Sunday, November 30, 2014

KONGSI ILMU - ERM Every Day Carry Wallet Management









KONGSI ILMU - ERM Every Day Carry Wallet Management

Antara topik ERM (asas) yang sering saya sentuh ialah ERM Every Day Carry Wallet Management. Ini adalah antara topik yang sering saya diundang oleh organisasi luar terutama sektor kerajaan.

* Bersesuaian dengan perkembangan IT, ada barangan yang sudah tidak relevant dalam Wallet Management ini.

Off topic – ada yang bertanya kenapa saya suka berkongsi “slides” pengajaran saya di dalam blog dan  fb.

Pernah dengar “generic drug” atau “generic medicine”? Generic Drug ini adalah sama dengan dadah (ubat) asal tetapi telah tamat patern-nya yang membolehkannya dijual dengan harga lebih murah.

Saya menganggap “slides” saya ini sebagai generic drug terutama slides yang telah lama saya gunakan semenjak dari awal tahun 90an lagi. Sudah sampai masanya saya berkongsi slides ini.

Manfaatkan slides ini jika bersesuaian. Dipinta yang lebih arif menegur saya jika ada kekhilafan.

Untuk topik-topik pengkhususan (specific), boleh hubungi saya terus.

Nota – kalau inginkan penjelasan lanjut, kenalah jemput saya menyampaikannya.


http://oshthejourney.blogspot.com/

Saturday, November 29, 2014

Above Ground 500 Gallons Diesel Skid Tank and Dyke


No regret ! - itulah boleh saya katakan apabila bekerja di Kilang Simen di Ipoh selama 2 tahun (2006-2007). Saya menganggap di Kilang Simen ini sebagai "universiti alam sekitar" pada saya, dengan DOE Perak sebagai "examiner" nya walaupun persekitarannya amat mencabar. Banyak yang saya pelajari di sini. Lebih membanggakan lagi apabila hampir tiada saman yang dikeluarkan oleh DOE semasa tempoh perkhidmatan saya di sini jika dibandingkan sebelum dan selepas tempoh perkhidmatan saya itu.
Apabila hari ini seorang Construction Manager yang terlibat dengan mega-project di KL menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skid tank dan dyke, semuanya masih lagi dalam ingatan terutama saya terlibat dalam satu modification dyke (atas arahan DOE) untuk "mengubah" ketinggian dinding dyke dari 5' ke 4'. Lebih mencabar lagi apabila keluasan dyke tersebut sudah maksimum (tidak boleh diluaskan lagi untuk mencapai isipadu 110%) kerana bersempadankan sungai dan jalan keretapi.
Saya berharap pelajar dan peserta kursus saya dalam topic environment control engineering masih ingat solution untuk real case study ini.

Sunday, November 23, 2014

Syabas Putera Umno! Sumbangan Barangan Hygiene Kepada Mangsa Banjir Terengganu


Syabas Putera Umno! Sumbangan Barangan Hygiene Kepada Mangsa Banjir Terengganu

Sebentar tadi di dalam Buetin Utama TV3, melaporkan Skuad Putera UMNO dengan di ketuai oleh Pengerusinya Dato' Abdul Azeez telah menghantar bantuan kemanusian kepada mangsa banjir di Terengganu.

Selain dari makanan dan pakaian, turut disumbangkan ialah barangan hygiene dengan jumlah yang banyak! Kalau tak silap saya sebanyak 2,000!

Mungkin saya terlepas pandang dengan beberapa siri amal Skuad Putera UMNO sebelum ini , saya rasa inilah kali pertama (betulkan jika saya salah) sumbangan barangan hygiene disertakan.

Sebenarnya dalam sumbangan amal dari mana-mana pertubuhan, ngo atau atas nama CSR, barangan makanan dan pakaian adalah yang paling banyak dan mudah didapati di mana-mana pusat penempatan mangsa banjir. Apaah lagi jika Kerajaan Negeri telah membentuk Plan Tindakan Menghadapi Banjir.

(Saya ada soft copy Plan Tindakan Menghadapi Banjir yang disediakan oleh Kerajaan Negeri sebuah negeri di Semenanjung yang hampir tiada masalah banjir. Jika ada yang berminat, boleh pm/email kepada saya).

Selain dari makanan dan pakaian, barangan hygiene adalah barangan penting yang mesti dimiliki oleh semua mangsa banjir.  Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis adalah gejala yang paling dibimbangkan semasa banjir akibat dari kecuaian penjagaan hygiene.

Bukan untuk membanggakan diri atau mendabik dada, saya adalah orang terawal yang emperkenalkan pek hygiene dalam Program NGO Jalan-jalan Masuk Kampung.  Ketika penyumbang lain member tumpuan kepada barangan makanan, pakaian dan peralatan sekolah, saya menumpukan kepada sumbangan barangan hygiene.

Walaupun kini saya kurang mengikuti aktiviti amal Warga Kilang, tetapi sumbangan barangan hygiene sebegini masih berterusan kepada rumah-rumah anak yatim dan keluarga-keluarga miskin di sekitar Taiping dan Alor Setar / Changlun.

Mungkin juga pengelibatan saya secara langsung dengan bencana Tsunami Aceh dan menyaksikan kekurangan barangan hygiene menyebabkan saya cenderung mendapatkan sumbangan berbentuk barangan hygiene.

Tanpa disedari, sebenarnya bapa saya yang mempengaruhi dan memberi inspirasi barangan hygiene ini. Jika orang lain lebih kerap menderma atau bersedekahkah Kitab Al Quran dan Sejadah, bapa saya (semenjak saya letahui sekitar 70an) lebih suka menyumbangkan cebuk kecil dan terompah kepada masjid atau surau.

Sekadar penambahbaikan kepada mana-mana mereka yang ingin turut serta memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana sebegini, jangan lupa peralatan hygiene selain dari makanan dan pakaian. Kerajaan Negeri juga perlu memasukkan barangan hygiene dalam senarai barangan yang perlu disediakan kepada mangsa banjir dalam Pelan Tindakan Menghadapi Banjir mereka.

Syabas sekali lagi kepada Putera UMNO dengan keprihatinannya mengenai barangan hygiene ini kepada mangsa banjir di Trengganu.

httip://oshthejourney.blogspot.com/

Catatan tambahan. Jika mereka yang biasa menghadiri kelas ERM saya, sudah tentu biasa dengan beberapa keperluan “resources” lain semasa bencana yang sering saya tekankan seperti water, ice, medicine, personal hygiene product, etc. Malah saya juga tekankan kepentingan golongan “pakar” seperti religious/bomoh, morticians, state assembly/wakil rakyat, etc.!

Link berkaitan di sini dan di sini. 












Thursday, November 20, 2014

Copy n Paste


Ex-boss safety saya pesan, kalau nak copy n paste dari internet pun seeloknya buat semula dan sesuaikan dengan environment kerja.
Saya juga nak berpesan yang sama. Maaf

Bagaimanakah saya nak memulakan tugas sebagai SHO?

Bagaimanakah saya nak memulakan tugas sebagai SHO?

Inilah soalan yang kerap ditanya kepada saya kebelakangan ini. Terutama dari mereka yang “fresh” dalam bidang SHO. Dalam ertikata lain baru mula hendak bekerja sebagai SHO tanpa pengalaman sebagai SHO ataupun tanpa sebarang pengalaman jenis kerja sebelum ini.

Sewaktu saya ditugaskan sebagai SHO seawal 90an dahulu, kemudahan IT terutama internet hampir tiada! Sumber rujukan adalah bahan bacaan bercetak sahaja selain dari mentor dan kenalan SHO yang lain. Itupun ada seorang EHS Manager sebuah organisasi yang beroperasi di Asia Tenggara pernah “berkira” dengan saya apabila saya meminta untuk mendapatkan gambar-gambar kemalangan dari slide presentation beliau. Masih teringat lagi kata-katanya – ini gambar (slides) saya cari makan! Sedangkan gambar-gambar kemalangan tersebut kemudiannya saya tahu  dia dapat dari DOSH Perak. Ada gambar-gambar tersebut pada bab Injuries dalam gambar posting ini.

Ya, sumber rujukan yang terbaik ialah dari DOSH sendiri. Pelbagai bahan rujukan dan juga gambar-gambar boleh didapati dari DOSH. Lebih-lebih di zaman IT sekarang ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada dua orang bekas majikan saya iaitu En. Jamil Hashim dan En. Rahim Jasmin (Silverstone Taiping) yang memperkenalkan OSH dan SHO ini kepada saya. Banyak ilmu yang saya perolehi dari mereka dan in sya Allah saya akan berkongsi dengan sesiapa yang berhasrat walaupun ada juga benarnya jika saya boleh dianggap sebagai salah seorang “saudagar ilmu”!

