Wednesday, April 1, 2009

Kesedaran OSH di dalam konvokesyen dan hari sukan sekolah

Semasa hari sukan sekolah tahun ini.



Kesedaran OSH di dalam konvokesyen dan hari sukan sekolah

Sabtu 28-Mac-09 lepas saya berbelah bagi untuk menghadiri Konvokesyen ke 22 UUM. Ini kerana pada hari yang sama, sekolah anak lelaki saya seorang itu mengadakan hari sukan. Saya tidak penah gagal dari menghadiri hari sukan dan cuba sedaya upaya menghadiri hari-hari penting yang lain seperti hari penyampaian hadiah hujung tahun dan sebagainya. Sementelah di tahun ini anak saya mewakili beberapa acara sukan di peringkat akhir dan pada masa yang sama mempengerusikan beberapa badan beruniform dan persatuan sukan.

Semenjak saya bergelar Warga UUM sudah empat kali konvo berlangsung termasuk hari Sabtu lepas. Konvo-konvo sebelum tidak dapat saya hadiri kerana ada kelas saya untuk dikendalikan pada hari konvo. Ataupun mengantikan kelas Ketua Jabatan yang saya rasa dia tidak-boleh-tidak dari menghadiri konvo.

Semasa di dalam konvo, majlis bermula dengan ingatan keselamatan mengenai pintu/laluan keluar jika berlaku kecemasan. Menurut Ketua Jabatan saya, ingatan ini mula diamalkan semenjak konvo ke 21. Suatu kesedaran OSH.

Semasa konvo berjalan, saya menerima sms dari isteri saya mengatakan hari sukan sekolah anak lelaki saya seorang itu dibatalkan kerana Guru Besar meninggal dunia! Saya menerima berita itu dengan rasa sedih kerana baru bulan lepas saya aruah Guru Besar ini ada berbincang dengan saya untuk mengadakan sesi keselamatan dengan guru-guru dan kakitangan sekolah.

Berita itu juga menceriakan sedikit kepada saya kerana hari sukan sekolah akan diadakan semula pada hari Isnin. Sudah tentu saya tidak akan ketinggalan untuk menghadiri hari sukan sekolah anak lelaki saya seorang itu pada tahun ini.

Ada beberapa pendekatan OSH pada hari sukan sekolah kali ini. Saya telah mencatat beberapa ”room for improvement” pada tahun lepas. Klik di sini untuk catatan lanjut.

Besi tiang khemah yang terdedah tajam sudah tiada lagi. Kini semua tiang khemah menggunakan ”bolt and nut” menggantikan besi yang tajam dan merbahaya itu. Bagaimanapun ”bolt” nya agak panjang dan sepatutnya dipotong mengikut kesesuaian diameter tiang khemah.

Keputusan pihak sekolah membatalkan acara guru dan ibubapa yang dijadualkan berlangsung selepas acara terakhir pelajar juga satu keputusan tepat. Acara-acara yang sememangnya menarik itu dibatalkan kerana jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Tidak seperti tahun lepas, dua acara tersebut diadakan juga walaupun matahari sudah terpacak di atas kepala.

Semoga amalan-amalan OSH ini berterusan di masa-masa mendatang di dalam apa jua majlis penganjuran.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: