Sunday, June 14, 2009

PLUS perlu lebih perihatin


Penghadang konkrit di lebuhraya Jakarta-Bandung


PLUS perlu lebih perihatin

Masih lagi berkaitan dengan isu pengadang besi di pembahagi jalan lebuhraya. Saya dapati projek PLUS mengubah Rumah Tol Jelapang hampir ke peringkat akhir. Di laluan ini PLUS menggunakan penghadang konkrit di pembahagi jalan lebuhraya dan tidak lagi pengadang besi sebelum ini.

Begitu juga dengan laluan ke Utara selepas menuruni Terowong Menora. Kawasan kerap kemalangan ini juga telah menggunakan penghadang konkrit di pembahagi jalan lebuhraya dan tidak lagi penghadang besi seperti sebelum ini.

Syabas saya kepada PLUS terhadap keprihatinan ini.

Kunjungan saya ke Jakarta minggu lepas dan berpeluang melalui lebuhraya baru Jakarta ke Bandung sejauh 150 km membuka minda saya terhadap isu penghadang lebuhraya yang berfungsi sebagai ”crash barrier” ini.

Lebuhraya ini hanya menggunakan penghadang besi di pembahagi jalan sekitar 20 km pinggir kota Jakarta dan Kota Bandung. Laluan seterusnya menggunakan penghadang konkrit setinggi penghadang konkrit di Malaysia. Anggaran saya ketinggiannya hingga pemegang pembuka pintu kereta.

Manakala di berberapa laluan lurus di pertengahan lebuhraya ini menggunakan penghadang konkrit yang setinggi bumbung Toyota Unser!

Tidak ada penghadang besi sepanjang sebagai pembahagi jalan lebuhraya kecuali di awal laluan berhampiran pinggir kota.

Secara logiknya kenderaan yang masih berada di pinggir kota tidak dapat memandu dengan kelajuan tinggi kerana kesesakan. Tetapi apabila berada di atas lebuhraya terutama di laluan lurus, kenderaan ini mungkin dipandu laju dan kecenderungan untuk terbabas dan kemalangan adalah tinggi. Mungkin disebabkan ini mengapa penghadang konkrit ini dibina ketinggiannya hingga mencapai bumbung Toyota Unser.

Pihak PLUS perlu perihatin dan mengkaji keberkesanan pengadang konkrit jika dibandingkan dengan penghadang besi.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Penghadang konktrit semasa menuruni Terowong Menora di Ipoh


Pengadang besi sebagai pembahagi jalan atau "crash barrier"?

No comments: