Perlu ada Smoking Room
Saya tidak merokok. Saya tidak
menyokong dan mengalakkan amalan merokok. TETAPI saya sentiasa mengalakkan
organisasi menyediakan Bilik atau Ruang Merokok untuk pekerja mereka yang
merokok.
Ada dua maksud larangan di papan
tanda DILARANG MEROKOK . Larangan dari segi kesihatan dan juga larangan dari
segi keselamatan (bahaya kebakaran).
Kebanyakan orang hanya melihat
dari larangan merokok dari segi kesihatan. Memang dari kesihatan sudah
dibuktikan melalui penyakit (kronik dan akut) yang dikesan akibat dari amalan
merokok ini.
Posting kali ini saya ingin
menyentuh larangan merokok dari segi keselamatan bahaya kebakaran dan keperluan
mengadakan Bilik Merokok.
(Saya tidak berhasrat
menyentuh larangan merokok dari segi hokum. Biarlah mereka yang arif lagi alim
menyentuhnya).
Di organisasi atau premis yang
tidak ada Bilik Merokok akan menyebabkan perokok tegar ini “mencuri-curi merokok” atau “terang-terangan
merokok” di tempat yang tidak
sepatutnya. Pilihan (sasaran?) mereka ialah Bilik Air/Tandas, Bawah Tangga, dan
Bilik Kawalan (contoh AHU Room dan sebagainya). Malah ada yang merisikokan diri
dengan merokok di Bilik atau Stor Kimia atau di Stor Bahan Boleh Terbakar
(flammable).
Bilik Merokok yang direka
dengan baik dan sesuai akan berupaya mengekang hazard dan risiko kebakaran ini.
Saya ingin berkongsi scenario Bilik
Merokok di dua organisasi yang saya pernah bekerja.
Di kilang tayar, Ruang Merokok
disediakan di luar banggunan (open air) yang dilengkap dengan payung, meja
bulat dan kerusi. Organisasi yang saya bekerja ini berharap kedudukannya agak
jauh dari tempat kerja akan menyebabkan perokok ini tidak atau jarang keluar
untuk merokok.
Sebaliknya tiada masalah untuk
perokok tegar ini pergi ke ruang merokok itu. Malah “harapan” pihak pengurusan
menyukarkan perokok ini bermasalah lain pula. Jika hari hujan, perokok-perokok
ini (selepas merokok) agak keberatan untuk bergerak masuk ke kilang menyambung
kerja mereka semula.
Di kilang elektronik yang saya
bekerja kemudiannya menyediakan Bilik Merokok Telus Cahaya (transparent) di
dalam bangunan. Kedudukannya pula di lokasi perjalan kaki dan berdekatan dengan
bilik pihak pengurusan tertinggi syarikat.
Peralatan yang disediakan di
dalam Bilik Merokok ini agak ringkas. Hanya beberapa bangku palang besi (bench)
tanpa meja. Jumlahpun terhad. Bilik ini juga dilengkapi dengan system aliran
udara keluar. Turut diletakkan beberapa pasu tumbuhan hijau.
Bilik Merokok sebegini secara
dasarnya memberikan keselesaan minimum kepada perokok tetapi secara tidak
langsung Bilik Merokok sebegini tidak begitu “menyenangkan” pandangannya kepada
orang ramai yang berjalan berhampiran.
Ada banyak sumber rujukan di
internet yang boleh dijadikan panduan dalam merekabentuk Bilik atau Ruang
Merokok ini.
Apapun pesanan saya kepada
perokok tegar, kurang-kuranglah amalan merokok itu. Kalau boleh berhenti
merokok adalah pilihan terbaik. Kepada mereka yang tidak merokok terutama
kepada remaja, usahlah mencuba-cuba hendak merokok.
No comments:
Post a Comment