http://thejourney.weblog.uum.edu.my/)
Ogos tiba lagi. Bulan kemerdekaan tiba lagi. Peniaga bendera mula mengeluarkan stok tahun lepas untuk dihabiskan. Mereka akan tersenyum panjang jika kerajaan serius dalam kempen dan hebahan media masa agar semua rakyat Malaysia mengibarkan bendera tidak kira di mana, di bangunan perniagaan, perumahan serta kenderaan masing-masing.
Sebagai anak Malaysia yang dilahirkan sesudah merdeka, saya mensyukuri nikmat kemerdekaan. Tidak terlintas sekelumitpun membantah anjuran sesiapapun dalam soal mengibarkan Jalur Gemilang ini. Kibarlah di mana sahaja di bangunan perniagaan atau perumahan tetapi tidak kepada kenderaan yang sedang bergerak.
Tidak cukup patrotikkah saya dalam hal ini?
Jangan cakap mengenai patrotik kepada diri ini. Lebih 20 tahun saya melibatkan diri dalam perayaan menyambut kemerdekaan. Perarakan di semua peringkat mahupun dari daerah, negeri sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Bukan untuk dibanggakan tetapi saya adalah salah seorang penunggang motosikal di Malaysia yang pertama kali diberi peluang berarak di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samah pada tahun 1986 dan 1987 di mana Yang Di Pertuan Agong semasa itu (Sultan Johor) mencemar duli turun dari pentas dan bersama-sama kami menunggang motosikal.
Di peringkat negeri Perak pula sebut sahaja acara apa yang tidak pernah dibuat untuk sambutan kemerdekaan ini; bersajak, berpuisi, berteater, pentomin (semua peringkat usia dari tabika, pelajar sekolah remaja dan dewasa), perarakan motosikal berkuasa besar, skuter, vespa, motosikal klasik, kereta klasik, mini, vw, Bomba Sukarela, remaja bermasalah, wakil industri dan sebagainya lagi.
Setiap kali menjelang Ogos dan belarutan hingga pertengahan September, orang rumah saya sentiasa mengeluh melihatkan kepadatan jadual saya. Bukan dengan satu dua agensi tetapi berbelas agensi, jabatan atau pertubuhan tidak saling putus menghubungi saya supaya membantu mereka.
Bagaimanapun sebagai pengamal OSH saya membantah penggunaan Jalur Gemilang pada kenderaan yang bergerak di atas jalan raya. Tetapi boleh dikibarkan kepada kenderaan yang berarak dengan syarat dalam kelajuan “berjalan kaki” sahaja.
Mengapa saya terlalu emosianal dalam hal ini?
Setiap kali menjelang kemerdekaan, hati kecil ini terpilu melihatkan kegelimpangan Jalur-jalur Gemilang ini di atas jalan raya. Ke mana saja pergi ada sahaja kelibat merah putih bendera ini di atas jalan raya. Jalur Gemilang untuk dikibarkan, digagahkan di puncak. Jalur Gemilang bukan untuk dibaringkan jasadnya di atas lantai jalan raya.
Bendera yang terbaring di tanah adalah simbol kekalahan. Tidak kira negara, bangsa atau apa agamapun pun, bendera yang berkibar adalah simbol kemenangan. Manakala bendera yang tersembah ke bumi adalah simbolik kepada kekalahan atau kegagalan. Diriwayatkan pahlawan dahulu kala bermati-matian memegang tiang bendera untuk ditegakkan walaupun seluruh jasad sudah ditikami lembing dan tombak. Kalau jasad pemegang atau pembawa bendera tumbang, ada rakan seperjuangan menyambung tugas mulia tersebut.
Tetapi sebaliknya di negara kita ini, Jalur Gemilang bersepah-sepah di atas jalan raya. Pecah riuk batang bendera, carik rabit kain bendera digelek roda kenderaan. Dan kita hanya memerhatikan sahaja fenomena ini.
Itu dari segi sentimen simbolik. Kita kaitkan pula dengan OSH.
FIA Steward (suatu jawatan pemantau sukan bermotor antarabangsa) dalam satu acara “offroad rally” Malaysia ke China beberapa tahun yang lalu pernah mengarahkan saya supaya memaklumkan kepada semua peserta dari Malaysia menanggalkan Jalur Gemilang di kenderaan lumba masing-masing atas dasar keselamatan. Peraturan FIA sedia ada sebenarnya sudah mencukupi dengan lukisan Jalur Gemilang, nama peserta serta jenis darah tertulis di pintu kenderaan lumba masing-masing. Bendera ini (kain dan tiangnya) dikuartirkan boleh memudaratkan atau membahayakan bukan sahaja peserta kenderaan yang memasangnya tetapi juga kepada kenderaan lain.
Banggakah kita melihat tiang kayu dengan Jalur Gemilang sebesar selimut berkibar pada belakang lori atau bas? Bayangkan kalau kain bendera itu terlucut dan menutupi cermin kenderaan yang anda pandu? Atau tiang kayunya patah dan menjunam ke arah kenderaan anda? Lebih memudaratkan lagi jika anda menunggang motosikal.
Banggakah kita melihat anak-anak kecil belasan tahun menunggang basikal atau motosikal dengan tiang bendera diikat pada hendal atau mana-mana bahagian kenderaan dua roda mereka ini. Bayangkan kalau tiang bendera ini tergelunsur dan tersepit di antara pengerakan roda. Apakah yang akan terjadi lebih-lebih lagi kalau ditunggang dengan kelajuan yang tinggi? Bayangkan juga jika kain bendera ada yang sebesar selimut itu terlepas dan membalut muka penunggang yang lain.
Pernah kita terfikir semua ini?
Saya juga memasang Jalur Gemilang pada kenderaan saya. Cukuplah sekadar bendera kecil yang dipasang pada “dashboard” dalam kereta. Liukan tiang bendera yang mempunyai “spring” itu sentiasa menghiburkan dan mengingatkan saya apa erti kemerdekaan ini.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment