Showing posts with label Return To Work. Show all posts
Showing posts with label Return To Work. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Papan tanda OKU yang betul

Di USS, Singapore. Klik di sini untuk detail

Di Zoo Taiping. Klik di sini untuk detail

Di Zoo Taiping. Klik di sini untuk detail

Papan tanda OKU yang betul

OKU atau Orang Kelainan Upaya (bukan Orang Kurang Upaya) juga adalah insan biasa jika diberi peluang berupaya untuk menjalani kehidupan seperti orang yang normal.

Terdapat penyediaan pasarana untuk OKU ini tidak bersesuaian atau tidak mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 34A. Malah papan tanda untuk menunjukkan pasarana ini juga dibuat ala kadar sahaja. Sebagai contoh papan tanda di Zoo Taiping dan di Universal Studio Singapore seperti di atas.

Bagaimanapun papan tanda yang baru dipasang di Bangunan Perpustakaan UUM (gambar-gambar di bawah) adalah menepati logo yang sebenarnya. Syabas kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap papan tanda ini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/



Sunday, July 10, 2011

Peluang mangsa kemalangan kembali bekerja


Peluang mangsa kemalangan kembali bekerja

PERKESO (SOCSO) melalui program Return To Work telah mengadakan kursus Disable Equality Training (DET) dengan sasaran pesertanya adalah majikan-majikan terpilih, untuk menyediakan pasarana kepada mangsa-mangsa kemalangan atau Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk kembali bekerja.

Majikan juga boleh menghantar kakitangan mereka terutama di bahagian HR, SHO, Kaunselor, Pegawai Kerja Sosial atau Pegawai Perhubungan Pekerja untuk mengikuti satu lagi kursus berkaitan iaitu Job Coach dengan pembiayaan sepenuhnya oleh HRDF.

Di samping itu banyak pengecualian cukai berganda yang boleh dipohon dari LHDN jika majikan mengadakan pasarana baru atau modifikasi peralatan sedia ada untuk membolehkan mangsa kemalangan atau golongan OKU ini kembali bekerja.

Gambar
dari sini.