Friday, February 6, 2015

Standing Disk – from a view of Psychology and OSH (ergonomics)




Standing Disk – from a view of Psychology and OSH (ergonomics)

Kata CEO Tasek Cement kepada kami (manager/engineer) dalam suatu meeting bulanan – “Air dengan minyak memang hakikinya tidak boleh bercampur tetapi air dengan minyak boleh bersama di dalam satu gelas tanpa ada sebarang tidak-balas kimia”. (Terjemahan secara bebas dari ayat asalnya Bahasa Inggeris)

Teguran Mr Tan Keng Meng ini merujuk kepada rungutan seorang manager yang mendakwa dia sudah tidak ada “chemistry” lagi dengan seorang engineer yang melapor kepadanya di dalam jabatan yang sama.

(Akhirmya engineer ini dipindahkan juga melapor diri kepada saya di Jabatan OSH. Menariknya saya tidak ada masalah dengan engineer yang telah berkhimat lebih 30 tahun di Tasek Cement ini).

Saya ingin kaitkan bidang psikologi dengan osh. Banyak elemen di psikologi ada di dalam elemen osh. Tetapi ada juga elemen psikologi bercanggah dengan elemen osh. Bagaimanapun kedua-dua elemen psikologi dan osh ini boleh diamalkannya dengan seiring.

Saya yakin ramai yang tidak tahu (termasuk pekerja Celcom Kamunting) kenapa ada konsep melayan pelanggan secara berdiri menggunakan “standing desk” yang ada komputer di atas meja berdiri ini?

Berdasarkan kajian psikologi, komunikasi tanpa halangan (barrier) antara staff perkhidmatan pelanggan dengan pelanggan adalah yang terbaik dalam komunikasi dua hala. Ini termasuklah komunikasi tanpa meja (barrier), kedudukan staff dengan pelanggan lebih rapat dan tidak memerlukan penggunaan suara (lontaran suara) yang lebih tinggi dan kuat.

Elemen ini sedikit berbeza dengan osh (ergonomic) di mana penggunaan “standing desk” lebih kepada kerja-kerja yang spesifik (pengkhususan dan ketelitian). Untuk sesi berkomunikasi lebih sesuai (dan santai) jika dilakukan secara duduk.

Ini bukan isu yang saya hendak sentuh dalam posting ini.

Sebelum itu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak berkenaan (kerajaan?) yang telah mengeluarkan sejumlah dana latihan pada tahun 2014 dan memilih sebuah IPTA untuk menjalankan kursus ‘Safety at Computer Work Station” untuk semua pengurus-pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia di mana saya telah dilantik menjadi pengajarnya.

Selain dari topik ‘Building Safety” dan ‘Emergency Response”, saya juga menyentuh topik “Computer Work Station Ergonomics”.

Berbalik kepada isu yang saya hendak sentuh dalam posting kali ini.

Padi tadi saya berkunjung ke Celcom Kamunting untuk clarify bebarapa bil telefon dan broadband saya. Saya dilayan oleh seorang staff wanita di “standing desk” ini. Layanannya amat memuaskan dan saya acknowledge dan amat berterima kasih atas semua perjelasannya.

Bagaimanapun saya tidak selesa menggunakan mouse pada standing desk di sini. Malah saya yakin staff wanita ini juga tidak selesa menggunakannya. Mungkin dia sudah “terbiasa”, menyebabkannya dia tidak memperdulikan lagi ketidakselesaan penggunaan mouse ini. Sebenarnya ini adalah kesan penyakit “repetition disorder” tanpa disedarinya.

Oleh kerana CPU pada standing disk ini diletak di bawah (kaki standing desk), maka wayar mouse menjadi terhad. Oleh kerana itu kedudukan mouse terletak jauh dari keyboard atau zon capaian kerja (reachable zone). Saya cuba menarik wayar mouse itu tetapi tidak boleh lagi. Ini menyebabkan saya mengalami ketidak keselesaan mengendalikan komputer di situ.

Saya mengesyorkan kepada staff wanita ini agar membuat aduan kepada pihak atasannya berkenaan kedudukan mouse tersebut.

Rasa bersalah pula saya tidak memaklumkan alternatif kepada permasalahan ergonomik ini. Harap pihak bertanggungjawab di Celcom tahu cara penyelesaiannya.

Cara yang paing mudah ialah mengguna cordless mouse. Atau cara kedua (back to basic), guna sahaja sambungan tambahan wayar usb, seperti yang saya amalkan di rumah saya.

Harap-harap pihak atasannya (majikannya?) akan mengambil tindakan pembetulan. Itupun kalau staff wanita  ini membuat laporan dan susulan atas teguran saya pagi tadi.

Lupa pula saya nak tanya kepada staff wanita ini – adakah dia tahu atau dimaklumkan mengapa Celcom mengamalkan prinsip “standing desk” untuk melayan pelanggan?


http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: