettera (kemudiannya ke Intel) pada pertengahan tahun 2004. Sebelum saya menjawat SHE Manager di Tasek Cement Ipoh pada pertengahan tahun 2006, saya mencadangkan kepada pihak pengurusan Celestica untuk mengambil sdr. Aliasman yang ketika itu di Sabah untuk mengantikan saya. Sebenarnya saya hanya mengenali sdr. Aliasman melalui Forum Niosh tetapi saya yakin beliau boleh mengantikan saya di Celestica. Kini sdr. Aliasman juga telah meninggalkan Celestica dan menyertai Infineon.

Generasi-generasi OSH dari Celestica ini sebenarnya bukan sahaja committed dengan sebagai pengamal OSH di dalam organisasi yang disertai sekarang ini tetapi juga dengan pelbagai aktiviti OSH luaran dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Sdr. Azhar umpamanya Pengerusi jawatankuasa EHS Kulim Hi-Tech di samping aktif sebagai salah seorang Biro Motivasi Warga Kilang, sebuah NGO berdaftar yang keahliannya dari pekerja-pekerja dan bekas pekerja kilang di Utara Semenanjung.

Hj. Sabki pula Timbalan Presiden Warga Kilang dan ahli aktif dalam Biro Keusahawanan. Hebat juga Haji Muda kita ini dengan pelbagai keusahawanan dalam bidang pertanian dan perternakan.

Sdr. Aliasman pula aktif dalam NRG-SHE (pengamal OSH North Region Group) bersama-sama berapa pengamal OSH lain seperti Presiden, sdr. Anuar Saidin (Penang Port) , sdr. Yusri Yusuf (Aladdin Osama) dan lain-lain.

Semasa ura-ura penubuhannya dahulu, saya pernah dijemput oleh sdr. Yusri untuk menjadi Penasihat NRG-SHE ini. Memandangkan ketika itu saya sudah berhasrat beraleh-angin dari seorang pengamal OSH ke dalam bidang akademik, saya mencadangkan agar penasihat ini dilantik dari kalangan pengamal OSH juga.

Saya tidak terlibat secara aktif dalam Warga Kilang dan juga NRG-SHE tetapi sekali-sekala turut serta dalam aktiviti-aktiviti mereka.

Dalam Warga Kilang umpamanya saya sering juga dijemput sebagai tenaga pengajar dalam Biro Motivasi bersama-sama sdr. Azhar, sdr. Monier (setiausaha Warga Kilang) dan lain-lain.

Setakat ini adalah sekali-dua saya bersama sdr. Wahab dari Biro Kebajikan (yang juga seorang yang aktif dalam keusahawanan barang makanan) dalam menjalankan aktiviti kebajikan. Sdr. Azhar dan sdr. Monier juga aktif dalam Biro Kebajikan ini di mana mereka sering keluar masuk ke kampung-kampung untuk menyampaikan sumbangan.

Sdr. Monier ini juga terkenal dengan idea ”kotak hitam”-nya iaitu perniagaan sambilan dengan dibuktikannya sendiri. Selain agresif dengan perniagaan sambilan di Pasar Malam, beliau juga mempunyai beberapa kiosk di beberapa pusat membeli-belah dari Sungai Petani, Kedah hinggalah ke Mines, Kuala Lumpur.

Walaupun ahli-ahli Warga Kilang yang saya sebut di atas bukan dari kalangan pengamal OSH tetapi komitmen mereka masing-masing sebagai pengurus dan jurutera di organisasi masing-masing memang tidak ada tanding dan kurangnya jika dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakan luaran mereka.

Sesungguhnya banyak pengamal-pengamal OSH dewasa ini mempunyai kesinambungan dengan aktviti kemasyakatan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: