Showing posts with label Am. Show all posts
Showing posts with label Am. Show all posts

Sunday, February 5, 2017

Senarai nama lengkap bergambar



Senarai nama lengkap bergambar

Saya agak bermasalah untuk mengingati nama-nama mereka yang kerap berurusan dengan saya. Apa yang saya buat ialah menyediakan senarai nama pelajar lengkap dengan gambar mereka.

Perkara yang sama saya buat untuk mengenalpasti kontraktor-kontraktor yang keluar-masuk dalam industri yang saya kerja sebelum ini.


Rupanya amalan ini juga amat disenangi oleh pihak lain terutama security yang memudahkan mereka untuk mengenalpasti keluar-masuk kontraktor.

Tuesday, January 31, 2017

Mengapa perlu pulang atau berperjalanan semasa cuti raya?


Mengapa perlu pulang atau berperjalanan semasa cuti raya?

Dalam kursus “accident prevention”, pelajar-pelajar dan peserta-peserta kursus yang saya kendalikan ada yang tidak bersetuju dengan saya apabila saya menyarankan (selepas merujuk root cause accident analysis) agar tidak pulang atau elakkan bercuti raya di kampung.

Statistik (trend) menunjukan kadar kemalangan jalan raya berlaku sehari sebelum dan sehari selepas cuti hari perayaan. Analisa Ops Sikap dan Ops Selamat setiap tahun menunjukkan kadar tertinggi kemalangan jalan raya berlaku pada Hari Raya Aidilfitri diikuti Hari Raya China. Kadar kemalangan ini tidak ketara sangat semasa Hari Raya Deepavali, Krismas dan Hari Raya Haji.

Mengapa perlu pulang atau berperjalanan semasa cuti raya?

Alasan utama untuk berjumpa kedua-dua ibubapa di kampung. Tidak bolehkah kita berjumpa di hari lain selain dari Hari Raya? Dengan kemudahan pasarana lebuhraya yang ada sekarang ini sebenarnya kita boleh pulang menjenguk kedua-dua ibubapa kita di kampung setiap minggu tanpa perlu menunggu hari raya.

Semasa saya kecil, bapa saya seolah-olah tidak bersungguh untuk pulang berhari raya di kampung. Semasa itu saya menyangka mungkin kami tiada memiliki kenderaan untuk pulang ke kampung. Bukan sahaja kereta malah motosikalpun bapa tidak mampu memilikinya. Berbeza pula semasa cuti sekolah di bulan Disember, kami mesti pulang ke kampung dengan menaiki keretapi menggunakan waran kerana bapa seorang askar.

Kini baru saya sedar bapa tidak mahu mengambil risiko bersusah-payah (membahayakan kami sekeluarga?) dengan pulang ke kampung berhari raya.

Saya pernah terbaca (lupa sumbernya), antara tiga tempat yang mesti dan kerap dilawat ialah (i) hospital, (ii) kubur, dan (iii) penjara. Banyak manfaatnya jika kita pernah mengunjungi ketiga-tiga tempat ini termasuklah penjara!. Mengapa penjara? Ini saya akan terangkan dalam catatan yang lain.

Saya ingin tambah satu lagi iaitu keraplah melawat ibubapa dan mertua tanpa menunggu cuti hari raya. Jika kedua-dua ibubapa dan mertua sudah meninggal dunia, ambil peluang sekali-sekala melawat Rumah atau Pusat Jagaan Orang Tua.

Kami Komuniti Amal Taiping (KaT) bermatlamatkan menceriakan hati nurani penghuni-penghuni Pusat Jagaan Warga Emas ini dan memberi motivasi amal kepada anak-anak yatim dan anak tahfiz, akan mengadakan lagi Program Ziarah Amal, Jamu Selera & Ramah Mesra Ke Pusat Jagaan Warga Emas Al-ikhlas Rozy (P) dan Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (L) di Ekspo pada bulan Februari 2017 ini. Tarikh sebenar akan diumumkan kemudian.

Setiap tahun KaT mengadakan Program Ziarah Amal, Jamu Selera Sambil Beramah-mesra dengan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-ikhlas Rozy (P) Ekspo dan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (L) Ekspo. Setakat ini KaT telah mengadakannya bersama penghuni Rumah Anak Yatim Nur Iman Kpg Pinang, penghuni Rumah Anak Yatim Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai, penghuni Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Amal Nur Qaseh Batu 4, pelajar Lake View College Bukit Merah dan beberapa badan amal/pelajar sekolah lain.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini. 

Friday, January 13, 2017

Masing-masing ada kelebihannya


Masing-masing ada kelebihannya

Saya masih berterusan menerima whatsaapp, messages, email malah panggilan telefon bertanyakan berkaitan OSH ataupun SHO. In sya Allah, saya cuba menjawabnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Ada juga persoalan yang tidak mampu saya jawab dan saya minta agar mereka menghubungi pihak lain yang mungkin boleh membantu.

Bagaimanapun ingin saya sarankan agar merujuk dahulu persoalan-persoalan yang telah saya jawab melalui FB dan Blog saya. Mungkin FB sukar untuk dirujuk posting lama tapi Blog OSH The Journey saya mudah dengan menggunakan “search command”.

Pada masa yang sama, saya juga kerap ditanya mengenai kelebihan dan kekurangan training provider dan ipt (ipta/ipts) yang menjalankan program SHO/OSH ini. Pada saya masing-masing ada kelebihannya.

Sebagai contoh, UKM, UUM dan OUM adalah tiga ipt yang saya sertai. UKM sebagai pelajar Master Industrial Safety Management, UUM sebagai sebagai salah seorang pengasas, pengajar dan jawatan terakhir ketua program Msc OSH Management. Manakala OUM sekarang ini sebagai pengajar sambilan Master OSHRM.

UKM kelebihannya ada pengkhususan psikologi, UUM ada pengkhususan Human Resources dan OUM pula dengan pengkhususan Risk Management. Ketiga-tiga pengkhususan ini adalah penting dalam menangani perkaitan OSH.

Kekurangan? Ini agak subjective untuk dijelaskan. Bagaimanapun terdapat perbezaan pengiktirafan (KPT/MQA) pada program yang menggunakan title professional ataupun executive.  Untuk program yang mendapat pengiktirafan JKKP (DOSH), boleh merujuk laman web DOSH.

Walaupun saya bersedia dan mengalu-alukan sebarang pertanyaan, saya lebih suka (preferable) dihubungi melalui whatsapp ataupun email.

Isnin lepas saya “terganggu” sedikit  apabila dihubungi melalui pangglan telefon pada pukul 11.00 malam. Ketika itu saya sudahpun tidur kerana keletihan baru turun dari kapal terbang dan keesokan harinya ada ada kursus yang perlu saya kendalikan dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Pemanggil memang bersopan dengan memperkenalkan dirinya lengkap dengan kelulusan ijazah dan pengalamannya sebagai SHO di organisasi yang hebat. Tetapi beliau tidak bertanyakan apa yang sedang saya buat ketika itu dan langsung tidak terfikir untuk memohon maaf jika mengganggu.

Saya juga biasa dikejutkan oleh panggilan telefon yang memohon nasihat apa yang hendak dilakukan kerana adanya kemalangan maut yang sedang berlaku. Saya akan membuat posting mengenai topic ini kelak.

Tetapi pemangil bersopan ini hanya ingin tahu di manakah beliau sebagai pemegang ijazah dan berpengalaman, berpeluang untuk menjadi pengajar sambilan serta apakah kelebihan dan kekurangan ipt-ipt yang yang ada menganjurkan kursus OSH ini?


Mohon saya agar di masa akan datang pilihlah waktu yang sesuai untuk berhubung.

Friday, January 6, 2017

Kalendar Kuda 2017

Kalendar Kuda 2017

Ruang kerja saya malah dalam beg komputer saya mesti ada Kalendar Kuda! ianya mudah dirujuk. Ini satu Kalendar Kuda 2017 yang saya terima melalui grup whatsapp. Terima kasih kepada perekanya.

Boleh muat-turun di sini.

Tuesday, December 27, 2016

Manafaatkan dan beretika dalam whatsapp dan email anda




Manafaatkan dan beretika dalam whatsapp dan email anda

Saya lebih selesa dihubungi melalui whatsapp atau personal message fb jika berkaitan dengan makluman yang ingin ditanya atau ingin berkongsi makluman. Malangnya ramai yang menghubungi saya melalui whatsapp dan email ini mengambil mudah peradaban berkomunikasi.

Saya bukannya insan yang terlalu formal dalam berkomunikasi. Tidak perlu membahasakan saya dengan gelaran-gelaran protocol. Secara asasnya berikut adalah tiga (3) permintaan saya jika hendak menghubungi saya berkaitan dengan makluman yang ingin ditanya atau ingin berkongsi makluman.

1. Mohon kenalkan diri (nama dan dari mana)
2. Seeloknya memaklumkan bagaimana mengenali saya (pelajar saya atau membaca catatan di fb/blog saya)
3. Elakkan dari menggunakan ejaan terlalu ringkas.

Dahulu (mulai pertengahan 2000an) ketika email menjadi salur perhubungan terpenting, ketika tanpa whatsapp dan seumpamanya, saya akan membuat syarat kepada pelajar-pelajar saya supaya membaca dua artikel berkaitan etika email. Ada juga yang boleh dimanafaatkan dalam penggunaan whatsapp. Artikel itu bertajuk:

1. Email Writing Etiquette. Boleh download di sini.
2 Email overload in the UK workplace. Boleh download disini.


Posting berkaitan etika email ini boleh di rujuk di sini dan di sini.



Wednesday, December 14, 2016

Ada rujukan (references) perlu ditambah-baikkan

















Ada rujukan (references) perlu ditambah-baikkan

Saya selalu berpegang teguh pesanan salah seorang guru saya - ada rujukan (references) perlu ditambah-baikkan!

Sebagai contoh,  gambar-gambar rujukan pemanduan sebelah-kiri di luar negara hendaklah diubahsuaikan ke pemanduan sebelah-kanan jika hendak digunakan dalam latihan bekaitan trafik di Malaysia.

Saya diberi peluang mengendalikan kursus pengendalian selamat (bukan kursus pemanduan!) truk konsesi Shell, Caltex dan Petron di tahun 2014, 2015 dan 2016. Saya menggunakan gambar-gambar rujukan pemanduan sebelah-kiri di luar negara yang saya telah ubahsuaikan ke pemanduan sebelah-kanan. Saya hanya gunakan program Power Point PPT dengan command copy & paste, crop dan mirror sahaja.


Berikut adalah contoh 2 kursus yang saya kendalikan dengan semua gambar-gambar asal yang digunakan adalah pemanduan sebelah kiri.

Monday, November 28, 2016

Blog OSH di Indonesia



Blog OSH di Indonesia

Sebenarnya ini Blog Kejuruteraan yang turut dimasukkan posting berkaitan OSH.

Saya pernah membuat write-up mengenai blog-blog di Malaysia yang sememangnya banyak aktif seketika dahulu. Kemunculan FB telah hampir melupuskan kesemua blog-blog ini.

Boleh rujuk senarai blog-blog OSH yang ada seketika dahulu di sini.

Sunday, November 27, 2016

Sesuaikan dan gunapakai dari yang terbaik



Sesuaikan dan gunapakai dari yang terbaik

Semasa baru bekerja sebagai SHO di kilang tayar awal 90an dahulu, antara tugasan yang diberi oleh majikan saya ialah menterjemahkan dokumen-dokumen Bahasa Inggeris seperti peraturan, garis panduan, papan tanda dan sebagainya.

Sebentar tadi saya menerima mesej dari follower fb/blog saya meminta nasihat mengenai dua dokumen (SOP dan Senarai Semak) yang telah diterjemahkannya.

Nashat saya - sesuaikan dan gunaipakai (dari yang terbaik!

Monday, October 17, 2016

Manfaatkan IT


Manfaatkan IT

Kepada semua OSH Practitioners terutama yang terlibat dalam planning, manfaatkan IT dalam kerjaya anda.

Saya tidak mengenali secara personally sdr Ismail dan sdr Aliff ini tetapi kursus yang dikemukakan ini adalah amat berguna sekali.

Malah saya sendiri menggunapakai Acad dalam menghasilkan gambarajah suasana kemalangan (before & after scenes), yang saya gunakan dalam accident investigation di tempat kerja saya dahulu.

Accident Scene details dengan Acad boleh melengkapkan accident investigation. Gambarajah berikut yang saya gunakan juga sebagai case study dalam kelas pembelajaran yang saya kendalikan


Sunday, August 14, 2016

Jalan Pintas? User Experience?


Jalan Pintas? User Experience?

Jalan pintas (atau short cut) ini adalah satu topik yang saya sering sentuh dalam kelas OSH saya. Malah saya juga mencadangkan akan disahkan penggunaannya (halalkan yang haram). Boleh rujuk dalam blog OSH The Jurney dan FB saya.

Terbaru Roger James Hamilton menulis berkaitan jalan pintas ini. Bukan dari segi OSH tetapi dari segi “use experiences vs design”.

Artikel penuh seperti berikut.

Best advice if you're just starting or growing a business:

FB Roger James Hamilton

Focus at your customer more than your product. Get fixed on your customer experience, and your product will keep changing to serve them best. But fix your product, and customers will find a path that fits them, with or without you.


If you're waiting on the street corner, wondering where all your customers are, this post is for you.


We've moved from the industrial age where it was all about the product and productization to the technological age where it's all about the customer and customization. 


Instead of focusing at product development and production lines (which we learned about and were a part of at school), focus at customer experiences and customization lines.


Your business doesn't start when you have a product. It starts when you have a customer. So who is your perfect customer? Start from there and ask yourself (and them):


Problem - What's the problem they need solved?

Promise - What's the benefit you deliver to them by solving it?
Product - How will you solve it better than others?
Proof - Why should they trust you?

Keep upgrading your answers (and your products) regularly. Because what your customers need, their expectations and how they are being served will keep changing fast. And once you get into flow, you'll begin to know what they need before them, and they'll begin pre-buying your next product.

"Get closer than ever to your customer. So close that you tell them what they need well before they realize it themselves." ~ Steve Jobs


The easiest way to future proof your business is to have customers that love you. The easiest way to fail is to love your idea or product more than you love your customers. So find your soul-market and fall in love all over again.



Hepatitis B

Adakah SHO (terutama Health Officer) dianggap sebagai kumpulan profesional kesihatan?

Hepatitis B

Hepatitis B adalah sejenis penyakit hepar yang disebabkan oleh jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh menyebabkan jangkitan sepanjang hayat serta boleh mengakibatkan cirrhosis hepar, kanser hepar, kegagalan hepar dan kematian


Medium jangkitan - Seseorang boleh mendapat jangkitan Hepatitis B jika terdedah kepada darah dan cecair badan yang tercemar dengan virus Hepatitis B daripada individu yang telah dijangkiti Hepatitis B

Transmisi melalui kecederaan akibat tercucuk jarum yang tercemar semasa mengendalikan jarum dan alatan tajam semasa bekerja. Pendedahan kepada darah dan cecair badan orang yang dijangkiti semasa bekerja.

Profesional kesihatan yang bekerja di hospital/klinik perlu mendapatkan vaksin Hepatisis B


Pakar perubatan

Pegawai perubatan/ Pegawai Pergigian
Jururawat / bidan
Pembantu Perubatan Attendan
Juruteknologi Makmal Perubatan
Pegawai Sains di makmal hospital/klinik
Juru X-ray
Pembantu Kesihatan Awam


SHO?

Tuesday, June 7, 2016

EMASCULATION???


EMASCULATION???

Ramai SHO yang tidak mengetahui bahawa dalam 1st Schedule Serious Bodily Injury, OSH (NADAPOOD) Reg. 2004, severity pertama ialah "emasculation".

Malah 2nd Schedule FMA 1967 juga. severity yang teratas sekali ialah "emasculation". Ini bermakna semenjak 1967 juga telah termaktub "emasculation" ini.

Malah ramai juga SHO tidak mengetahui apa itu "emasculation"?


Adakah kejadian kemaluan kanak-kanak tersepit pada eskalator ini dikategorikan dalam "emasculation"?

Thursday, March 17, 2016

Antara FB Group OSH yang sangat bermanfaat






Antara FB Group OSH yang sangat bermanfaat

Dulu saya pernah buat compilation senarai blog-blog OSH yang sangat bermanfaat dalam blog OSH The Journey saya. Kemunculan FB memalapkan era blog ini. Ada blog-blog ini sudah bertahun tidak dikemaskinikan.

Banyak FB Group OSH yang sangat bermanfaat. Berikut adalah antara FB Group yang sangat bermanfaat (pandangan peribadi saya) iaitu

1. Malaysian Occupational Safety & Health Officer (MASHO) Baru
2. NRG-SHE (OFFICIAL)
3. OHS LESSON LEARN: TRANSPARENT
4. SHO – Construction
5. Head Hunters

Bagaimanapun “friends” atau “likers” perlulah mengetahui scope FB Group ini masing-masing. Ada yang bersifat umum membincangkan aspek OSH, ada yangmenumpukan kejadian kemalangan dan ada khusus untuk pengumuman kerja kosong.

Kesemua “friends” atau “likers  FB Group ini tidak kedekut ilmu. Ada sahaja yang menyumbang pengetahuan dan pegalaman mereka,  dan ada sahaja yang menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan. Tidak dinafikan ada yang “silent readers” tetapi manfaatkanlah FB Group ini dengan bertanyakan kemusyikilan yang ada. Tiada “soalan bodoh” dalam OSH. Malah “jawapan” yang diberi itu mungkin akan berupaya menyelamatkan nyawa.

Manfaatkanlah FB-FB Group ini.


Pada masa yang sama, banyak lagi FB-FB Group OSH yang boleh dimanfaatkan.

Thursday, February 18, 2016

Patuhi panduan penggunaan eskalator






Patuhi panduan penggunaan eskalator
KOSMO ISU 18 FEBRUARI 2016 TAUFIK SALIMIN

SEJAK kebelakangan ini, kemalangan membabitkan kanak-kanak di eskalator atau tangga bergerak semakin kerap berlaku sehingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan masyarakat.

Tidak dinafikan, kanak-kanak aktif gemar mencuba sesuatu yang baharu, namun pengawalan dan pemantauan yang tidak efisien menyumbang kepada peningkatan insiden berkenaan.

Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam mengawal anak masing-masing dan perlu sentiasa berhati-hati.

Perunding Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Lukman Wan Mat Daud berkata, biarpun sikap kanak-kanak dilihat menjadi punca utama, kegagalan ibu bapa dalam mengawal, gagal mematuhi peraturan dan beberapa faktor lain turut menyebabkan perkara itu terjadi.

“Kebanyakan kes sebenarnya berpunca daripada pemakaian kasut, selipar dan sandal selain peralatan perlindungan kaki yang terjurai keluar.

“Terjurai atau menggeleber ini tidak semestinya besar dan longgar. Aksesori pada pelindung kaki seperti tali, pengetat juga boleh dianggap terjurai jika tidak dirapikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, individu yang dilihat memakai selipar atau sandal yang tidak kemas seharusnya dilarang menggunakan eskalator bagi mencegah kemalangan.

Garis panduan

Tambahnya, garis panduan meminta pengguna berdiri di sebelah kiri tangga bagi memberi laluan kepada mereka yang ingin berjalan juga dilihat tidak sesuai.

“Penggunaan asal eskalator adalah bersifat statik dan memang benar banyak premis yang seolah-olah membenarkan pengguna berjalan di atas eskalator.

“Pengguna seharusnya berdiri statik dan kedua-dua belah kaki berada dalam garisan kuning yang ditetapkan. Pada masa sama, mereka perlu berhati-hati ketika hendak tiba di penghujung laluan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai penyelenggaraan eskalator, beliau memberitahu, setelah diuji, diperiksa dan lulus (selepas pemasangan), Pegawai Pemeriksa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan mengeluarkan Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Angkat (dikenali sebagai Sijil PMA) kepada eskalator ini.

Sijil itu mempunyai tempoh laku selama 12 bulan dan diberi sehingga tempoh tiga bulan dari tamat tempoh untuk diperbaharui.

“Kontraktor penyelenggaraan yang dilantik oleh majikan atau pemilik premis juga mesti berdaftar dengan JKKP. Kontraktor ini dipertanggungjawabkan untuk menyenggara eskalator ini secara berkala.

Antara aspek penambahbaikan yang perlu diberi perhatian kontraktor adalah ruang kelegaan antara anak tangga dan penghujung laluan kerana apabila eskalator kerap digunakan, ruang kelegaan antara anak tangga akan menjadi luas yang boleh menyebabkan ruangan mudah terkepit,” jelasnya.

Perlu diingatkan bahawa, kebiasaannya peralatan kaki atau pakaian yang terjurai boleh tersangkut atau terkepit di ruang ini.

Hak pengguna

Sebagai langkah keselamatan, majikan atau pemilik premis mesti mempamerkan Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Angkat (dikenali sebagai Sijil PMA) di eskalator berkenaan.

Pengguna perlu tahu hak mereka untuk menggunakan eskalator yang mempunyai Sijil PMA tersebut.

Sebenarnya, syarat mempamerkan itu ada dinyatakan dalam perundangan dan pengguna harus mengelak daripada menggunakan eskalator yang tiada Sijil PMA ataupun sijil yang sudah tamat tempohnya.

“Bagaimanapun, terdapat juga premis beli-belah seperti di pasar raya Sogo yang meletakkan seorang petugas bagi mengawal penggunaan eskalator.

“Pada masa sama, petugas juga perlu dilatih untuk bertindak segera dengan menekan butang penghenti kecemasan jika berlaku sebarang insiden,” jelasnya.


Hakcipta terpelihara 

Sunday, February 14, 2016

Ingin berkongsi pentas dengan DUKE – keselamatan jalan raya dan keselamatan bilik air



Ingin berkongsi pentas dengan DUKE – keselamatan jalan raya dan keselamatan bilik air

Dato Ustaz Kazim Elias pernah dalam satu kuliahnya mengaitkan antara mungkin punca kemalangan kenderaan yang banyak di Malaysia berpunca dari tiada lorong khusus setiap kenderaan yang berbeza dan juga mungkin kerana aliran laluan di Malaysia adalah mengikut putaran jam. Cuma DUKE tidak mengaitkan aliran jam ini dengan sains sukan dan juga system saluran darah dan oksigen di dalam tubuh badan.

Malam tadi, DUKE dalam siri popularnya di TV iaitu Kalau Dah Jodoh, mengingatkan para isteri (dan suami?) memastikan kebersihan bilik mandi demi keselamatan. Cuma DUKE tidak mengaitkannya dengan hygiene.

In sya Allah jika berkesempatan.

(Sebenarnya saya dengan DUKE adalah dari satu datuk)

Seperti yang selalu saya berkongsi dengan pelajar dan peserta kursus saya, topic keselamatan jalan raya dan keselamatan bilik mandi adalah antara topic yang begitu dekat saya. Dua tempat ini adalah paling berhazard dan berisiko.

Bilik Mandi, saya elakkan dari mengunakan Bilik Air kerana bila disebut “air” sudah tentu sifat semulajadi adalah basah. Lantai Bilik Mandi mesti kering kecuali di bahagian mandian. Selainnya di bahagian sinki, tandas dan sebagainya mestilah kering.

Disebabkan itu saya tidak bersetuju dengan perkara nombor 5 dan 9 dalam posting yang bertajuk Kreatif Dengan Sedekah di bawah. Perkara lain memang kreatif dalam sedekah, tetapi dua perkara ini boleh memudaratkan.

Sesiapa yang pernah transit di Lapangan Terbang Abu Dhabi mesti akan berpengalaman sama dimarahi atau mendengar pekerja pencuci tandas lapangan terbang ini memarahi warga Malaysia yang membasahkan lantai tandas! Menariknya (menurut pekerja Bangla ini) hanya warga Malaysia sahaja yang suka membasahi lantai tandas.

Lantai yang basah memudaratkan dari segi licin dan juga dari segi hygiene kerana mudah kotor dan lembab. Boleh rujuk keterangan lanjut dalam blog saya.

Saranan saya cuba elakkan dari membasahi lantai tandas. Anda bukan sedekah (dengan kreatif) tetapi boleh memudaratkan pengguna tandas yang lain kalau tergelincir jatuh.

Perkara nombor 9 memang kreatif malah masjid dan surau di Aceh telah lama mengamalkan susunan selipar dan kasut penghujung.

Mohon saya jangan dicuba untuk menyusun selipar dan kasut orang lain ini di masjid dan di surau di Malaysia. Amalan baik anda itu akan menyusahkan pengguna lain untuk mencari dan mendapatkan selipar dan kasut mereka selepas selesai solat.

Sepatutnya pengunjung masjid dan surau ini menyusun sendiri selipar dan kasut mereka sebelum memasuki surau atau masjid.

Kreatif memang kreatif dalam bersedekah tetapi jangan sampai memudaratkan dan menyusahkan orang lain.

KREATIF DENGAN SEDEKAH:

1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.

2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yang memerlukannya.

3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.

4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk disumbangkan sedikit kepada anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.

5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.

6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak dibasuh oleh roommate ke, housemate ke, rakan sekerja kita ke, basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.

7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...

8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.

9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.

10. Sebarkan tazkirah ini seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain begitulah seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.

SIMPULAN...

Oleh itu, perbanyakkanlah sedekah dan berilah pinjaman kepada yang berhajat kerana di dalamnya pasti terdapat pelbagai hikmahnya.

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’.

Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.


Wassalam

Tuesday, February 9, 2016

Bukan salah Crocs, bukan salah sandal tapi salah loose footwear dan loose clothes. Sertai jauhi nip zone.




Bukan salah Crocs, bukan salah sandal tapi salah loose footwear dan loose clothes. Sertai jauhi nip zone.

Terlebih dahulu saya ini ingin menegur Radio Sinar. Dalam slot pesanan khidmat masyarakat mereka, pengguna escalator dinasihatkan tidak berada di tengah anak tangga escalator tetapi hendaklah berada di tepi anak tangga! Saya tidak pasti adakah tujuannya untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin berjalan di atas anak tangga yang bergerak ini?

Ini adalah nasihat yang salah! Mohon Radio Sinar hentikan nasihat khidmat masyarakat ini.

1. Escalator direka untuk pengguna statik. Tiada keseimbangan jika pengguna cuba berjalan di atasnya.

(Ada premis seperti stesen LRT mempunyai escalator dan juga tangga biasa. Mereka yang hendak segera atau exercise, bolehlah memilih menggunakan tangga biasa. Di immigration Tambak Johor umpamanya, ramai yang memilih tangga biasa kerana mengejar masa).

2. Pengguna MESTI berada di tengah anak tangga bukannya di tepi. Lebih tepat di dalam kawasan berpetak kuning.

3. Kawasan tepi adalah "nip zone" dan ada ruang (gap) yang boleh menyebabkan kasut/sandal (footgear and sandals) tersangkut.

4. Pengguna escalator hendaklah mengelakkan "loose footwear". Bukan sahaja longgar tapi mengelebeh dan ada terjurai keluar. Pengguna berselipar sepatutnya dicegah dari menaiki escalator. (Termasuk loose clothes)

5. Loose footgear ini bukan sahaja kepada sandal Crocs tetapi kepada semua jenama kasut dan sandals

6. Fyi, Crocs bukan sahaja mengeluatkan sandal tetapi juga semua jenis kasut. Malah Crocs ada mengeluarkan kasut khas untuk diabetic.

7. Fyi, footwear Crocs tiruan lagi banyak di pasaran malah model tiruan lagi banyak dari model asli.

8. Crocs tiruan size besar dan B-type sukar didapati.

9. Akhir sekali, ibubapa, penjaga dan orang dewasa hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak kecil mereka

*Saya tiada kepentingan dengan syarikat Crocs

Update9 Feb 2016 8.15pm

Saya banyak menerima comment berkaitan posting ini. Saya setuju kebanyakan penduduk negara maju tidak lagi hanya statik di atas escalator. Tetapi asasnya, escalator direka untuk penggunaan statik, boleh rujuk manufacturer manual. Amalan bergerak (berjalan) ini juga mula dicontohi rakyat Msia. Tetapi tengoklah kebiasaannya di mana? Di tempat orang "bergegas" atau mahu segera ke tempat kerja. Di shopping complex, tempat di mana kemalangan ini berlaku lebih atau kepada leisure zone (santai), sudah tentu tiada keperluan untuk bergegas atau segera ini.