Showing posts with label Sekuriti. Show all posts
Showing posts with label Sekuriti. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

Personal Data Protection Act (PDPA) 2010 Act 709


Personal Data Protection Act (PDPA) 2010

Guide On The Management Of CCTV Under Personal Data Protection Act (PDPA) 2010



Download here

DATA INTEGRITY PRINCIPLE


An individual's image from the CCTV intended to be used by an organization for the purposes agreed to by the individual must be clear, accurate and not misleading.

Saturday, August 22, 2015

Manfaatkan Pas Pelawat




Manfaatkan Pas Pelawat

Untuk penambahbaikan, saya cadangkan beberapa perkara yang penting dimasukkan di dalam Pas Pelawat ini.

1. You are subject to the company rules and regulations
2. Nombor  telefon (sambungan) Bilik Pengawal untuk kemudahan pelawat menghubungi.
3. Disclaimer - You are entering these premises at your own risk.
4. Disclaimer - Please keep your belongings at your own risk, the management are not responsible/liable for any kind of losses.

Thursday, September 11, 2014

Railing di bank




Railing di bank
Railing memang perlu (bagus) untuk keselamatan. Adakah ianya juga untuk "security" - mengelakkan cubaan untuk menarik keluar mesin ATM?
Lokasi Maybank Kamunting

Monday, September 16, 2013

Penghadang Jalan memisahkan penjalan kaki dan pengguna jalan raya


Penghadang Jalan memisahkan penjalan kaki dan pengguna jalan raya

Gambar di atas saya ambil petang tadi, lokasi di Seberang Prai, tepi Hotel Sunway.

Bagi saya pembinaan Penghadang Jalan tersebut adalah langkah terbaik sebagai serampang dua mata :-

(i) Sebagai langkah pencegahan kemalangan yang berupaya memisahkan atau menjarakkan penjalan kaki dengan kenderaan yang menggunakan jalan raya, dan,

(ii) Sebagai langkah pencegahan jenayah terutamanya ragut oleh penunggang motosikal (atau menggunakan kenderaan lain) di mana penjalan kaki yang membawa beg tangan tidak boleh atau sukar untuk dihampiri dan diragut.

Syabas kepada pihak berkuasa berkenaan yang telah memasang Penghadang Jalan ini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Update 17 Sept 2013

Saya yakin gambar di bawah struktur yang dibina lebih kepada penghiasan Bandar Warisan di Taping. Boleh juga berfungsi sebagai peralatan mencegah kemalangan jalan raya dan mencegah jenayah (ragut) tetapi kalau dipasang palang tengah melintang (horizontal) sudah tentu lebih berfungsi.



Monday, August 5, 2013

Jangan lupa keselamatan sekuriti!

Jangan lupa keselamatan sekuriti!

Selain dari keselamatan OSH, jangan lupa keselamatan Sekuritu (security). Berikut adalah email dari pihak keselamatan sekuriti tempat saya bekerja yang mungkin boleh dimanfaatkan semua.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Kepada  :
Semua Penghuni
Sisiran Naib Canselor
Perumahan Kakitangan Universiti
Perumahan Taman Universiti
Universiti Utara Malaysia

Y.Bhg Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan

KESELAMATAN KEDIAMAN PENGHUNI PERUMAHAN SEMPENA
CUTI PERAYAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dalam memastikan keselamatan kediaman penghuni Taman Perumahan
Kakitangan dan Taman Universiti semasa Cuti Hari Raya Aidilfitri, 
Jabatan Keselamatan memohon kerjasama penghuni perumahan agar :

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.
7. Minta jiran tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam peti surat, jika ada.
8. Mengisi borang meninggalkan rumah dan diserahkan ke Pusat Kawalan
    Jabatan Keselamatan. 

Perhatian, tindakan dan kerjasama Y.Bhg Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai.

Sekian, Terima Kasih.

”KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

JABATAN KESELAMATAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Telefon          :  04-928 3061/3333
Fax                 :  04-928 3057

E-Mel              :  security@uum.edu.my

Monday, September 26, 2011

UJI GUNA – SMART PADLOCK


UJI GUNA – SMART PADLOCK

Dalam usaha mencegah kecurian motosikal, pihak berkuasa khususnya Polis mengalakkan pemilik motosikal memasang kunci tambahan pada motosikal masing-masing. Pada masa yang sama terdapat juga pengedar peralatan keselamatan yang mengimport masuk penggera keselamatan khusus untuk motosikal.

Bagaimanapun penggera keselamatan ini (bukan kesemuanya) tidak begitu praktikal penggunaannya pada motosikal terutama yang berkuasa kecil dan menggunakan bateri 12V.

Baru-baru ini SMART SYNERGY VENTURES SDN BHD memberi saya peluang untuk menguji salah satu produk keselamatan jalan mereka iaitu, SMART PADLOCK (SP). Sebelum ini saya telah menguji Stay Alert Device (SAD) dan Smart Safety Hammer yang juga diedarkan oleh syarikat yang sama.

SP ini adalah Ibu Kunci (mangga kunci) yang juga mempunyai peranan tambahan sebagai penggera.

Ibu Kunci SP ini sendiri diperbuat daripada bahan Cast Steel yang sememangnya kuat dan lasak dan sukar untuk dipotong oleh pemotong besi.

SP boleh digunakan sama ada dengan menghidupkan penggera atau tidak, dengan hanya menterbalikkan penyelaknya (sebelah yang mempunyai lengkuk). Penggera ini menggunakan 6 biji bateri 1.5V (A76/LR44) yang boleh tahan tempoh untuk 2 tahun. Penggera ini juga berupaya mengeluarkan bunyi sehingga 110 dB.

SP ini boleh dipasang pada ceper brek disk motosikal terutama di roda hadapan.

Untuk maklumat lanjut dan juga harga, bolehlah menghubungi SMART SYNERGY VENTURES SDN BHD di nombor telefon 03 4289 0799 atau di alamat;

13-1, Jalan Perubatan 2,
55100 Pandan Indah, Kuala Lumpur

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

PENAFIAN – Laporan peralatan dan perkhidmatan yang di UJI GUNA dalam Blog OSH The Journey ini adalah berdasarkan penggunaan dan pemerhatian penulis untuk tempoh tertentu. Penulis tidak bertanggungjawab jika peralatan dan perkhidmatan yang di UJI GUNA ini berbeza seperti dilaporkan jika digunakan untuk tempoh yang lebih lama atau lebih panjang.




Tambat (rantai) ke dinding


Tambat (rantai) ke dinding

Kecurian basikal (malah motosikal) di dalam kawasan rumah berpagar semakin menjadi-jadi di Taiping. Kalau setakat menggunakan kunci tambahan, mudah sahaja kenderaan 2 roda ini diangkat keluar.

Setelah beberapa kali bertangguh, cuti hujung minggu baru-baru ini saya manfaatkannya dengan memasang palam dinding (wall plug) yang diubahsuai mempunyai gegelang supaya basikal anak saya boleh ditambat (dirantai) terus ke dinding.

Sekurang-kurangnya langkah ini mampu mengurangkan gejala kecurian basikal di dalam kawasan rumah berpagar.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/




Saturday, May 29, 2010

Di mana anda sorok (simpan) kunci kereta?

Di mana anda sorok (simpan) kunci kereta?

REMAJA 14 TAHUN CURI PANDU KERETA JIRAN DITAHAN


Sinar Harian 28 Mei 2010

BATU PAHAT – Tindakan seorang remaja 14 tahun yang memandu kereta jirannya tanpa kebenaran akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, polis yang menerima maklumat pada jam 1.15 pagi kelmarin menghantar sebuah kereta peronda ke lokasi sebelum berjaya mengesan kereta yang dimaksudkan.

“Menyedari kehadiran polis, pemandu kereta berkenaan bertindak memecut dan memandu dengan cara berbahaya sebelum melanggar sebuah tembok,” katanya pada sidang media di sini , semalam.

Adnan berkata, hasil pemeriksaan, remaja berkenaan mengaku mengambil kereta milik jirannya untuk berseronok setelah kerap kali melihat kunci kereta berkenaan ditinggalkan di peti surat rumah pemiliknya,” katanya.

Adnan berkata, remaja berkenaan ditahan reman selama dua hari untuk siasatan selanjutnya dan disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan (Curi Kenderaan).

Wednesday, January 20, 2010

BERITA YANG SEPATUTNYA TIDAK BERULANG LAGI!


BERITA YANG SEPATUTNYA TIDAK BERULANG LAGI!

Berita Harian hari ini (20-Jan-2010) memuatkan beberapa berita yang sepatutnya tidak berulang lagi kejadian seumpamanya.

Tanpa mahu menyentuh kejadian lemas pelajar yang berlatih Perahu Naga yang tidak mengambil maklum tetang risiko penukaran tempat latihan, ada pelatih tidak tahu berenang dan juga peggunaan jaket keselamatan yang diabaikan, posting kali ini menyentuh beberapa kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan. Kesemuanya ini telah saya sentuh dalam posting-posting sebelum ini.


lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/


BERITA 1

Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal


KULAIJAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Yeo Cyndi, meninggal dunia selepas lebih 14 jam koma akibat dihempap sebuah televisyen di rumahnya di Bandar Putra Kulai di sini.


Kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam kelmarin ketika Cyndi menonton video persembahan tarian dan nyanyiannya bersama abangnya yang dirakam dalam satu acara di sebuah tadika.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata mangsa dipercayai tertarik wayar hingga menyebabkan televisyen 24 inci itu jatuh dan menimpanya.

Bapa mangsa, Yeo Sung Wah, 38, yang berada dalam bilik tamu menyedari kejadian itu selepas mendengar bunyi dentuman kuat dan jeritan Cyndi.

Beliau berkata, Sung Wah bergegas ke bilik belakang rumah dan mendapati televisyen itu menghempap belakang badan Cyndi yang ketika itu dalam keadaan tertiarap.

Mangsa dibawa ke Hospital Kulai dan meninggal dunia pada jam 12.20 tengah hari semalam akibat kecederaan organ dalaman.

Sung Wah yang juga seorang ahli perniagaan, ketika ditemui berkata, Cyndi menonton rakaman itu setiap hari, malah menyanyi dan menari bersama.

"Saya tidak sangka kejadian ini berlaku pada anak saya," katanya.

Setiap televisyen, komputer, dan alatan elektrikal dan eletronik besar yang lain mempunyai "hook" di belakang bertujuan untuk dipalam di dinding untuk mengelakkan ianya terjatuh. Pada masa yang sama ianya bertujuan mengelakkan dari mudah dialih (dicuri).
Dalam Akta sedia ada (pengecualian kepada domestik) semua peralatan perlu dipastikan keteguhan semasa dipasang. Sebagai contoh kaki pengandung tekanan perlu dipalam (bolted).


BERITA 2

Jari kelingking pelajar kena bedah cincin tersekat


KOTA BHARU: Jari kelingking seorang pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) di sini terpaksa dibedah semalam selepas cincin yang dipakai tiga hari lalu tidak dapat dikeluarkan selepas jarinya membengkak.

Mohd Muhaimin Mohd Izani, 21, dari Bukit Abal, Pasir Puteh dibedah pakar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bermula jam 3 petang selepas usaha memotong cincin itu, termasuk menggunakan pemotong besi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, buntu.

Mohd Muhaimin yang dikejarkan HUSM kira-kira jam 8.20 malam kelmarin berkata seorang rakannya menghadiahkan cincin itu kira-kira tiga hari lalu.

“Mulanya, saya memakai cincin itu tanpa sebarang masalah tetapi semalam (kelmarin), jari kelingking saya tiba-tiba terasa sakit.

“Saya cuba menanggalkan cincin itu tetapi gagal, sebaliknya jari saya semakin membengkak besar,” katanya.

Sejurus dimasukkan ke HUSM, petugas Unit Kecemasan menggunakan pelbagai cara menanggalkan cincin itu tetapi tidak berhasil sebelum mendapatkan bantuan anggota bomba.

Pegawai Bomba Kanan Kota Bharu, Abdul Aziz Sulong, berkata pihaknya membawa beberapa peralatan khas yang sering digunakan untuk memotong cincin tidak pernah berdepan masalah serumit itu.

Katanya, bahan membuat cincin itu terlalu keras dan keadaannya yang licin juga menyukarkan alat pemotong memutuskan cincin berukuran kira-kira lapan milimeter itu,” katanya.

Wakil media yang secara kebetulan berada di situ mendapati, pasukan terbabit mulanya menggunakan pemotong khas tetapi tidak berhasil sebelum bertukar gunting besi yang juga gagal.

Mengapa perlu memakai cincin? Cincin, rantai, tali leher, pakaian yang mengelebeh (loose) dan sebagainya adalah merbahayakan penggunanya. Gambar di atas adalah satu kemalangan di mana jari mangsa tersepit di antara dua pasang penggolek kecil. Cincin yang dipakainya memudaratkan lagi kemalangan tersebut.


BERITA 3

Atendan letak kereta gaji RM800 diisytihar muflis


Wanita dakwa tidak pernah beli kenderaan RM167,170

KUALA LUMPUR: Seorang atendan wanita tempat letak kereta bergaji RM800 sebulan diisytiharkan muflis selepas didakwa gagal membayar pinjaman kenderaan mewah berjumlah RM167,170.11.

Halimaton Din, 41, ibu beranak lima sebak dan sesekali mengalirkan air mata ketika ditemui pemberita di luar mahkamah kerana terkilan dengan keputusan mahkamah itu dan berharap dapat mengetepikannya.

Beliau mendakwa tidak pernah membeli Toyota Estima 2.4 atau berhutang lebih RM167,000 kepada Bank Muamalat (M) Bhd seperti didakwa.

Halimaton mendakwa beliau pernah kehilangan kad pengenalannya pada 2007 dan yakin ada orang lain menggunakan kad pengenalannya untuk membeli kereta berkenaan.

Perintah muflis itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Zaiton Anuar selepas bank berkenaan selaku penghutang penghakiman berjaya memperoleh perintah penghukuman dan penerimaan.

Difahamkan, mahkamah membuat keputusan itu selepas beberapa kali kes disebut tetapi Halimaton tidak diiringi peguam.

Halimaton mendakwa sebelum ini beliau pernah mendapat khidmat seorang peguam bagaimanapun peguam itu tidak dapat hadir kerana mempunyai kes lain di Melaka.

Katanya, mahkamah membuat keputusan itu kerana tidak boleh lagi menangguhkan kesnya dan turut menasihatkan beliau mencari peguam lain.

"Kalau diikutkan saya mahu menggunakan khidmat peguam, bagaimanapun saya tidak mampu kerana memerlukan duit yang banyak. Ada sekali peguam datang mahkamah meminta RM400 (untuk mewakilinya)," katanya.

Halimaton yang turut ditemani suaminya, Ramli Zam Zam, 46, seorang polis bantuan, berkata pada 18 Disember 2007 beliau pernah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kajang, kerana namanya digunakan orang lain untuk membeli kereta.

"Saya hanya menyedari nama saya digunakan orang lain apabila ke sebuah kedai kereta terpakai di Kajang untuk membeli kereta dan dimaklumkan saya sudah memiliki sebuah kereta Toyota Estima," katanya.

Sementara itu, peguam Mohammad Fahmi Mat Rodzi yang mewakili Bank Muamalat berkata pada awalnya pihaknya memfailkan tindakan saman terhadap Halimaton di Mahkamah Sesyen di sini, bagaimanapun tindakan saman itu gagal dijawab oleh Halimaton selaku pemiutang penghakiman.

Beliau berkata, tiada tempoh masa spesifik diperlukan oleh Halimaton untuk mengetepikan perintah mahkamah semalam, bagaimanapun statusnya akan didaftarkan di Jabatan Insolvensi jika masih berdiam diri. "Selepas ini ia adalah antara Jabatan Insolvensi dan Halimaton. Ini bermakna pihak jabatan akan mendapatkan bayaran daripada Halimaton dan menyerahkannya kepada Bank Muamalat," katanya.

Rujuk posting berkaitan sebelum ini di sini dan juga larangan menyimpan kad pengenalan di sini

Sunday, September 27, 2009

Security Impact Assessment


Security Impact Assessment

Terima kasih kepada Kamal Afendi, penganalisisa jenayah yang menyebut tentang Security Impact Assessment (SIA) di layar TV3 semalam semasa membincangkan persediaan menangani jenayah ketika ini.

(Kamal Afendi Bin Hashim adalah Penganalisis Jenayah yang pernah menjadi wartawan dan jurugambar sebelum berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 7 tahun dan kemudian melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Jenayah di United Kingdom.)

SIA yang meyerupai EIA (Environment Impact Assessment) ini bukanlah perkara baru dalam bidang keselamatan pekerjaan (occupational safety) dan kesihatan pekerjaan (occupational health) dan persekitaran (environment).

Kebanyakan pengamal undang-undang dan syarikat pembinaan lebih mengenali EIA di mana keperluaan mengikut perundangan Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA). Keperluaan ini meliputi semua jenis pembinaan (dan pekerjaan) yang melibatkan penggunaan sumber semula jadi seperti tanah tinggi, punca air, dan sebagainya, (TV3 dalam laporannya semalam menyebut keperluan EIA hanya untuk pembinaan di tanah tinggi!).

Kebetulan semasa bekerja sebagai pengurus di kilang simen di Ipoh dahulu saya terlibat dalam penyediaan beberapa EIA. Dalam penyediaan EIA ini banyak elemen-elemen dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pandangan (concerned) dari pihak ketiga yang perl diambil kira di samping elemen utama persekitaran.

SIA ini juga bukan perkara baru. Dari sudut kepercayaan seperti Feng Sui umpamanya, banyak petua-petua yang digunapakai semua sesuatu perniagaan itu dumulakan. Kalau Kamal Afendi menyebut premis perniagaan yang terlalu hampir kepada laluan memudahkan penjenayah melakukan operasi jenayah mereka, Feng Sui pula tidak mengalakkan premis peniagaan dibina bersetentangan dengan kepala simpang.

Dalam Islam sendiri, SIA ini bolehlah dianggap sebagai ”muhasabah diri” di mana setiap pekerjaan yang hendak dibuat atau keputusan yang hendak diambil hendaklah di-musahabah-diri dengan memikir semasak-masaknya baik-buruk (impact) yang boleh terjadi sebelum dimulakan pekerjaan tersebut atau sebelum diambil keputusan.

Seperti dalam posting-posting sebelum ini yang pernah saya tulis mengenai keprihatinan orang tua saya terhadap isu-isu keselamatan (safety), sekuriti dan tindakan kecemasan (emergency response), beliau juga telah mengambil kira terhadap SIA dan EIA dalam membuat keputusan untuk menentukan tempat yang akan didiaminya selepas bersara dar perkhidmatan tentera.

Walaupun mempunyai sebidang tanah pusaka di kampung, bapa saya memilih untuk membeli sebuah rumah kecil di Kamunting berdasarkan perkara-perkara berikut;

1. Berhampiran dengan sekolah
2. Berhampiran dengan bandar (Taiping)
3. Berhampiran dengan hospital
4. Berhampiran dengan sistem pengangkutan awam (keretapi dan bas)
5. Berhampiran dengan surau dan masjid
6. Berhampiran dengan Balai Polis.

Adakah anda sudah muhasabah diri sebelum membuat keputusan? Adakah anda sudah membuat SIA dan EIA sebelum membuat keputusan?

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Wednesday, April 15, 2009

Evo-10 PDRM


















Evo-10 PDRM

Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di PULAPOL Kuala Lumpur pada 25 Mac 2009 dan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Polis Diraja Malaysia telah mendapat perolehan kenderaan pasukan jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) yang dibekalkan oleh Syarikat Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd mengikut KDN/POL/PT/5/2008 bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit.

Mitsubishi telah mengeluarkan Lancer Evolution 1 - CD9A pada tahun 1992 dan kenderaan itu telah direka sesuai untuk litar lumba. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ini telah direka khas oleh Mitsubishi Motor di Jepun, sesuai untuk penugasan dan kegunaan PDRM.

Kenderaan ini adalah setiap masa All Wheel Drive (AWD). Sistem S-AWC (Super All Wheel Control) yang dilengkapkan pada Steering Wheel membolehkan kenderaan beroperasi di dalam 3 bentuk persekitaran yang berbeza di Malaysia iaitu untuk permukaan kering, permukaan yang tidak rata atau basah dan permukaan yang terlampau licin.

Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dijana enjin aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.

Spesifikasi berat tanpa muatan Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm (1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510 mm. Muatan tangki bahan api ialah 72 liter dan menggunakan bahan api jenis petrol (RON 98).

Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak menghidupkan enjin. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga dilengkapi sistem ETACS dimana pemandu boleh menaikkan tingkap cermin di dalam keadaan Ignition Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam. Sistem keselamatan kenderaan ini juga dilengkapi dengan 7 modul airbag.

Bagi memantapkan lagi Mitsubishi Evolution -X (Evo-10), PDRM telah memasang set radio jenis Motorola XTL 5000, dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan juga tempat letak senjatapi MP5.

Latihan pemanduan khas Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang telah menghadiri Kursus Pemanduan Standard. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) akan ditempatkan sebagai penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen, dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.

Tuesday, March 24, 2009

Gangguan binatang berbisa


Gangguan binatang berbisa

Kebiasaannya anggota Bomba dan Penyelamat dipanggil sekiranya orang awam bermasalah dengan binatang-binatang berbisa seperti ular, tebuan, lipan, kala jengking dan sebagainya. Malah ada kes-kes tertentu seperti kucing terperangkap di atas pokok dan anjing tersepit di antara jeriji longkang juga ditangani oleh anggota Bomba dan Penyelamat ini. Di Kamunting umpamanya pada tahun 2003, anggota Bomba dan Penyelamat di sana telah dipanggil untuk membantu situasi di mana seekor babi hutan telah masuk ke dalam sebuah rumah di kawasan perumahan Taman Kamunting Jaya iaitu taman yang saya diami.

Sebenarnya sudah kerap juga saya maklumkan kepada pelajar-pelajar saya (Msc OSH) dan sesiapa yang menghadiri kursus Emergency Response yang saya kendalikan, majikan (dan orang awam) perlu bersedia dengan sumber-sumber luar (external resource) yang competent dan boleh didatangi (reachable) iaitu bukan sahaja dapat dihubungi semasa kecemasan tak kira waktu dan masa.

Saya dimaklumkan Bomba, JP3, Bulan Sabit, St. John dan sebagainya tidak pernah diajar cara-cara untuk menangani binatang-binatang berbisa ini. Mereka hanya diajar pertolongan cemas (first aid) iaitu cara-cara untuk bertindakpantas menyelamatkan mangsa yang terkena patukan, sengatan atau gigitan dari binatang-binatang berbisa ini.

Sebenarnya terdapat beberapa agensi persendirian yang mengkhususkan menangani binatang-binatang berbisa ini seperti Syarikat Pengawalan Serangga dan sebagainya.

Bomba umpamanya hanya mempelajari teknik-teknik menangkap binatang-binatang berbisa ini sesama mereka. Bagaimanapun banyak anggota bomba ketika ini mempunyai pelbagai peralatan yang direka sendiri untuk menangkap binatang-binatang berbisa ini.

Sebenarnya semalam pada tengaharinya saya membaca berita seorang petani koma dipatuk ular. Kebetulan pada petangnya sekitar jam 6.00pm saya mendapat panggilan telefon dari pelajar asrama perempuan di mana saya adalah felo-nya.

Dalam nada ketakutan beliau memaklumkan biliknya yang terletak di paras bawah bangunan asrama telah dimasuki ular.

Saya yang masih di pejabat ketika itu bergegas ke asrama pelajar perempuan ini. Setibanya di sana saya dimaklumkan oleh seorang perwakilan pelajar yang Unit Keselamatan Universiti telah dihubungi.

Abang Guard ini tibanya setengah jam kemudian dengan membawa sebatang kayu panjang rasanya batang penyapu sawang. Awal-awal lagi dia sendiri memaklumkan kepada saya yang dia tidak pernah menangkap atau membunuh ular sebelum ini.

Bersama-sama saya (sebenarnya saya lebih ”menolong tengok”!), kami menyelongkar bilik pelajar perempuan itu. Kata pelajar perempuan itu, ular telah menyusup ke belakang almari.

Abang Guard ini akhirnya menjumpa ular ini yang tidak diketahui jenisnya.

Saya kemudiannya membuat laporan ke pejabat asrama. Antara lain laporan saya ialah seperti di bawah;-

Langkah pencegahan masa singkat (preventive action in short term)
1. Pelajar terutama mendiami bilik tingkat paras tahan hendaklah menutup ruang di anatara daun pintu dan lantai dengan kain atau tuala.
2. Pelajari dinasihatkan mempratikkan “good housekeeping” di mana tiada barang-barang yang diletakkan terus di atas lantai (biasakan berlapik) dan tidak menyepahkan bilik.
3. Pejabat asrama perlu membeli belerang (sulfur) untuk ditaburkan sekeliling asrama. Belerang ini hendaklah ditabur di atas rumput tepi longkang menghala ke bilik-bilik asrama.

Langkah pembetulan masa panjang (corrective action in long term)
1. Pejabat asrama perlu memasang “rubber pad” pada ruang di anatara daun pintu dan lantai.

Juga saranan kepada Unit Keselamatan Universiti
1. Mengadakan kursus-kursus untuk menangani binatang-binatang berbisa ini.
2. Menyediakan peralatan-peralatan yang sesuai untuk menangkap atau membunuh binatang-binatang berbisa ini.
3. Menyediakan kelengkapan perlindungan diri peribadi (PPE) untuk anggota-anggota yang ditugaskan menangani binatang-binatang berbisa ini.

lukmanw@uum.edu.my
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/




Monday, February 16, 2009

Safety (security?) Car

THIS PRESIDENT IS MORE IMPORTANT THAN ANYBODY IN THE PAST.

The Obamamobile: New presidential limo is unveiled - and it can withstand rocket and chemical attacks.
It's official call sign is Cadillac One, but it will always be known as the Obamobile.

But his Secret Service agents have already been familiarising themselves with the machine they call 'The Beast', built by General Motors in Detroit and based on a Cadillac chassis.

The company refuses to give precise details of how it will perform its primary purpose - protecting the president.

But bulletproof glass and armourplatingare standard throughout and the car is hermetically-sealed to withstand chemical weapons.

As with previous presidential limos it is packed with electronic communication systems to allow Mr Obama to keep in contact with the outside world.

One personal touch will be the remote-controlled ten-CD changer on which he can play his favourite artists, said to include Stevie Wonder and Bob Dylan.

Despite the protection afforded by Cadillac One, the Secret Service will be taking no chances when Mr Obama is sworn in as the 44th president.

A three-mile security perimeter will be thrown around the U.S. Capital, with no vehicles allowed inside, to prevent a car bomb attack.



The Beast: Cadillac One, Barack Obama's new presidential limo - also known as the Obamamobile

Tuesday, January 13, 2009

Salah siapa?

Tempat letak kereta/motosikal Hospital Besar Pulau Pinang

Wednesday, August 6, 2008

Personal Panic Alarm

Click on the image for bigger size
Personal Panic Alarm

My wife has similar one. We got this free gadget when we renewed our car insurance. You just need to pull the tail and the alarm will blast.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/


Wednesday, July 16, 2008

Larangan Menyimpan Kad Pengenalan


Larangan Menyimpan Kad Pengenalan

Adakah anda tahu bahawa HANYA pegawai pendaftaran, pegawai polis, pegawai kastam, pegawai tentera atau pegawai lain yang diberi kuasa bertulis oleh Ketua Pengarah Pendaftaran sahaja yang dibenarkan untuk meminta dan memeriksa kad pengenalan anda?

Adakah anda tahu ianya menjadi kesalahan jenayah bagi mana-mana orang selain dari pegawai-pegawai yang dinamakan di peraturan 7 (seperti dalam perengan di atas) menahan kad pengenalan milik anda?

Klik di sini untuk mendapatkan Surat Pekeliling Agensi Persendirian Bil. 2 Tahun 2007; Larangan Menyimpan Kad Pengenalan dan Dokumen Pengenalan Diri Pelawat oleh Pengawal Keselamatan di Premis-premis Persendirian.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Nota;

Siratan ini pernah diterbitkan sebelum ini tetap tiada disertakan kemudahan untuk down-load Surat Perkeliling ini. Ramai yang menghantar email meminta saya salinan Surat Perkeliling ini. Anda boleh down-load di sini.

Thursday, June 19, 2008

Collection from Hotels





Collection from Hotels

I have collected a lot of tiny containers of soap, shampoo and lotion from various hotels (Malaysia and Asia) for many years. Also at the same time I kept all hand outs or pamphlets.

Copies of Fire Safety Guide and Security Guide are among the collection.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/