Wednesday, June 3, 2009

Percuma? Tidak dikenakan bayaran? Punca pembaziran dan juga pencemaran

Percuma? Tidak dikenakan bayaran? Punca pembaziran dan juga pencemaran

Seringkali oleh kerana ianya percuma atau tidak dikenakan bayaran, akan berlakulah pembaziran ataupun pencemaran.

Majlis atau jamuan hari-hari terbuka perayaan akan menyaksikan lebihan makanan yang bersisa-sisa di dalam pinggan tetapi telah terdampar di atas meja ataupun sudah ditelangkup di dalam baldi.

Malah pelbagai barangan dan perkhidmatan lain juga jika boleh didapati percuma atau tidak bayaran akan diambil mudah oleh pengguna-pengguna yang tidak berkeprihatinan terhadap isu-isu persekitaran ini.

Mulai 5 Jun ini, Ikea Malaysia akan mencontohi Ikea Singapura dan Ikea negara-negara lain dalam mempraktikkan tiada beg plastik percuma di gendung membeli belah mereka. Semuanya berbayar dan kutipan 10 sen dan 20 sen setiap beg plastik ini akan didermakan kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Inilah langkah terbaik untuk mengelakkan pencemaran beg plastik berluasa. Kalau di Singapura, pelanggan Ikea di sana boleh mempraktiknya semenjak tahun 2007 mengapa kita di Malaysia tidak boleh!

Beberapa hotel terkemuka di ibu kota juga telah mula mengenakan bayaran sisa makanan yang tidak dihabiskan kepada pelanggan-pelanggan ala-buffet mereka. Anda boleh makan seberapa banyak yang anda mahu tetapi setiap gram makanan yang bersisa akan dikenakan bayaran.

Mungkin kita memerlukan sistem ”dendaan wang ringgit” sebegini untuk mengelakkan pembaziran dan juga pencemaran.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: