Orang berbudi kita berbahasa
Setinggi penghargaan saya kepada En. Jamil Hashim mantan manager kilang tayar yang saya bekerja sebelum ini. Beliaulah yang mengajar saya melalui teladan. Kalau menjelang aidilfitri kami (En Jamil sendiri, saya dan beberapa rakan sekerja lain) akan pikul kotak tarmar panjat tangga pejabat jabatan kerajaan yang berurusan dengan kami. Kalau CNY, kami pikul kotak limau. Kalau hujung tahun, kami pikul kotak kalendar, diari, log book, kalendar dinding, kalendar meja malah mini kalendar.
Kenapa kami pikul kotak? Kami bukan bawa khusus untuk ketua jabatan dan penolongnya sahaja Tetapi semua, in sya Allah merasanya sehinggalah budak pejabat dan janitor. Malah kami pastikan diserah terus kepada penerimanya.
Itulah amalan yang saya praktikkan sehingga hari ini walaupun hampir tiada kepentingan peribadi.
Kalau tahun-tahun sebelum ini dengan tarmar dan limau, tahun kemudiannya saya tukar kudapan lain. Biasanya kuih Sum-sum (gambar) menjadi pilihan saya.
Apa yang pasti bukan sahaja ketua jabatan di jabatan kerajaan ini dan dua-tiga institusi serta training provider ini kini sahaja yang menerimanya tetapi termasuklah semua staf dan kakitangan lain serta peserta-peserta kursus dan pelajar sekali.
Bagi saya ini hanyalah penghargaan kecil.
No comments:
Post a Comment