Showing posts with label Ergonomik. Show all posts
Showing posts with label Ergonomik. Show all posts

Tuesday, December 20, 2016

1. Efficiency, 2. Effectiveness, & 3. Efficac






Konsep 3E (1. Efficiency, 2. Effectiveness, & 3. Efficacy) dalam Risk Management dan juga dalam Ergonomik.


Turut perjelaskan lagi istilah 3E ini oleh Tuan Mohd Zubairy Ergonomist dan DrYusof Omar.

Friday, April 8, 2016

ERGONOMIK DARI PERSPEKTIF ISLAM


ERGONOMIK DARI PERSPEKTIF ISLAM
Oleh: Aidil Adha Sulaiman
25 Mei 2011 / 20 Jamaadil Akhir 1432H



Monday, November 9, 2015

HIRARC - Forklift & 200 Litre Oil Drum








Trainer-trainer OSH

Berapa nak bagi markah tugasan kepada pelajar yang menyiapkan HIRARC untuk Loading, Unloading & Transportation of 200 Litre Oil  Drum using forklift ini?

Friday, February 6, 2015

Standing Disk – from a view of Psychology and OSH (ergonomics)




Standing Disk – from a view of Psychology and OSH (ergonomics)

Kata CEO Tasek Cement kepada kami (manager/engineer) dalam suatu meeting bulanan – “Air dengan minyak memang hakikinya tidak boleh bercampur tetapi air dengan minyak boleh bersama di dalam satu gelas tanpa ada sebarang tidak-balas kimia”. (Terjemahan secara bebas dari ayat asalnya Bahasa Inggeris)

Teguran Mr Tan Keng Meng ini merujuk kepada rungutan seorang manager yang mendakwa dia sudah tidak ada “chemistry” lagi dengan seorang engineer yang melapor kepadanya di dalam jabatan yang sama.

(Akhirmya engineer ini dipindahkan juga melapor diri kepada saya di Jabatan OSH. Menariknya saya tidak ada masalah dengan engineer yang telah berkhimat lebih 30 tahun di Tasek Cement ini).

Saya ingin kaitkan bidang psikologi dengan osh. Banyak elemen di psikologi ada di dalam elemen osh. Tetapi ada juga elemen psikologi bercanggah dengan elemen osh. Bagaimanapun kedua-dua elemen psikologi dan osh ini boleh diamalkannya dengan seiring.

Saya yakin ramai yang tidak tahu (termasuk pekerja Celcom Kamunting) kenapa ada konsep melayan pelanggan secara berdiri menggunakan “standing desk” yang ada komputer di atas meja berdiri ini?

Berdasarkan kajian psikologi, komunikasi tanpa halangan (barrier) antara staff perkhidmatan pelanggan dengan pelanggan adalah yang terbaik dalam komunikasi dua hala. Ini termasuklah komunikasi tanpa meja (barrier), kedudukan staff dengan pelanggan lebih rapat dan tidak memerlukan penggunaan suara (lontaran suara) yang lebih tinggi dan kuat.

Elemen ini sedikit berbeza dengan osh (ergonomic) di mana penggunaan “standing desk” lebih kepada kerja-kerja yang spesifik (pengkhususan dan ketelitian). Untuk sesi berkomunikasi lebih sesuai (dan santai) jika dilakukan secara duduk.

Ini bukan isu yang saya hendak sentuh dalam posting ini.

Sebelum itu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak berkenaan (kerajaan?) yang telah mengeluarkan sejumlah dana latihan pada tahun 2014 dan memilih sebuah IPTA untuk menjalankan kursus ‘Safety at Computer Work Station” untuk semua pengurus-pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia di mana saya telah dilantik menjadi pengajarnya.

Selain dari topik ‘Building Safety” dan ‘Emergency Response”, saya juga menyentuh topik “Computer Work Station Ergonomics”.

Berbalik kepada isu yang saya hendak sentuh dalam posting kali ini.

Padi tadi saya berkunjung ke Celcom Kamunting untuk clarify bebarapa bil telefon dan broadband saya. Saya dilayan oleh seorang staff wanita di “standing desk” ini. Layanannya amat memuaskan dan saya acknowledge dan amat berterima kasih atas semua perjelasannya.

Bagaimanapun saya tidak selesa menggunakan mouse pada standing desk di sini. Malah saya yakin staff wanita ini juga tidak selesa menggunakannya. Mungkin dia sudah “terbiasa”, menyebabkannya dia tidak memperdulikan lagi ketidakselesaan penggunaan mouse ini. Sebenarnya ini adalah kesan penyakit “repetition disorder” tanpa disedarinya.

Oleh kerana CPU pada standing disk ini diletak di bawah (kaki standing desk), maka wayar mouse menjadi terhad. Oleh kerana itu kedudukan mouse terletak jauh dari keyboard atau zon capaian kerja (reachable zone). Saya cuba menarik wayar mouse itu tetapi tidak boleh lagi. Ini menyebabkan saya mengalami ketidak keselesaan mengendalikan komputer di situ.

Saya mengesyorkan kepada staff wanita ini agar membuat aduan kepada pihak atasannya berkenaan kedudukan mouse tersebut.

Rasa bersalah pula saya tidak memaklumkan alternatif kepada permasalahan ergonomik ini. Harap pihak bertanggungjawab di Celcom tahu cara penyelesaiannya.

Cara yang paing mudah ialah mengguna cordless mouse. Atau cara kedua (back to basic), guna sahaja sambungan tambahan wayar usb, seperti yang saya amalkan di rumah saya.

Harap-harap pihak atasannya (majikannya?) akan mengambil tindakan pembetulan. Itupun kalau staff wanita  ini membuat laporan dan susulan atas teguran saya pagi tadi.

Lupa pula saya nak tanya kepada staff wanita ini – adakah dia tahu atau dimaklumkan mengapa Celcom mengamalkan prinsip “standing desk” untuk melayan pelanggan?


http://oshthejourney.blogspot.com/

Thursday, November 6, 2014






Kerusi Kerja yang Ergonomik

Kerusi Kerja yang ergonomik adalah sebuah kerusi yang direka mengikut posture badan pengguna dan boleh diselaraskan mengikut anatomy pengguna. Antara bahagian yang perlu boleh laras ialah penyokong belakang (lumbar support), perehat lengan (arm rest), ketinggian tempat duduk dan juga sudut condong penyokong belakang.

Di sebalik ciri-ciri di atas, ramai yang tidak tahu kekangan kerusi kerja ergonomik ini. Antaranya ialah bilangan tapak pemasang (base assembly). Bilangan tapak pemasang ini yang disyorkan ialah minimum lima cabang. Manakala berat maksimum yang boleh ditampung oleh sistem pneumatik kerusi ergonomik ialah hanya 100kg. Jika penggunanya melebihi 100kg, dia perlu menggunakan kerusi pneumatik yang ditempah khas.

Semasa saya bekerja di kilang sebelum ini, kerusi-kerusi pneumatik boleh laras ini banyak yang bermasalah dengan sistem pneumatiknya setelah diguna beberapa tahun. Untuk mengelakkan pembaziran, saya meminta mekanik untuk mempeteri (welding) terus ketinggian tempat duduk boleh laras ini mengikut kesesuaian pengguna.

Bulan lepas, kerusi pneumatik boleh laras di rumah saya untuk kegunaan di bilik bacaan turut bermasalah dengan sistem pneumatiknya. Minggu ini baru saya berpeluang membawa kerusi ini ke sebuah bengkel besi berhampiran rumah saya.

Baru saya sedar rupa-rupanya hampir kesemua komponen pada kerusi pneumatik yang saya beli tiga tahun lalu ini diperbuat dari plastik kecuali beberapa komponen utama seperti rod silinder dan tapak alas duduk. Ini bermakna tiada tempat untuk dipateri!

Bagaimanapun pemilik bengkel besi ini mencadangkan agar dbuat “stopper” pada rod silinder. Malah penggunaan “stopper” ini juga boleh dilaras mengikut kesesuaian penggunaan. Maksudnya pelarasan pneumatik diganti dengan pelarasan mekanikal.

Terima kasih dan penghargaan saya kepada pemilik bengkel ini ketika pemilik bengkel besi lain dari awal lagi memaklumkan kerusi ini tidak boleh dipateri (diperbaiki) kerana komponennya diperbuat dari plastik.


http://oshthejourney.blogspot.com

Saturday, June 7, 2014

Ergonomik di Kantin



Ergonomik  di Kantin


Akhirnya.....

Setelah ditegur kerap kali akhirnya pihak kantin ini meletakkan bekas sisa makanan dan pinggan di atas meja.

Tidak perlulah tunduk membongkok untuk meletakkan sisa makanan dan pinggan.

Monday, March 17, 2014

Risiko berkasut tumit tinggi


Risiko berkasut tumit tinggi

Pengarah DOSH Pulau Pinang; En. Mohamad Anuar bin Embi selalu menyentuh tentang keselamatan diri dalam siri-siri ucapan santainya berkaitan OSH. Antara topik yang sering disentuhnya adalah risiko berkasut tumit tinggi yang ada kaitan dengan ergonomik dan struktur tubuh badan pemakai.

Rasanya artikel ini "menguatkan" lagi hujah beliau :-)

Sunday, January 26, 2014

Ergonomik dalam Islam


Ergonomik dalam Islam

Adakah sabda (nasihat) Nabi s.a.w. ini juga berkaitan dengan ergonomik?

Berikut adalah berkaitan dengan isu yang hampir sama iaitu memakai kasut sambil berdiri -

Soalan:

Minta bantuan dr Ustaz utk mengesah kan status hadis ini...

1-Jabir r.a berkata:Nabi Saw telah melarang orang memakai sandal,sepatu sambil berdiri.(Abu Daud)
2-Abu Hurairah r.a brkata:Sabda Nabi Saw jgn berjalan salah satu kamu dgn satu sandal,harus kedua kakinya bersandal atau dibuka keduanya.(Bukhari Muslim).

Jawapan:

Hadis Pertama:

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi dari Abu Hurairah RA (bil: 1697) dan Abu Daud dari Jabir RA. (bil: 3606) Hadis ini juga telah dinilai Sahih oleh al-Albani RH di dalam al-Silsilah al-Sahihah (bil: 719). Teks hadis tersebut adalah seperti di bawah:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَنْتَعِلَ الرَّجُلُ وَهُوَ قَائِمٌ
Mafhumnya: “Rasulullah SAW melarang dari seseorang lelaki memakai kasut secara berdiri.” (HR al-Tirmizi)

Penerangan

Terdapat beberapa huraian ulama tentang hadis ini. Larangan ini tidak membawa maksud hukum haram, sebaliknya hanyalah membawa maksud memberi bimbingan atau membawa hukum makruh jika jika memakai kasut secara berdiri itu mendatangkan kesukaran atau boleh menyebabkan terjatuh. Al-Imam al-Munawi RH berkata:

والأمر للإرشاد؛ لأن لبسها قاعداً أسهل وأمكن ومنه أخذ الطيبي وغيره تخصيص النهي بما في لبسه قائماً تعب كالخف

Mafhumnya: “Dan arahan (yang ada di dalam hadis) bertujuankan memberi bimbingan, ini kerana memakai kasut secara duduk adalah lebih mudah, dari hadis ini al-Tibiy dan selain beliau mengkhususkan larangan terhadap apa yang sukar jika dipakai secara berdiri seperti Khuf.” (Faidh al-Qadir 6/441)
Al-Khattabi pula berkata:

إنما نهى عن لبس النعل قائماً لأن لبسها قاعداً أسهل عليه وأمكن له،وربما كان ذلك سبباً لانقلابه إذا لبسها قائماً،فأمر بالقعود له والاستعانة باليد فيه ليأمن غائلته

Mafhumnya: “Larangan dari memakai kasut secara berdiri tersebut hanya kerana memakai kasut secara duduk adalah lebih mudah bagi seseorang, barangkali juga memakainya secara berdiri boleh menjadi sebab terjatuh, maka baginda mengarahkan supaya duduk agar dapat menggunakan tangan ketika memakainya dan agar selamat dari keburukan memakai kasut secara berdiri.” (Ma’alim al-Sunan: 4/203)
Pandangan ini dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ishak bin Rahuwiah di dalamMusnadnya daripada ‘Aisyah RA yang berkata:

انتعل رسول الله صلى الله عليه وسلم قائما وقاعدا وشرب قائما وقاعدا، وانفتل عن يمينه وشماله

Mafhumnya: “Rasulullah SAW pernah memakai kasut secara berdiri dan pernah juga secara duduk, baginda juga pernah minum secara berdiri dan pernah juga secara duduk, baginda juga pernah berpaling (selepas Solat menghadap makmum) dari kanan dan pernah juga dari kiri.” (Musnad Ishak bin Rahuwiah. Hadis bil: 1442)
Oleh yang demikian larangan dari memakai kasut secara berdiri di atas bukan membawa maksud haram, bahkan ia lebih kepada member bimbingan. Wallahu a’lam.

Hadis Kedua:

Berdasarkan riwayat al-Imam al-Bukhari, dari Abu Hurairah RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَمْشِي أَحَدُكُمْ فِي نَعْلٍ وَاحِدَةٍ لِيُحْفِهِمَا جَمِيعًا أَوْ لِيُنْعِلْهُمَا جَمِيعًا


Mafhumnya: “Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan seseorang dari kamu berjalan dengan memakai sebelah kasut, hendaklah dia membuka kedua-duanya atau memakai kasut pada kedua-dua kakinya.” (HR al-Bukhari)

Di sisi al-Imam Muslim pula, dari Jabir RA yang berkata, Nabi SAW:

مَنْ انْقَطَعَ شِسْعُ نَعْلِهِ فَلَا يَمْشِ فِي نَعْلٍ وَاحِدَةٍ حَتَّى يُصْلِحَ شِسْعَهُ ، وَلَا يَمْشِ فِي خُفٍّ وَاحِدٍ

Mafhumnya: “Sesiapa yang terputus tali kasutnya (tali untuk diletakkan jari kaki), maka jangan dia berjalan dengan satu kasut sehinggalah dia membaiki tali yang putus itu, dan jangan juga seseorang itu berjalan menggunakan satu khuf.”

Penerangan:

Para ulama memberi berbagai pandangan tentang larangan ini. Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut pandangan-pandangan tersebut di dalam kitab Fath al-Bari, antaranya:

1. Memakai sebelah kasut mengeluarkan tabiat berjalan yang biasa dan tidak tidak selamat dari kemerbahayaan.
2. Tidak berlaku adil antara anggota badan. Pelakunya juga boleh dinisbahkan kepada kurang atau lemah akal.
3. (al-Syuhrah) Bertujuan menarik perhatian orang ramai. Dan perkara ini adalah dilarang.

Jesteru, sekiranya sebab larangan dari berjalan dengan memakai sebelah kasut adalah tidak berlaku adil terhadap anggota atau disebabkan Syuhrah. Maka larangan ini juga termasuk perkara lain selain dari kasut. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata:

قد يدخل في هذا كل لباس شفع كالخفين وإخراج اليد الواحدة من الكم دون الأخرى وللتردي على أحد المنكبين دون الآخر قاله الخطابي . قلت : وقد أخرج ابن ماجه حديث الباب من رواية محمد بن عجلان عن سعيد المقبريعن أبي هريرة بلفظ لا يمش أحدكم في نعل واحدة ولا خف واحد وهو عند مسلم أيضا من حديث جابر ، وعندأحمد من حديث أبي سعيد ، وعند الطبراني من حديث ابن عباس ، وإلحاق إخراج اليد الواحدة من الكم وترك الأخرى بلبس النعل الواحدة والخف الواحد بعيد ، إلا إن أخذ من الأمر بالعدل بين الجوارح وترك الشهرة ، وكذا وضع طرف الرداء على أحد المنكبين ، والله أعلم

Mafhumnya: “Kadang-kadang termasuk juga di dalam larangan ini setiap pakaian yang ada pasangan seperti dua khuf, mengeluarkan sebelah tangan dari lengan baju, mengenakan selendang di sebelah bahu. Al-Khattabi berkata: Ibn Majah telah mengeluarkan hadis ini dari riwayat Muhammad bin ‘Ajlan daripada Sa’id al-Maqbari daripada Abi Hurairah dengan lafaz: “Jangan seseorang daripada kamu berjalan dengan sebelah kasut dan janganjuga dengan sebelah khuf.” Ianya juga di sisi Muslim dari hadis Jabir, di sisi Ahmad dari hadis Abi Sa’id, di sisi al-Tabrani dari hadis Ibn ‘Abbas. Memasukkan perbuatan mengeluakan sebelah tangan dari lengan baju dan tidak mengeluarkan tangan yang sebelah lagi dengan memakai sebelah kasut dan sebelah khuf adalah tidak tepat, melainkan jika difahami arahan tersebut untuk berlaku adil antara anggota badan atau bertujuan menjauhi syuhrah (menarik perhatian orang ramai), demikian juga dengan meletakkan selendang pada sebelah bahu dan tidak meletakkannya pada sebelah lagi, wallahu a’lam.”

Wallahu a’lam.

Sumber di sini

Saturday, January 1, 2011

Bangku kayu yang selesa




Bangku kayu yang selesa

Bangku-bangku kayu yang "beralun" permukaannya ini mula digunakan di Gurney Plaza, Pulau Pinang dan juga Jusco Perda, Pulau Pinang.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/