Showing posts with label Keselamatan Jalan Raya. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan Jalan Raya. Show all posts

Tuesday, January 31, 2017

Mengapa perlu pulang atau berperjalanan semasa cuti raya?


Mengapa perlu pulang atau berperjalanan semasa cuti raya?

Dalam kursus “accident prevention”, pelajar-pelajar dan peserta-peserta kursus yang saya kendalikan ada yang tidak bersetuju dengan saya apabila saya menyarankan (selepas merujuk root cause accident analysis) agar tidak pulang atau elakkan bercuti raya di kampung.

Statistik (trend) menunjukan kadar kemalangan jalan raya berlaku sehari sebelum dan sehari selepas cuti hari perayaan. Analisa Ops Sikap dan Ops Selamat setiap tahun menunjukkan kadar tertinggi kemalangan jalan raya berlaku pada Hari Raya Aidilfitri diikuti Hari Raya China. Kadar kemalangan ini tidak ketara sangat semasa Hari Raya Deepavali, Krismas dan Hari Raya Haji.

Mengapa perlu pulang atau berperjalanan semasa cuti raya?

Alasan utama untuk berjumpa kedua-dua ibubapa di kampung. Tidak bolehkah kita berjumpa di hari lain selain dari Hari Raya? Dengan kemudahan pasarana lebuhraya yang ada sekarang ini sebenarnya kita boleh pulang menjenguk kedua-dua ibubapa kita di kampung setiap minggu tanpa perlu menunggu hari raya.

Semasa saya kecil, bapa saya seolah-olah tidak bersungguh untuk pulang berhari raya di kampung. Semasa itu saya menyangka mungkin kami tiada memiliki kenderaan untuk pulang ke kampung. Bukan sahaja kereta malah motosikalpun bapa tidak mampu memilikinya. Berbeza pula semasa cuti sekolah di bulan Disember, kami mesti pulang ke kampung dengan menaiki keretapi menggunakan waran kerana bapa seorang askar.

Kini baru saya sedar bapa tidak mahu mengambil risiko bersusah-payah (membahayakan kami sekeluarga?) dengan pulang ke kampung berhari raya.

Saya pernah terbaca (lupa sumbernya), antara tiga tempat yang mesti dan kerap dilawat ialah (i) hospital, (ii) kubur, dan (iii) penjara. Banyak manfaatnya jika kita pernah mengunjungi ketiga-tiga tempat ini termasuklah penjara!. Mengapa penjara? Ini saya akan terangkan dalam catatan yang lain.

Saya ingin tambah satu lagi iaitu keraplah melawat ibubapa dan mertua tanpa menunggu cuti hari raya. Jika kedua-dua ibubapa dan mertua sudah meninggal dunia, ambil peluang sekali-sekala melawat Rumah atau Pusat Jagaan Orang Tua.

Kami Komuniti Amal Taiping (KaT) bermatlamatkan menceriakan hati nurani penghuni-penghuni Pusat Jagaan Warga Emas ini dan memberi motivasi amal kepada anak-anak yatim dan anak tahfiz, akan mengadakan lagi Program Ziarah Amal, Jamu Selera & Ramah Mesra Ke Pusat Jagaan Warga Emas Al-ikhlas Rozy (P) dan Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (L) di Ekspo pada bulan Februari 2017 ini. Tarikh sebenar akan diumumkan kemudian.

Setiap tahun KaT mengadakan Program Ziarah Amal, Jamu Selera Sambil Beramah-mesra dengan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-ikhlas Rozy (P) Ekspo dan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (L) Ekspo. Setakat ini KaT telah mengadakannya bersama penghuni Rumah Anak Yatim Nur Iman Kpg Pinang, penghuni Rumah Anak Yatim Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai, penghuni Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Amal Nur Qaseh Batu 4, pelajar Lake View College Bukit Merah dan beberapa badan amal/pelajar sekolah lain.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini. 

Monday, January 2, 2017

A Biker's Guide to the Hazards of the Road


A Biker's Guide to the Hazards of the Road

Sebenarnya saya "mempelajari" keselamatan (safety) bermula dengan motosikal. Era 80an semasa bekerja di Majalah Roda-Roda, saya belajar banyak ilmu keselamatan bermotosikal dari Ketua Pengarang, Yussuf Bakar (arwah) dan rakan/kenalan sekerja yang lain. Penghujung 80an baru saya bermula mempelajari keselamatan di industri (osh).

Malah saya memulakan karier saya dalam sukan permotoran juga sebagai Safety Marshal yang kemudiannya berkembang sebagai Race Official yang lain seperti Lap Scorer, Sweeper, Chief Scrutineering, Secretary of the Meet dan jawatan terakhir ialah sebagai Track Designer memerangkap Safety Advisor. Dari peringkat tempatan hinggalah ke luar negara / antarabangsa.

Ini adalah e-book yang berkaitan dengan keselamatan bermotosikal di atas jalan raya. Boleh klik di sini untuk muat-turun.


Wednesday, December 14, 2016

Ada rujukan (references) perlu ditambah-baikkan

















Ada rujukan (references) perlu ditambah-baikkan

Saya selalu berpegang teguh pesanan salah seorang guru saya - ada rujukan (references) perlu ditambah-baikkan!

Sebagai contoh,  gambar-gambar rujukan pemanduan sebelah-kiri di luar negara hendaklah diubahsuaikan ke pemanduan sebelah-kanan jika hendak digunakan dalam latihan bekaitan trafik di Malaysia.

Saya diberi peluang mengendalikan kursus pengendalian selamat (bukan kursus pemanduan!) truk konsesi Shell, Caltex dan Petron di tahun 2014, 2015 dan 2016. Saya menggunakan gambar-gambar rujukan pemanduan sebelah-kiri di luar negara yang saya telah ubahsuaikan ke pemanduan sebelah-kanan. Saya hanya gunakan program Power Point PPT dengan command copy & paste, crop dan mirror sahaja.


Berikut adalah contoh 2 kursus yang saya kendalikan dengan semua gambar-gambar asal yang digunakan adalah pemanduan sebelah kiri.

Friday, April 8, 2016

It was a Head Restraint instead of a Head Rest

It was a Head Restraint instead of a Head Rest


Click here for full text of Whiplash Injury Safety Moment

Sunday, November 22, 2015

Tali pengikat Topi Kaledar




Tali pengikat Topi Kaledar

Anak saya minta untuk menggunakan salah satu topi kaledar saya untuk tunggangan semasa di kolejnya di Ipoh. Memang betul saya ada banyak koleksi topi kaledar yang dikhususkan untuk tunggangan tertentu.

Saya mengeluarkan salah satu koleksi lama saya tetapi talinya menggunakan system klip. Sebenarnya tali kaledar yang lebih selamat ialah menggunakan system gegelang. Walaupun system klip mudah digunakan tetapi system klip ini boleh dan mudah rosak.

Antara salah satu tugas saya sebagai Chief Scrutineer dalam Cub Prix, Track Racing (motocross dan kereta) serta acara speed event yang lain sama ada di dalam dan luar negara adalah memastikan topi kaledar ini menggunakan system gegelang.

Pagi tadi di Pasar Minggu Kamunting, di gerai favourite saya ini, saya menukar system klip ke system gegelang.

Saturday, November 21, 2015

Ketahui berat kenderaan anda







Ketahui berat kenderaan anda

Ada juga di antara pemilik kenderaan (kereta dan motosikal) yang tidak tahu paras ketinggian kenderaan masing-masing. Biasanya kesemua pemandu lori (kenderaan berat) mengambil kira hal ini.

Tetapi amat jarang pemandu kenderaan ringan dan penunggang motosikal mengetahui berat kenderaan masing-masing.

Sentiasa saya tekan dalam kelas pembelajaran yang saya kendalikan iaitu pemilik kenderaan perlu mengetahui sifat fizikal kenderaan masing-masing. Malah ramai yang mengambil mudah sifat-sifat ini sebegini contoh tekanan udara tayar yang sepatutnya.

Jambatan runtuh dan  jalan rosak diakibatkan dengan kenderaan yang melebihi muatan sepatutnya. Manakala ketinggian yang tidak diketahui oleh pemandu boleh menyebabkan kenderaan mereka tersangkut di laluan bawah jambatan dan sebagainya.

Penunggang motosikal mesti mengetahui sifat fizikal motosikal mereka terutama berat. Berat menentukan kesimbangan dan keselamatan semasa pengendalian. Berat penunggang (termasuk pembonceng) dengan muatan tidak boleh melebihi berat motosikal.

Sebagai contoh, motosikal saya beratnya 210 kg (dengan petrol). Saya mestikan berat saya (85 kg), berat isteri saya (80 kg) dan berat pannier bags (40 kg) tidak melebihi berat motosikal saya (210 kg).

Tahukah berat motosikal anda? Di mana hendak merujuknya?

Tahukan tekanan udara tayar motosikal anda? Di mana hendak merujuknya?


Tips – tulis tekanan udara tayar pada tayar motosikal anda. Rujuk link di sini.

Tuesday, October 27, 2015

BLUE LANE FOR BICYCLE


BLUE LANE FOR BICYCLE 

Mengagumkan saya apabila terjumpa "Blue Lane" ini di kawasan kampung. Teruka melihat penunggang basikal menggunakannya.

Semalam di Bota Kanan, Kuala Kangsar

Thursday, September 24, 2015

Wednesday, September 16, 2015

Lens Lampu sudah, kini Wiper pula

 








Lens Lampu sudah, kini Wiper pula

Semalam saya hantar kereta Myvi kedai aksesori untuk mengilat lens lampu hadapan. Hari ini saya tukar Wiper untuk kereta Myvi (cermin depan dan belakang) dan Pesona saya.

Berikut adalah posting saya berkenaan Wiper. Rujuk link di sini.

Bagaimana dengan penggunaan Cecair Memerangkap Hujan?

Penggunaan cecair ini sebenarnya sangat bagus kerana ia berupaya memerangkap titisan hujan pada cermin kereta menjadi butiran terutama sewaktu hujan lebat.

Cuma cecair ini bertindakbalas dengan getah atau silicon bilah pengesat cermin. Ini menyebabkan bilah ini pendek hayatnya. Bilah akan mudah menjadi keras.

Seperti yang saya selalu maklumkan, setakat ini tiada lagi sesuatu produk yang memliki semua ciri-ciri yang terbaik. Mesti ada kelebihan dan pada masa yang sama ada kelemahannya.

Wiper atau cermin?

Saya mula masuk off-road penghujung 80an dan seterusnya awal 90an saya sudah mula menjelajah Negara-negara Asia bermula dengan Thailand sehinggalah ke China. Kerjaya sampingan saya ini bermula dengan pekerja am yang melakukan apa saja pekerjaan yang disuruh seperti mengangkat barang, jaga parking, pembantu mekanik sehinggalah mengejutkan peserta pada awal pagi.

Oleh kerana saya suka bekerja dengan engine, saya selalu ditempatkan atau memohon untuk bertugas sebagai pembantu mekanik ataupun bahagian pemeriksaan (scrutineering). Kerjaya saya sebagai pemeriksa kenderaan ini selama lebih dari 10 tahun membolehkan saya dilantik sebagai Chief Scrutineering untuk Kejohanan International 4x4 Asian Rally Malaysia – China bermula dari tahun 2000 hinggalah beberapa tahun seterusnya.

Mulanya (semasa penghujung 80an tersebut) saya agak kehairanan kenapa peserta-peserta rally off-road ini (terutama peserta dari luar negara) membawa bilah pengesat cermin kereta (wiper) dengan jumlah yang banyak di samping alatan-alatan wajib yang lain seperti jump-cable, temporary front screen shield, bulb, dan lain-lain.

Menjadi kebiasaan peserta-peserta rally ini terutama selepas meredah laluan yang berlumpur akan mengantikan bilah wiper mereka. Jika mereka menggunakan wiper silicon yang berharga lebih RM 100 sebilah (sebagai contoh jenama NWB – Nippon Wiper Blade), sekurang-kurangnya mereka akan mengesat permukaan bilah wiper yang menyentuh cermin kereta selepas meredah kawasan berselut.

(Setiap kali kita mencuci kereta atau menghantar kereta untuk dicuci, adakah bilah wiper ini turut dicuci?)

Apabila ditanya amalan ini, mereka menjawab; yang mana lebih murah? Wiper atau cermin kereta? (sama juga dengan amalan kerap menggunakan brek dan kurangkan menggunakan clutch)

Jawab mereka lagi; harga Wiper jauh lebih murah dari harga cermin kereta. Wiper yang bersalut dengan selut dan berpasir sama seperti kertas pasir yang boleh mencalarkan permukaan cermin apabila digunakan.

(Wira saya pernah pecah cermin hadapan dan kos pengantiannya sekitar RM 300.00. Kemudiannya Atos saya pula pecah cermin hadapannya dan kos pengantiannya sekitar RM 700.00! Saya difahamkan model Hyudai dan KIA yang lebih besar CC lagi mahal cermin hadapannya. Malah lebih mahal dari cermin kereta Mercedes!)

Bagaimana dengan amalan menggunakan cecair pembasuh cermin? Cecair ini mampu memerangkap titisan air hujan dan menukar bentuk hablur. Ada di antaranya sehingga tidak perlu menggunakan wiper ketika hujan.

Biasanya penggunaan cecair ini tidak member kesan kepada permukaan cermin. Tetapi saya difahamkan cecair ini boleh bertindakbalas dengan getah atau silicon bilah wiper dan menyebabkan ianya menjadi cepat keras.

Apapun, lesson learn yang saya amat hargai semasa menyertai rally off-road ini ialah saya akan kerap membersihkan bilah wiper dengan hanya mengesatnya menggunakan tisu basah. Saya juga menggunakan wiper dari jenis silicon walaupun agak mahal sekitar RM 60.00 ke atas tetapi berbaloi menggunakannya dan ada yang sampai setahun tempoh penggunaannya.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/


Tuesday, September 15, 2015

See and be seen – melihat dan dilihat










See and be seen – melihat dan dilihat

Myvi saya sudah berusia 8 tahun. Kaca cermin lampu sudah pudar. Hari ini saya cerahkannya semula (kilatkan).

Berikut adalah posting saya sebelum ini. Rujuk link ini.

See and be seen – melihat dan dilihat

Saya difahamkan beberapa organisasi multi nasional di Malaysia telah menguatkuasakan kenderaan syarikat yang dipandu di waktu siang mesti dipasang lampu siang (day lights). Ini selaras dengan peraturan keselamatan yang dibuat oleh syarikat induk mereka di luar negara.

Pengguna motosikal umpamanya telah lama mengamalkan amalan memasang lampu di waktu siang. Pada pertengahan 80an, sewaktu saya mula menunggang motosikal berkuasa besar yang diimport tidak mempunyai suis lampu. Acapkali ditegur oleh pengguna jalan raya lain yang menyangkakan saya terlupa menutup lampu!

See and be seen – melihat dan dilihat, adalah salah satu elemen keselamatan. Pemandu yang memandu kenderaan bukan sahaja berkemampuan melihat kenderaan lain (pengguna jalan raya yang lain) di hadapan dan di sekeliling kenderaan yang mereka pandu tetapi kenderaan mereka juga hendaklah boleh dilihat oleh pengguna kenderaan yang lain.

Kerap kali kenderaan yang dipandu pada waktu malam atau lewat petang terutama di kawasan bandar dipandu oleh pemandu yang tidak menyalakan lampu kenderaan mereka. Mungkin pemandu ini lupa atau leka kerana mereka mula memandu pada hari masih cerah ataupun mereka memandu di kawasan di mana pencahayaannya terang.

Bagaimanapun kenderaan tanpa pemasangan lampu sebegini terutama lampu belakang amatlah merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Beberapa hari lepas semasa saya menunggang motosikal dalam hujan lebat sekitar jam 7.00 malam dari Prai ke Taiping, saya terserempak dengan beberapa buah kenderaan yang tidak menyalakan lampu. Saya pasti pemandu kenderaan ini mempunyai pengelihatan (mata) yang bagus sehingga tidak memerlukan lampu hadapan kereta untuk melihat kenderaan di hadapan tetapi pemandu ini mesti ingat tanpa lampu belakang, kenderaan mereka hampir tidak dapat dilihat oleh pemandu dan pengguna jalan raya lain di belakang mereka.

Pada masa yang sama terdapat juga kenderaan lama yang cermin lampu kenderaan mereka sudah pudar dimakan usia. Pemilik kenderaan sebegini bertanggungjawab memastikan cermin lampu mereka yang dimakan usia ini tidak mengurangkan kecerahan cahaya lampu kenderaan mereka.

Atau sudah sampai masanya adanya satu peraturan yang memestikan cermin lampu sesuatu kenderaan tersebut ditukar mengikut tempoh usia hayatnya?

Motosikal dengan lampu belakang tak berfungsi


Motosikal dengan lampu belakang tak berfungsi

Saya sampai di Tol Gurun jam 6.35 pagi tadi. Sepanjang perjalanan ke Sik, saya melepasi banyak motosikal yang ditunggang oleh orang dewasa sambil dibonceng samada seorang atau beberapa orang anak kecil yang berseragam sekolah.

Tidak dinafikan motosikal adalah kenderaan yang mudah untuk bergerak dan paling ekonomi

Amat mengusarkan saya apabila hampir semua motosikal ini lampu belakangnya tidak berfungsi (tidak menyala).

Membimbangkan lagi apabila suasana awal pagi tadi berkabus tebal yang menyebabkan wap air menyelaputi cermin depan Myvi yang saya pandu. Rasanya semua pemandu kereta mengalami masalah ini.

Mujurlah seragam putih sekolah yang disarung pembonceng ini menampakkan mereka.

Mohon sangatlah penunggang (pemilik) motosikal menyenggara dan membaiki lampu belakang motosikal mereka yang tidak berfungsi ini.

Juga disyorkan memakai baju atau vest pantul cahaya.

Wednesday, August 19, 2015

Keselamatan penunggang





Pernah anda lihat signage ini di Malaysia? Dipasang pada kenderaan berat?

Thursday, August 13, 2015

Kajian dan analisa telah dibuat, apakah tindakan susulannya?






Kajian dan analisa telah dibuat, apakah tindakan susulannya?

Berita Harian Isnin 10 Ogos 2015 telah melaporkan kajian dan analisa yang dibuat oleh MIROS berkaitan kadar maut di kalangan penunggang motosikal seperti berikut:-

* Pelanggaran sisi 27.5%
* Hilang kawalan 21.4%
* Selainnya dilanggar kenderaan lain, jalan rosak dan factor pencahayaan 50% ≤
* 5 – 6% Membabitkan bersendirian
* 2 – 3% Membabitkan dengan satu kenderaan lain
* 14 – 19% Membabitkan dua atau lebih kenderaan lain
* 60% Membabitkan hari Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa di antara jam 4pm – 10pm.


In sya Allah saya akan mengesyorkan beberapa cadangan penyelesaian semasa menyampaikan  presentation SOCSO Accident Prevention Seminar on the 25th-26th August 2015 di PWTC.