Wednesday, April 1, 2009

Tear Gas & Water Canon Used by FRU

Tear Gas & Water Canon Used by FRU

Salam En.Lukman

Saya merupakan X-student en.lukman EDOSH 1st batch. Baru2 ni saya lalu depan taman tunku haminah sg petani menghala ke kelab cinta sayang. Jadi sebelum tu singgah kat restoran D'Love yg terletak d shop lot tmn tunku haminah. saya tak tau yang ada ceramah pakatan rakyat kt situ iaitu penceramahnya Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Soalan sya bukan bb politik, tapi pihak FRU menggunakan gas pemedih mata & air untuk menyuraikan perhimpunan yg sya nampak aman. Ape jenis bahan kimia yg FRU campurkan dlm air? shingga sya pn terkena dan ianya gatal lbh kurang miang. Jenis gas ape yg FRU guna smpi nk bernafas pn tak boleh,pedih bukan setakat mata termasuk tekak.(Ni pengalaman saya terkena, 1st time in my life).

Minta en.lukman komen dalam blog en. lukman tentang effect2 dia sekali.

Rgds


Saya menerima email di atas petang tadi. Saya siarkan semula tanpa sebarang edit.

Mengenai persoalannya berkaitan bahan kimia yang digunakan, akan saya rujuk kepada sumber-sumber saya dan akan disiarkan.

Pesanan saya, rajin-rajin dan sentiasa peka keadaan semasa.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: