Showing posts with label Kempen. Show all posts
Showing posts with label Kempen. Show all posts

Friday, December 11, 2015

Rujukan terbaik - sekitarsynergy.blogspot.my


Rujukan terbaik - sekitarsynergy.blogspot.my

Saya pernah membuat posting senarai blog-blog OSH di Malaysia seketika dahulu (boleh rujuk dalam posting lama saya). Boleh rujuk di sini. Bagaimanapun kehadiran FB mempupuskan semangat blogger-blogger ini dari teus berkarya.

Saya terjumpa satu blog berkaitan environmental semasa saya membuat penyelidikan berkaitan schedule waste, Walaupun blog ini berkaitan training provider untuk EMS, banyak info yang berguna dalam blog ini.

Bagaimanapun blog ini pun mengalami nasib yang sama dengan blog-blog OSH yang ada iaitu  pada tahun 2013 hanya 2 posting sahaja, 2013 (4) dan 2015 (2).

Apapun, penghargaan tertinggi saya kepada blogger Khalid M.A. dengan pengongsian yang dibuat melalui blognya. 

Monday, July 27, 2015

Promosi guna tangga




Promosi guna tangga
Naik tangga ke tkt 3 akan bakar (hilang) 0.21 kalori. Mcmana nak kira kalau aku turun tangga? Adakah sama juga kadar kehilangannya.
Kalau tukar tulis berapa berat kilogram yg hilang setiap kali naik tangga lagi memberangsangkan rasanya.

Saturday, August 9, 2014

Friday, June 20, 2014

JKKP Pulau Pinang - Pertandingan Rekacipta Banner Promosi KKP Sempena Sambutan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2014



JKKP Pulau Pinang - Pertandingan Rekacipta Banner Promosi KKP Sempena Sambutan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2014

Boleh download borang/hebahan di sini -https://app.box.com/s/h308obzpttrqycfxl08r

Saturday, May 17, 2014

Upcoming Safety and CEP Programme May / June 2014


Upcoming Safety and CEP Programme May / June 2014

Nazliza Kamaldin
FMM Institute
Fax: 04-6302054

Tuesday, November 26, 2013

Tuesday, October 22, 2013

MASM 2013 peringkat Negeri Kedah pada 26 Oktober 2013.



MASM 2013 peringkat Negeri Kedah pada 26 Oktober 2013



Pertandingan Memancing, 300 peserta pertama akan mendapar t-shirt

Untuk kanak-kanak, ada pertandingan mewarna, umur 7-9 & 10 - 12 tahun. Pensel warna disediakan.

Kepada orang ramai, 700 orang pertama yang hadir akan menerima t-shirt MASM. 


JAS PERAK juga menganjurkan MASM 2013 peringkat Negeri PERAk pada 26 Oktober 2013 di RTC GOPENG. 

Saturday, October 19, 2013

Sambuitan Minggu Alam Sekitar Malaysia, 26 Okt 2013



Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM), DOE HQ dan negeri menganjurkan program masing-masing. JAS Negeri Kedah menjemput anda dan orang ramai untuk hadiri sambutan MASM pada 26 Oktober 2013.

Wednesday, October 2, 2013

Kempen yang berkesan perlu perancangan teliti



Kempen yang berkesan perlu perancangan teliti

Dalam OSHA Seksyen 15 (tanggungjawab majikan) dengan jelas menyatakan tanggungjawab terhadap pekerja  ialah memberi (i) pengetahuan, (ii) arahan, (iii) latihan dan (iv) penyeliaan. Dalam Seksyen 17 pula, tanggungjawab ini meliputi kepada mereka (orang lain) selain dari pekerja seperti pelanggan, pelawat dan lain-lain.

Tidak dinafikan KEMPEN merupakan salah-satu cara terbaik dan berkesan dalam kategori “pengetahuan” untuk disampaikan kepada semua orang. Bagaimanapun sebelum mengadakan KEMPEN, perlu ada perancangan teliti (need analysis) sebagai contoh sasaran peserta, bahan/material kempen, waktu (hari dan masa), lokasi dan sebagainya supaya KEMPEN ini dapat dijalankan dan dijayakan serta mencapai objektif dan sasaran awal.

Laporan berikut boleh dijadikan teladan dan sempadan sebelum kita merancang, mengadakan dan menjayakan sesuatu KEMPEN itu.

http://oshthejourney.blogspot.com/

RM38,000 Rugi Akibat Kempen 'Bodoh'

Keputusan Kementerian Kesihatan menggelar perokok sebagai golongan “bodoh” dalam bahan promosi kempen menyebabkan RM38,750 terbuang apabila bahan tersebut didapati tidak sesuai.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati kementerian tersebut membuat pesanan bagi 300 beg galas dengan kos RM19,500 dan 3,500 buku nota pada harga RM19,250 dengan slogan 'Smoking, a stupid habit for stupid people (Merokok, satu tabiat bodoh untuk orang bodoh)'.

Bahan tersebut bagaimanapun tidak diedarkan kerana bahasa yang digunakan itu dianggap tidak sesuai, menurut laporan berkenaan.

Tapi bukan itu sahaja, laporan itu menyebut sebanyak 63,000 kempen kementerian terbabit, berjumlah lebih RM31,200 juga mengandungi kesalahan ejaan.

Ketua Audit Negara menasihatkan kementerian tersebut untuk menggunakan bahasa lebih mudah dalam kempennya, dengan mengambil contoh satu kempen papan iklan bagi memerangi AIDS yang menggunakan terjemahan langsung dari bahasa Inggeris.

Laporan itu mendapati, terjemahan berkenaan – “Ke arah eliminasi transmisi vertikal” – sukar difahami dalam bahasa Melayu.

Menurut laporan itu lagi, penggunaan bahasa seperti itu menjejaskan keberkesanan kempen kesihatan tersebut.

Frasa yang dimaksudkan itu sepatutnya merujuk kepada jangkitan oleh ibu kepada anak.


Kementerian berkenaan dalam jawapannya menyebut, satu pasukan redaksi dilantik untuk memeriksa kesemua bahan kempennya dan akan turut mendapatkan nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Friday, September 20, 2013

Bas vs Motosikal



Bas vs Motosikal

Walaupun saya memilih dan gemar serta kerap menunggang motosikal, saya amat bersetuju dengan pendapat (kajian) seperti tertera di dalam gambar di atas.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

Saturday, September 7, 2013

See and be seen – melihat dan dilihat



See and be seen – melihat dan dilihat

Saya difahamkan beberapa organisasi multi nasional di Malaysia telah menguatkuasakan kenderaan syarikat yang dipandu di waktu siang mesti dipasang lampu siang (day lights). Ini selaras dengan peraturan keselamatan yang dibuat oleh syarikat induk mereka di luar negara.

Pengguna motosikal umpamanya telah lama mengamalkan amalan memasang lampu di waktu siang. Pada pertengahan 80an, sewaktu saya mula menunggang motosikal berkuasa besar yang diimport tidak mempunyai suis lampu. Acapkali ditegur oleh pengguna jalan raya lain yang menyangkakan saya terlupa menutup lampu!

See and be seen – melihat dan dilihat, adalah salah satu elemen keselamatan. Pemandu yang memandu kenderaan bukan sahaja berkemampuan melihat kenderaan lain (pengguna jalan raya yang lain) di hadapan dan di sekeliling kenderaan yang mereka pandu tetapi kenderaan mereka juga hendaklah boleh dilihat oleh pengguna kenderaan yang lain.

Kerap kali kenderaan yang dipandu pada waktu malam atau lewat petang terutama di kawasan bandar dipandu oleh pemandu yang tidak menyalakan lampu kenderaan mereka. Mungkin pemandu ini lupa atau leka kerana mereka mula memandu pada hari masih cerah ataupun mereka memandu di kawasan di mana pencahayaannya terang.

Bagaimanapun kenderaan tanpa pemasangan lampu sebegini terutama lampu belakang amatlah merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Beberapa hari lepas semasa saya menunggang motosikal dalam hujan lebat sekitar jam 7.00 malam dari Prai ke Taiping, saya terserempak dengan beberapa buah kenderaan yang tidak menyalakan lampu. Saya pasti pemandu kenderaan ini mempunyai pengelihatan (mata) yang bagus sehingga tidak memerlukan lampu hadapan kereta untuk melihat kenderaan di hadapan tetapi pemandu ini mesti ingat tanpa lampu belakang, kenderaan mereka hampir tidak dapat dilihat oleh pemandu dan pengguna jalan raya lain di belakang mereka.

Pada masa yang sama terdapat juga kenderaan lama yang cermin lampu kenderaan mereka sudah pudar dimakan usia. Pemilik kenderaan sebegini bertanggungjawab memastikan cermin lampu mereka yang dimakan usia ini tidak mengurangkan kecerahan cahaya lampu kenderaan mereka.

Atau sudah sampai masanya adanya satu peraturan yang memestikan cermin lampu sesuatu kenderaan tersebut ditukar mengikut tempoh usia hayatnya?

http://oshthejourney.blogspot.com

Posting yang sama di sini.

Saturday, August 17, 2013

Aktiviti bermotosikal sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan




















Aktiviti bermotosikal sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan

Kami sekeluarga jarang dapat bersama kalau mengadakan aktiviti motosikal, sama ada hanya saya berdua dengan anak lelaki seorang itu biasanya atau hanya berdua dengan isteri saya seorang itu kadang-kala. Tetapi hari ini (17-Ogos-2013) kami bertiga dapat melakukan aktiviti bermotosikal sekeluarga bersama-sama dengan menghadiri Kursus Asas Menunggang Selamat Honda di premis baru Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Agak membanggakan apabila Ketua Instruktor, En. Sanusi B. Din memaklumkan bahawa kami bertiga merupakan keluarga pertama yang menghadiri kursus ini dan juga orang awam pertama bersama-sama dua orang lagi rakan anak lelaki saya dari Taiping, menghadiri kursus ini. Sebelum ini penyertaan lebih kepada organisasi sama ada syarikat ataupun persatuan dan kelab.

Kursus sehari ini bermula jam 9.00 pagi dengan kelas teori oleh En Sanusi dan berhenti rehat pada pukul 12.30 tengahari. Kelas praktikal petang, En. Sanusi dibantu oleh dua orang instruktor lagi iaitu En. Azizan dan En. Ooi. Kelas praktikal diadakan di Trek Latihan Motosikal Honda bersebelahan premis baru Boon Siew Honda ini.

Silibus kursus asas ini termasuklah asas penunggangan berhemah, asas penyenggaraan motosikal, titik buta (blind spot),  'slow speed control' ataupun 'plank riding' dan emergency braking.

Kursus berakhir jam 5.00 petang dengan penyampaian sijil. Pada masa yang sama En. Sanusi mewakili Boon Siew Honda Safety Riding mempelawa organisasi-organisasi yang mempunyai pekerja yang berulang-alik ke tempat kerja dengan bermotosikal menghantar pekerja mereka berkursus di sini.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi En. Sanusi melalui email; sanusi@bswhonda.com.my. Jadual kursus agak padat sehingga penghujung tahun ini dan boleh dirujuk kelapangan dalam blog berikut; http://boonsiewhondasafetyriding.blogspot.com/ .

Pandangan peribadi saya, kursus sebegini amat berfaedah terutamanya kepada remaja yang mula berjinak dengan motosikal sebagai pilihan utama pengangkutan mereka. Malah kepada mereka yang sudah lama menunggang dan telah memiliki lesen menunggang, kursus sebegini juga bolehlah dianggap sebagai kursus ulang-kaji demi keselamatan mereka semasa menunggang ataupun memahami karektoristik penunggang lain semasa berkongsi jalan raya.

Ribuan terima kasih kepada Boon Siew Honda Safety Riding yang menerima penyertaan kami dalam Kursus Asas Menunggang Selamat Honda pada hari ini.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Saturday, July 27, 2013

Pesanan Semasa Berkenderaan Pulang Bercuti


Pesanan Semasa Berkenderaan Pulang Bercuti

Takala menghampiri cuti perayaan sebegini, saya terkenang CEO kilang simen di Ipoh semasa saya bekerja di sana dahulu sekitar tahun 2006 dan 2007.

Setiap kali menjelang cuti perayaan terutama di petang hari terakhir bekerja, beliau akan membuat pengumuman melalui pembesar suara ataupun beliau sendiri akan berdiri di pondok pengawal keselamatan untuk menyampaikan pesanan berkaitan OSH.

Pihak pengurusan pejabat serta pihak kawalan keselamatan tempat saya bekerja sekarang ini juga turut menyampaikan pesanan-pesanan penting berkaitan cuti perayaan sebegini tetapi lebih kepada keselamatan sekuriti. Rujuk di sini.

Antara organisasi lain yang aktif dalam pesan-memesan ini adalah PLUS yang menunaikan tanggungjawab OSH mereka bukan sahaja kepada pekerja sendiri (Seksyen 15, OSHA 1994) tetapi juga kepada orang lain selain dari pekerja mereka (Seksyen 17, OSHA 1994) yang berada di premis mereka iaitu lebuhraya.

Antara pesanan PLUS ialah:

1.       Rancang perjalanan berdasarkan jadual  Cadangan Waktu Perjalanan (TTA Travel Time Advisory) yang dikeluarkan oleh PLUS
2.       Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan
3.       Jangan berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan
4.       Berhenti rehat di R&R atau Hentian Sebelah sekiranya anda berasa mengantuk
5.       Pastikan Kad PLUSmiles atau Touch 'n Go anda mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan anda
6.       Jangan memandu di lorong kecemasan kecuali diarahkan oleh Polis
7.       Jangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat
8.       Patuhi had laju yang ditetapkan
9.       Pakai tali kaledar
10.   Hormati had anda dan had kemampuan kenderaan anda
11.   Pandu dengan berhemah pada setiap masa

PLUS juga menyarankan pengguna sentiasa merujuk laman web PLUS  dan berhubung melaluitwitter atau talian PLUSline 18 0088 0000 untuk mendapatkan sebarang maklumat perjalanan dan sebagainya.

Sebenarnya selain dari 11 pesanan di atas, mereka yang akan menggunakan kenderaan untuk pulang menyambut perayaan perlu bersedia dengan perkara-perkara berikut:

Merancang Perjalanan

Benjamin Franklin pernah berkata - "If you fail to plan, you are planning to fail!" Sememangnya tanpa perancangan yang menyebabkan kita gagal atau seolah-olah kita yang merancang untuk gagal.

Perancangan yang baik tidak semestinya memerlukan perancangan yang lengkap dan teliti. Selain dari cuba mengikut syoran PLUS berdasarkan jadual  Cadangan Waktu Perjalanan (TTA Travel Time Advisory), anda boleh membuat perancangan asas iaitu di mana anda merancang untuk perhentian yang pertama, kedua atau seterusnya semasa dalam perjalanan. Cuba patuhi perancangan awal atau perancangan asal kecuali jika kecemasan atau ada perkara yang tidak dapat dielakkan seperti tiba-tiba terasa untuk buang air dan sebagainya.

Anda sebenarnya boleh membuat perancangan berhenti untuk dua tempat berbeza seperti berhenti membuang air kecil atau besar di hentian kecil dan berhenti pula untuk semata-mata menjamu selera di perhentian R&R. Walaupun di perhentian R&R kemudahan untuk buang air kecil dan air besar ini banyak tetapi biasanya di musim perayaan ianya sentiasa penuh.

Di bulan Ramadan ini, biasanya juga tempat duduk semasa waktu berbuka di R&R sentiasa penuh. Dengan perancangan awal, anda boleh berhenti berbuka dengan bekalan yang dibawa di hentian kecil ataupun berbuka di dalam kereta di tempat letak. Saya biasa berjumpa keluarga yang menghamparkan helaian tikar plastik berhampiran kenderaan mereka di tempat letak kereta sambil menjamu selera bersama-sama.

Kenderaan Anda Dalam Keadaan Siapsiaga

Sehari atau malam sebelum bertolak, pastikan kenderaan anda dalam keadaan siapsiaga atau kesiapsediaan. Bukan sahaja memastikan bahan bakar (petrol atau diesel) memenuhi tangki tetapi juga pastikan tekanan udara dalam tayar terisi elok dan juga air atau pencuci cermin telah diisi semula.

Elakkan dari mengisi petrol sejurus sebelum bertolak ataupun mengisi petrol di dalam perjalanan seperti di lebuhraya atau sebagainya. Isi lebih awal!

Bilah pencuci cermin (wiper) juga perluditukar jika sudah atau mula tidak berfungsi dengan sempurna.

Mencuci kenderaan sebelum memulakan perjalanan juga adalah langkah terbaik untuk mengesan sebarang masalah atau kerosakan kenderaan anda secara visual.

Peralatan Kecemasan Semasa Berkenderaan

Mesti dingatkan peralatan kecemasan ini bukanlah peralatan membaiki kerosakan kenderaan anda. Peralatan kecemasan ini bertujuan membantu anda dari kemudaratan lain yang boleh berlaku akibat dari kerosakan kenderaan anda.  Anda boleh rujuk posting-posting lama saya berkaitan peralatan kecemasan semasa berkenderaan ini di sini, di sini dan di sini.

Jangan lupa juga memastikan tayar ganti dalam keadaan siapsiaga.

Jangan Bawa Bebanan Berlebihan Di Dalam Kenderaan

Sebenarnya bebanan berlebihan yang dibawa akan menyebabkan penggunaan bahan bakar (petrol atau diesel) akan meningkat.

Bebanan yang tidak disusunatur dengan baik juga boleh membahayakan pemanduan serta tidak menyelesakan penumpang yang lain.

Barangan yang tidak ditempatkan dengan betul (loose) boleh membahayakan (menghentam) pemandu dan penumpang jika kenderaan diberhentikan dengan mengejut ataupun semasa kemalangan. Barangan seperti payung, botol pewangi, kasut ataupun penghiasan seperti model kereta dan sebagainya seeloknya dielakkan dari diletakkan di dalam kereta secara tidak bertempat (loose).

Bawa Air Untuk Diminum Sahaja

Bekalan air di dalam kenderaan hanya untuk tujuan diminum bukanlah untuk tujuan lain seperti untuk kegunaan penyejuk radiator dan sebagainya. Pastikan juga air ini dalam bekas yang boleh bertutup kemas dan diletakkan di dalam ruang khas bekas air.

Jangan lupa makanan terutama jika ada anak kecil di dalam kenderaan anda. Bekalan makanan juga perlu sebagai persediaan untuk berbuka puasa. Jangan terlalu berharap untuk membeli di perhentian R&R untuk juadah berbuka semasa bulan Ramadan ini.

Persediaan Menghilangkan Perasaan Jemu Semasa Perjalanan

Jika berkenderaan sambil membawa anak kecil, anda perlu bersedia untuk menghilanglan perasaan jemu anak kecil ini semasa perjalanan. Selain dari penggunaan tayangan VCD melalui perakam, anda juga boleh bersedia dengan pelbagai kaedah lain seperti alat pemainan ringkas seperti kad, bahan bacaan ringan atau sekadar berkongsi cerita sesama ahli keluarga.

Tidak dapat dinafikan gadget elektronik amat membantu menghilangkan perasaan jemu ini semasa berperjalanan. Tetapi jangan pula lupa apabila leka dengan gadget-gadget seperti ini kita membiarkan pemandu seolah-olah berseorangan memandu kenderaan! Sekali-sekala sapalah atau berbual-buallah dengan pemandu untuk menghilangkan rasa jemu atau mengantuk beliau.

Persediaan Kerohanian

Di samping bersedia dari segi kesihatan dan juga kesiapsiagaan kenderaan, persediaan kerohanian juga perlu. Berdoalah sebelum memulakan perjalanan. Sentiasa berlapangdada dan merendah diri semasa berkenderaan.

Selamat Berkenderaan Pulang Bercuti

http://oshthejourney.blogspot.com/

Wednesday, July 10, 2013

Hari Keselamatan dan Pekerjaan Kesihatan LLM 2013 & Majlis Penganugerahan Persijilan OHSAS 18001 Dan MS ISO/IEC 27001:2007



Hari Keselamatan dan Pekerjaan Kesihatan LLM 2013 & Majlis Penganugerahan Persijilan OHSAS 18001 Dan MS ISO/IEC 27001:2007

Semalam saya dijemput bersama-sama oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia di ibupejabat mereka di Bangi untuk Hari Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan LLM 2013 & Majlis Penganugerahan Persijilan OHSAS 18001 Dan MS ISO/IEC 27001:2007.

Selain dari kakitangan LLM, majlis ini turut dihadiri ramai pihak/organisasi dan pelanggan yang berkaitan dengan LLM. Sebagai pengguna tegar lebuhraya peluang sebegini tidak boleh tidak saya mesti hadir walaupun jadual tugasan saya amat padat minggu ini. Peluang sebegini juga dimanfaatkan oleh saya untuk mengetahui serba-sedikit berkaitan isu laluan di lorong motosikal dan juga kemalangan di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pada masa yang sama saya berpeluang mengetahui dan memahami fungsi dan tanggungjawab LLM di samping organisasi lain berkaitan seperti JKR, PLUS dan sebagainya. LLM merupakan sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta 231,1980 dan bertanggungjawab ke atas lebuhraya bertol di Malaysia manakala JKR merupakan sebuah Jabatan Kerajaan dan bertanggungjawab ke atas semua Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan kemudahan awam lain.

Tahniah kepada LLM di atas Penganugerahan Persijilan OHSAS 18001 Dan MS ISO/IEC 27001:2007 dan juga di atas kejayaan mengadakan Hari Keselamatan dan Pekerjaan Kesihatan LLM 2013. Semoga selepas ini LLM sebagai badan bertanggungjawab ke atas semua lebuhraya bertol di Malaysia bukan sahaja berterusan memastikan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pekerja mereka (Seksyen 15, OSHA 1994) tetapi termasuk kepada pelanggan mereka (Seksyen 17, OSHA 1994) yang menggunakan lebuhraya.


Posting berkaitan di sini.

Wednesday, July 3, 2013

5th Perak Health Conference 2013

 5th Perak Health Conference 2013 

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (Cawangan Perak) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan menganjurkan 5th Perak Health Conference 2013 seperti berikut:

Tarikh             : 9 – 11 September 2013 (Isnin - Rabu)
Tempat           : Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak

Layari laman sesawang http://jknperak.moh.gov.my.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi urus setia di talian 05-249 0200

Maklumat konferens di atas saya terima melalui email dan saya terpanggil untuk memaparkannya di dalam blog ini untuk makluman semua.

Hari ini juga dalam Metro (3 Julai 2013) terdapat iklan kecil yang menyatakan Hari Terbuka Oil & Gas Terengganu 2013 yang berlangsung pada 3 – 4 Julai 2013.

Saya tidak pasti adakah iklan kecil hari ini sekadar ulangan ataupun peringatan (peringatan mesra/soft reminder!) memaklumkan acara ini. Tetapi kalaulah iklan kecil ini berhasrat untuk makluman dan mendapat perhatian orang ramai mengunjungi hari terbuka ini, saya rasa agak terlewat kerana ianya sepatutnya diwar-warkan lebih awal dan bukannya dimaklumkan pada hari acara.

http://oshthejourney.blogspot.com

Friday, June 28, 2013

Langkah kecil tetapi besar impaknya


Langkah kecil tetapi besar impaknya

Antara langkah terpuji pihak PLUS (dengan penaja) ialah mengadakan kempen berhenti rehat seketika sambil minum kopi di kawasan R&R (terpilih) semasa musim-musim perayaan. Sedikit-sebanyak kempen sebegini mampu mengurangkan kadar kemalangan yang membimbangkan semasa musim perayaan.

Semalam (27-Jun-2013), saya dijemput melawat dan diminta memberi cadangan penambahbaikan OSH sebuah kilang membuat alatganti kenderaan di Shah Alam berhampiran kilang Proton.

Seperti yang saya jangka, kilang Jepun dengan pekerja melebihi 500 orang ini tiada masalah dari segi susunatur dan higen/kebersihan mesin-mesinnya. Amalan 5S yang diamalkan banyak menyumbang kepada keberkesanan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kilang ini.

Untuk posting kali ini saya tidak berhasrat untuk mengulas cadangan-cadangan penambahbaikan OSH yang telah saya sampaikan kepada pihak pengurusan kilang ini. Saya hanya ingin menyentuh amalan pihak pengurusan kilang ini yang menyediakan minuman panas (kopi panas) secara percuma kepada pekerja-pekerja yang telah tamat syif bekerja/ Sebuah balang air (tea urn) disediakan berhampiran Pondok Pengawal di mana pekerja-pekerja yang hendak pulang boleh mengambil minuman ini secara percuma.

Ini adalah salah satu kempen yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan di mana sedikit-sebanyak minuman panas sebegini mampu menyegarkan pekerja semasa dalam perjalanan pulang dengan kenderaan masing-masing setelah penat pekerja.

Langkah tampak kecil tetapi besar impaknya.

Semoga amalan sebegini boleh (patut) dicontohi oleh organisasi-organisasi lain.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Tuesday, June 25, 2013

Tanggungjawab majikan berkaitan jerebu - makluman

Cara Pemakaian Topeng Muka

Tanggungjawab majikan berkaitan jerebu - makluman

Berikut adalah email yang dikeluarkan (termasuk gambar di atas) oleh pihak pengurusan PLUS Berhad kepada semua kakitangannya. Semoga semua pihak pengurusan organisasi lain turut mengambil tindakan yang sama.

http://oshthejourney.blogspot.com

Makluman untuk semua kakitangan

Memandangkan masalah jerebu yang melanda Negara masih belum berkurangan, semua kakitangan yang tingggal dan bertugas di kawasan-kawasan indeks pencemaran udara (IPU) yang tidak sihat (melebihi 101), perlu mematuhi arahan-arahan semasa yang diberikan ketika menghadapi keadaan berjerebu.  

Tindakan semasa JEREBU :

· Kakitangan pejabat yang menjalankan tugas di luar, perlu sentiasa memakai penutup hidung dan mulut jenis 3 ply/topeng muka;

· Kakitangan yang terdedah dengan persekitaran luar seperti PLUSRonda, Pembantu Khidmat Pelanggan dan lain-lain, pastikan anda juga memakai penutup hidung dan mulut jenis 3 ply/topeng muka;

· Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari);

· Basuh tangan dan muka dengan menggunakan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar pejabat.

Petunjuk :
AP: I0-50 Status: Baik / Good
AP: 51-100 Status: Sederhana / Moderate
AP: 101-200 Status: Tidak Sihat / Unhealthy
AP: 201-300 Status: Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
AP: >301 Status: Berbahaya / Hazardous

Sekian, harap maklum.

Wakil Pengurusan

Sistem Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan (OHSAS 18001) PLUS Berhad