Sebagai SHO baru, saya diberikan tempoh “familiarization” untuk mengetahui proses pembuatan dan memahami fungsi jentera. Kemudian saya diminta untuk mengendalikan “Tool Box Meeting” sebelum ditugaskan memberi kursus orientasi kepada pekerja baru. Begitu juga kursus induksi dan refreshing course. Antara topik kursus terawal yang saya kendalikan ialah “Machinery Hazards, Injuries & Machine Guarding “.

Bermula dari menggunakan filem transparencies tulisan tangan dan OHP berlampu, saya “memberanikan diri” untuk memberi kursus. Perkembangan teknologi menyaksikan OHP boleh menayangkan gambar terus dari bahan bercetak tanpa perlu menukarnya (menyalin semula) ke filem transparencies tetapi saiz OHP terlalu besar!. Kini OHP boleh terus disambung ke komputer riba malah ada OHP yang sizenya hanya sebesar tapak tangan. (Saya ada sebuah OHP mini ini tetapi penggunaannya lebih sesuai untuk diskusi meja kecil). Begitu juga dengan gambar yang diambil tidak perlu lagi menunggu untuk cukup satu roll sebelum “dicuci” yang juga mengambil masa berhari-hari pula!

Hari ini saya ingin berkongsi dengan slide presentation saya yang terawal tersebut. Saya tidak pasti kali ke berapa revision slide presentation ini telah dibuat. Banyak bahan sudah bertukar dengan tambahan bahan rujukan dari internet. Tetapi bahan asal dari era awal 90an iaitu gambar-gambar sebenar pekerja dan peralatan di kilang tayar ini masih saya gunakan. Semua gambar-gambar ini diambil menggunakan kamera berfilem. Saya juga masih menggunakan beberapa gambar kemalangan yang saya dapat ketika itu dari DOSH Perak.

Kalaulah saya masih menyimpan filem transpencies revision pertama tersebut!

Bagaimanapun saya masih menyimpan Buku Tiga Lima yang saya gunakan untuk mencatat proses pembuatan dan memahami fungsi jentera tersebut. Catatan terawal dalam Buku Tiga Lima tersebut ialah di bulan Disember 1989. In sya Allah saya akan post-kan gambar Buku Tiga Lima ini kelak.

http://oshthejourney.blogspot.com/












Adat hidup memegang adat


Wednesday, November 19, 2014

Sepatutnya perlu ada pemberitahuan (acknowledgement) supaya pembetulan di blog/fb dapat dibuat.


Sepatutnya perlu ada pemberitahuan (acknowledgement) supaya pembetulan di blog/fb dapat dibuat.

Saya pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan Taiping (MPT) mengenai tong sampah di hadapan rumah orang tua saya di Kampung Pinang, yang tidak dikendalikan dengan baik oleh kontraktor dan juga gelagat penduduk tempatan yang membuat sampah sewenang-wenangnya.

Alhamdulillah, MPT telah mengambil tindakan sewajarnya. Saya membuat aduan secara bertulis dan banyak kali menelefon melalui kaunter aduan. Dalam proses tindakan, saya telah dimaklumkan (secara kiriman poskad) oleh MPT bahawa aduan saya telah diterima dan akan diambil tindakan. Itu sahaja makluman  (acknowledgement) yang saya terima dan tiada lagi makluman susulan selepas itu. Bagaimanapun kes tong sampah tersebut telah selesai kerana ibu saya memaklumkan kepada saya tindakan telah dibuat oleh pihak MPT kerana dia nampak pihak MPT datang ke tempat tong sampah tersebut.

Terima kasih kepada MPT. Sepatutnya MPT memaklumkan kepada saya (sebagai pengadu) bahawa tindakan telah diambil sama ada secara bertulis ataupun dengan telefon.

Hari ini saya mengendalikan bengkel di Pusat Internet 1 Malaysia di Utara Semenanjung dengan tajuk Welfare, Environment, Safety & Health at Public Computer Work Station.

Antara yang saya sentuh di dalam bengkel ini ialah pasarana khas/khusus untuk OKU berkerusi roda yang perlu ada unyuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di Pusat Internet 1 Malaysia dan Pusat Internet Desa ini.

Pada masa yang sama saya menggunakan presentation slides yangmenunjukkan kemudahan yang disediakan oleh MPT untuk OKU melawat Zoo Taiping. Terima kasih kepada Zoo Taiping atas kemudahan menyeberang jalan dengan terowong perjalan kaki ini.

Malangnya papan tanda menunjukkan kemudahan OKU itu adalah salah. Saya maklumkan kepada peserta bengkel hari ini, bahawa saya mula menegur MPT mengenai papan tanda ini semenjak tahun 2010 lagi melalui komentar di laman web MPT tetapi tidak mendapat sebarang respons. Kemudian saya menulis di dalam blog saya dan juga di dalam FB tetapi tiada juga respons.

Saya menelefon pula kaunter aduan MPT beberapa kali sepanjang tahun 2010 hingga tahun lepas memaklumkan perkara yang sama. Malah dalam satu aduan saya itu, pertugas di kaunter menanyakan saya balik adakah papan tanda itu salah dan di mana salahnya kerana dia rasa tak ada yang salah.

Jawapan saya kepadanya papan tanda tersebut tidak salah cuma silap!

Petang tadi saya terasa hendak tengok semula papan tanda ini. Terima kasih MPT dan alhamdulillah rupa-rupanya papan tanda yang silap ini telah diperbetulkan tanpa pengetahuan saya!

Saya bukanlah minta dihargai kerana teguran yang saya buat semenjak tahun 2010 lagi ini. Kalaulah saya dimaklumkan bahawa papan tanda yang silap ini telah diperbetulkan (saya tidak pasti bila diperbetulkan), tidaklah saya menyebut MPT sebagai organisasi yang tidak perihatin kepada golongan OKU kepada peserta bengkel hari ini.

Malah saya akan perbetulkan semula semua catatan-catatan dalam blog dan fb saya mengenai kesilapan yang dbuat oleh MPT dan ketidak keperihatinan mereka untuk memperbetulkannya walaupun sudah ditegur bertahun-tahun.

Mereka yang bertanggungjawab menerima aduan sama ada webmaster, pengendali web atau FB MPT serta di Kaunter Aduan bertanggungjawab untuk respons kepada pengadu. Sebaik sahaja menerima aduan, perlulah dimaklumkan penerimaan aduan (acknowldegement), kemudian dimaklumkan status dan akhir sekali makluman tindakan yang telah diambil atau tindakan yang tidak boleh diambil. Makluman boleh dibuat melalui surat, email ataupun telefon.

Harap pihak MPT membuat penambahbaikan dalam proses pemakluman ini.

Contohi Canon Malaysia dalam menangani pelanggan yang membuat aduan.

Link-link berikut adalah berkenaan catatan di atas.

Catatan blog pada  June 4, 2010 link ini

Catatan blog pada  July 11, 2011 link ini
Penghargaan kepada Canon Malaysia link ini


Tuesday, November 18, 2014

WESH in Mosque (Welfare, environment, safety & health in Mosque)









WESH in Mosque (Welfare, environment, safety & health in Mosque)
Tadi saya berhenti solat Asar di Taman Selasih Kulim. Masjid Taman Selasih ini memang terkenal dengan aktiviti imarahkan masjid. Walaupun begitu, semasa 2 tahun lebih saya bekerja di Kulim (Celestica), tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke masjid ini sedangkan Pasar Malamnya kerap saya kunjungi.

Saya tertarik dengan ram (pelantar) untuk laluan OKU berkerusi roda dari tempat wuduk hingga ke ruang solat. Satu usaha murni untuk kemudahan OKU beribadat. Lebih tambah-nilai lagi jika ruang parking bersebelahan tempat wuduk ini dikhaskan untuk golongan OKU. Mungkin bersebelahan parking penceramah/ustaz.
Bagaimanapun sebagai penambahbaikan (rooms for improvement), sudut ram itu terlalu besar. Sudut yang disyorkan adalah ratio 1:12 sahaja.
Ini adalah salah satu concern yang selalu sentuh jika diberi peluang sebagai penceramah berkaitan kemudahan terutama melibatkan golongan OKU, orang tua dan kanak-kanak.
Mereka yang ingin mendapatkan presentation paper saya bertajuk - SAFETY ASPECTS OF DISABLED IN THE WORKPLACE semasa di Injury, Illness and Return to Work Conference 2011, boleh pm saya.

KONGSI ILMU hari ini Pesticide Control.



KONGSI ILMU hari ini Pesticide Control. 
Saya teruja melihat gambar Stor Racun di sebuah lokasi yang tidak diketahui tapi pastinya di Malaysia. Dalam tahun ini saya sudah berkunjung lebih dari 10 lokasi pesawah seluruh Semenanjung tapi belum terjumpa Stor Racun milik pesawah seperti yang sering disyorkan dalam kelas pembelajaran saya. Sudah pasti saya akan gunakan gambar ini untuk kelas yang akan datang dan secara jujur ingin saya katakan, gambar photographer itu akan saya buang (crop).
Saya kongsikan "sebahagian slides" kelas pembelajaran saya.