Sunday, June 14, 2009

Buku-buku OSH dan ERM / Disaster

Buku-buku OSH dan ERM / Disaster

Minggu lepas saya ke Jakarta untuk tugasan motorsport dan mengambil kesempatan melancong ke Bandung.

Saudara kepada isteri saya di sana mengesyorkan saya mengujungi kedai-kedai buku yang terdapat di Pusat membeli-belah JACC. Woduk Melati, Tanah Abang, Jakarta. Di sini J.A.C.C disebut Jay-A-Say-Say!

Saya menghabiskan masa hampir dua jam di Lantai Enam (paras enam) iaitu di gerai-gerai yang menjual buku-buku. Sebelum ini gerai-gerai buku ini terletak berselerak di sebuah lorong di pinggir kota tetapi digabungkan di sini.

Kebanyakan gerai menjual buku-buku dengan harga lelong iaitu Rp 10 ribu (RM 3.60) tidak mengira jenis dan ketebalan mukasurat!

Saya rambang mata melihatkan buku-buku ini. Tetapi ”tertipu” juga kerana tajuknya hanya bertuliskan dalam Bahasa Inggeris tapi kesemua kandungannya dalam Bahasa Indonesia.

Saya membeli beberapa buah buku berkaitan dengan kursus yang saya mengajar terutama kursus semasa iaitu Emergency Response dan Disaster.

Saya turut membeli sebuah buku berset yang mengandungi tiga buah buku bertajuk; Wish & Wisper from a Father.

Isteri dan anak juga turut membeli beberapa buku berkaitan agama, novel dan sukan.

Agak sukar untuk mendapatkan buku-buku semurah ini di Malaysia.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Antara buku-buku yang turut dibeli







No comments: