Teguran kepada PLUS
Antara agensi yang sering mendapat perhatian saya ialah PLUS. Mungkin disebabkan sinonimnya PLUS (lebuhraya) dengan rutin kerjaya saya. Bayangkan speedometer kereta saya mencecah sekitar lima hingga enam ribu kilometer sebulan dengan kebanyakannya berada di atas lebuhraya.
Teguran 1: Papan tanda baru ke Kawasan Perindustrian Prai 2, 3, & 4 (dari Utara) perlu ditutup sehingga jejambat baru dibuka untuk lalulintas
Kepada pengguna regular PLUS dari Utara menghala ke Rumah Tol Juru, mereka tidak memperdulikan papan tanda baru ini kerana mereka tahu jejambat baru tersebut belum dibuka untuk lalulintas.
Tetapi tidak pengguna lain. Ada yang terpingga-pingga setelah berada di laluan kiri untuk membelok ke Kawasan Perindustrian Prai 2, 3, & 4 tetapi hampa melihatkan jejambat belum beroperasi.
Pihak PLUS tidak boleh lepas tangan hal ini. Papan tanda yang telah siap itu perlu ditutup sehingga jejambat baru itu dibuka untuk lalulintas.
Teguran 2: Papan tanda baru ke Utara di Rumah Tol Ipoh Selatan (dari Selatan) perlu ditutup sehingga laluan baru terus ke Utara dibuka untuk lalulintas
Begitu juga dengan papan tanda baru ke Utara di Rumah Tol Ipoh Selatan (dari Selatan). Papan tanda ini perlu ditutup sehingga laluan baru terus ke Utara dibuka untuk lalulintas. Papan tanda ini begitu mengelirukan terutama kepada pengguna yang hendak membelok ke Ipoh. Mereka akan berada di laluan kiri seawal mungkin menyangkakan ianya laluan ke Ipoh sedangkan ianya hanya laluan bayaran tol tunai.
Perjalanan pulang ke Taiping dari KL minggu lepas menyaksikan deretan panjang kenderaan yang hendak membelok ke Ipoh awal-awal lagi berada di laluan kiri. Begitu juga dengan kenderaan yang hendak ke Utara awal-awal lagi berada di laluan kanan walaupun mereka tidak mempunyai kad tol berbayar Touch & Go. Akibatnya kesesakan bertambah teruk apabila mereka ini cuba mencelah semula ke laluan bayaran tol tunai.
Teguran 3: Papan tanda lama laluan berhenti kecemasan kenderaan berat bermasalah sebelum bekas Rumah Tol Jelapang (dari Utara) perlu ditanggalkan.
Setelah Rumah Tol Jelapang dialehkan, saya tidak pasti sama ada pihak PLUS masih hendak mengekalkan laluan berhenti kecemasan kenderaan berat bermasalah.
Pada minggu lepas papan-papan tanda menunjukkan laluan berhenti kecemasan ini masih terpasang di beberapa tempat sebaik sahaja keluar dari terowong Menora (menghala ke Selatan). Bagaimanapun PLUS telah memasang penghadang kekal di keliling laluan berhenti kecemasan ini.
Apakah maksud PLUS memasang penghadang kekal ini? Adakah fungsi laluan berhenti kecemasan kenderaan berat bermasalah itu telah ditamatkan? Kalau fungsinya telah ditamatkan, mengapa papan-papan tanda mengenai fungsinya masih terpasang?
PLUS mesti bertanggungjawab jika berlakunya kemalangan akibat kecuaian mereka memastikan papan-papan tanda penunjuk arah dan fungsi ini disalahfahamkan oleh pengguna-pengguna lebuhraya.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment