Showing posts with label Motorsports. Show all posts
Showing posts with label Motorsports. Show all posts

Saturday, July 25, 2015

Manfaatkan teknologi keselamatan di litar lumba ke jalan raya






Manfaatkan teknologi keselamatan di litar lumba ke jalan raya

Ramai yang beranggapan teknologi perlumbaan di litar lumba biasanya dipindahkan ke jalan raya menjurus kepada injin dan cesis sahaja di samping lebih kepada peningkatan imej pembuat atau pengeluar kenderaan yang terbabit. Slogan “Menang hari Ahad,  Jual hari Isnin” (Win on Sunday, Sell on Monday!, Bob “Ford” Tasca) adalah senonim dengan pemindahah teknologi di litar lumba ke jalan raya.  Sebenarnya banyak teknologi keselamatan (safety features) sama ada di litar lumba atau dari kenderaan lumba yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan di atas jalan raya.

Topik kali ini akan membincangkan teknologi perlumbaan litar lumba yang boleh dipindahkan dan dimanfaatkan di jalan raya.

Litar lumba adalah tempat yang paling layak dan sesuai untuk berlumba. Pelbagai peralatan dan kemudahan keselamatan yang disediakan di litar lumba untuk membolehkan ianya layak untuk digunakan sebagai tempat berlumba.

Disamping itu terdapat badan pengawasan sukan bermotor umpamanya FIA (di peringkat antarabangsa dan AAM (di peringkat kebangsaan) yang akan membuat pemeriksaan di litar lumba sebelum permit perlumbaan dikeluarkan.
Kelebaran dan panjang sesuatu litar lumba perlu mengikut spesifikasi yang ditentukan. Ianya juga merujuk kepada jenis kenderaan yang akan digunakan untuk berlumba. Jumlah kenderaan lumba bagi sesuatu perlumbaan juga dihadkan mengikut spesifikasi.

Kemalangan dalam perlumbaan adalah lumrah sukan bermotor jenis kelajuan sebegini (speed event). Selain dari berlanggar sesama sendiri, kenderaan lumba juga berisiko terbabas keluar dari litar lumba.

Ada dua prinsip dalam pengawalan mengurangkan risiko kenderaan terbabas ini. Sama ada prinsip kekangan kesan (impact restraint) atau pengurangan kelajuan (speed trap).

Prinsip kekangan kesan diaplikasi pula terbahagi kepada dua tujuan. Tujuan utama untuk melindungi pelumba (dan kenderaan mereka) dengan penggunaan pengadang (barricade) yang diperbuat dari Beg Udara (airbag), Tayar Terpakai, Guni Pasir atau Guni Jerami Padi. Pelumba itu sendiri pula dilindungi dengan Sistem Perlindungan Terbalik (Roll Over Protection System) seperti Besi Kandang (Roll Cage) dan sebagainya.

Kekangan kesan kedua pula untuk melindungi pihak ketiga (selain dari pelumba seperti pegawai perlumbaan dan penonton) dengan penggunaan pengadang besi atau penghadang konkrik.

Manakala prinsip penggurangan kelajuan diaplikasi dengan penggunaan kawasan lapang kerikil kecil (bed gravel or speed trap). Biasanya kawasan lapang kerikil kecil ini disediakan di lokasi yang diramalkan kekerapan berlaku risiko kenderaan terbabas seperti di penghujung selekoh.

Untuk litar lumba khusus perlumbaan motosikal, kerikil kecil yang digunakan ialah berdiameter 3/8 inci dan tiada sisi tajam (no sharp edges). Kerikil sebegini hanya boleh didapati di Negeri Perak. Bagaimanapun Indonesia merupakan negara pengeksport utama kerikil jenis ini.

Untuk litar lumba khusus perlumbaan kenderaan empat roda, kerikil yang lebih besar digunakan. Tetapi kebanyakan litar lumba termasuk di Litar Lumba F1 Sepang, kerikil berdiameter 3/8 inci digunakan untuk kedua-dua jenis kenderaan dua roda atau empat roda. Ini kerana kerikil berdiameter  3/8 inci didapati berupaya untuk mengurangkan kelajuan kenderaan yang melalui kawasan lapang pengurangan kelajuan ini.

Bagaimana teknologi keselamatan litar lumba ini boleh dipindahkan dan dimanfaatkan ke jalan raya untuk kenderaan biasa bukan kenderaan lumba?
Kebelakangan ini ramai yang menyuarakan kebimbangan terhadap pengadang jalan raya terhadap pengguna jalan raya apabila berlakunya kemalangan terutama yang diperbuat dari besi. Media massa melaporkan beberapa kenderaan (bas dan kereta) yang tertusuk besi pengadang ini menembusi badan kenderaan yang terbabit.

Kebimbangan ini lebih ketara apabila banyak berita di media social yang mengaitkan beberapa kemalangan ngeri penunggang dan pembonceng motosikal dengan pengadang besi ini.

Pengadang jalan raya di Malaysia direka lebih kepada prinsip kekangan kesan kedua iaitu untuk melindungi pengguna jalan raya yang lain seperti kenderaan lain atau pengguna jalan raya yang lain terutama di laluan bersebelahan.

Sepanjang pengetahuan penulis, terdapat tiga jenis pengadang jalan raya di Malaysia iaitu Pengadang Besi, Pengadang Dawai Keluli dan Pengadang Konkrik. Secara umumnya pihak berkuasa di Malaysia telah sedaya upaya memastikan agar pengadang-pengadang ini layak dan sesuai digunakan di jalan raya Malaysia.

Kesuaian lokasi ketiga-tiga pengadang ini juga berbeza. Pengadang besi umpamanya dipasang di kawasan bandar atau sisi bandar di mana kelajuan kenderaan biasanya tidak terlalu tinggi. Pengadang konkrik dipasang di kawasan lebuhraya yang berisiko tinggi kemalangan seperti laluan bercerun berhampiran Terowong Menora.

Lebuhraya Jakarta ke Bandung umpamanya lebih ketara pemilihan lokasi untuk jenis-jenis pengadang ini. Rujuk posting sebelum ini di sini.

Manakala lebuhraya di Thailand pula lebih mengunakan prinsip pengurangan kelajuan. Hampir tiada penggunaan pengadang besi atau konkrik. Di sisi lebuhraya dan di tengah antara dua laluan hanya terdapat kawasan berumput atau lekukan parit tanah untuk saluran air.

Sebenarnya prinsip yang sama digunakan di lebuhraya Malaysia di laluan Seremban ke Air Keroh penghujung 80an. Bagaimanapun keperluan penambahan lorong menyebabkan tiada lagi kawasan lapang berumput di antara dua laluan ini.

Terdapat juga kekangan pengadang berprinsip pengurangan kelajuan ini. Kawasan lebuhraya memerlukan sisi jalan simpanan (road reserve). Penggunaan kawasan pengurangan kelajuan sebelum Rumah Tol di Ipoh (sebelum ini) selepas Terowong Menora telah terbukti keberkesanannya untuk menghentikan kenderaan berat seperti lori yang bermasalah dengan system brek sewaktu menuruni bukit.

Kekangan seterusnya ialah lebuhraya akan menjadi lebih terbuka dan lebih terdedah kepada pelbagai kemasukan seperti haiwan ternakan dan haiwan liar.
Malah ramai pengguna lebuhraya akan menggunakan lokasi yang tidak mempunyai pengadang ini sebagai laluan kemasukan atau keluar dari lebuhraya tanpa membayar tol. Ini telah berlaku semasa Lebuhraya Slim River ke Tanjung Malim beroperasi di tahun 80 an dahulu. Kampung Balun di Slim River menjadi laluan pintas kenderaan (kereta dan motosikal) untuk mengelakkan dari membayar tol.

Berbeza di Thailand, hampir semua lebuhrayanya tidak mengenakan tol kecuali laluan ke Bandar Bangkok.

Apapun kesimpulannya, pengadang yang dipasang perlulah mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti tiada bucu tajam, bahan boleh serap impak dan tidak menghasilkan hazard dan risiko kepada pengguna jalan raya.

Dilaporkan Piawaian Eropah sudah mula memperkenalkan pengadang yang mesra pengguna jalan raya terutamanya penunggang dan pembonceng motosikal.

Di Malaysia, MIROS dan JKJR umpamanya telah banyak menjalankan kajian berkaitan keselamatan jalan raya ini termasuklah penggunaan pengadang yang lebih layak dan sesuai. Semoga hasil kajian ini akan bermanfaatkan semua pengguna jalan raya di Malaysia.

LUKMAN BIN WAN MAT DAUD

Penulis adalah pengajar topik keselamatan (OSH) di beberapa pusat pengajian tinggi di Malaysia dan penasihat keselamatan di beberapa organisasi kerajaan dan swasta. Di samping berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang keselamatan di industri sebagai pengurus dan jurutera keselamatan, penulis adalah pengiat sukan bermotor di Malaysia semenjak dari pertengahan 80an dalam semua aspek bidang perlumbaan, teknikal dan keselamatan. Hampir semua jalan darat di Asia telah dijelajah oleh beliau sama ada dengan kenderaan empat roda dan dua roda. Perjalanan darat paling jauh dilakukannya hingga ke sempadan Tibet. Beliau juga adalah penasihat keselamatan dan perekabentuk litar lumba jalanan dan litar lumba rali.

Lukman menghabiskan masa lapang hujung minggunya dengan bermotosikal atau berbasikal dengan isteri dan anaknya.


Tulisan beliau boleh dirujuk di oshthejourney.blogspot.com. Beliau boleh dihubungi di lukmanw@gmail.com


Friday, June 7, 2013

5S SEIKETSU – LABELLING TYRE PRESSURE



5S SEIKETSU – LABELLING TYRE PRESSURE

SEIKETSU atau SERAGAM terjemahannya dan penerangannya ialah memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

Kalau dalam Peraturan OSHA 1994, terdapat CPL (Classification,Packaging & Labelling) yang di antaranya menerangkan peraturan melabelkan semua barangan untuk tujuan identifikasi dan juga keterangan keselamatan.

Dalam 5S tiada pengkhususan dalam labelling tetapi ianya masih menjadi keutamaan. Syoran labelling ini boleh dirujuk dalam SEIKETSU (Seragam) dan juga SEITON (Susun).

Antara labelling yang saya amalkan semenjak dari pertengahan 80an ialah menandakan sukatan tekanan angin yang betul kepada semua tayar kenderaan yang saya miliki terutama motosikal*. Amalan ini saya warisi dari tabiat ayah saya yang diamalkannya  semasa berkhidmat sebagai tentera. Malah ketika pertengahan 80an itu saya tidak pernah mengetahui mengenai 5S ini dan Peraturan CPL (malah OSHA) sendiri belum ujud.

Penjagaan sukatan angin yang betul pada tayar kenderaan akan memanjangkan lagi usia hayat tayar itu sendiri.

http://oshthejourney.blogspot.com/

*Sukatan tekanan angin kereta boleh dirujuk pada sisi tepi rangka pintu sebelah pemandu. Rujuk gambar di bawah.



Tuesday, October 23, 2012

Keseriusan terhadap sukan permotoran perlu seimbang dengan keutamaan keselamatan

Keseriusan terhadap sukan permotoran perlu seimbang dengan keutamaan keselamatan


Radio seawal pagi hari ini melaporkan Kementerian Belia dan Sukan akan memberi perhatian lebih serius terhadap sukan permotoran berikutan kejayaan Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin Abdullah yang masing-masing meraih kecemerlangan dalam kejohanan GP Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang Ahad lepas.


Saya pasti berita ini disambut baik oleh semua peminat sukan permotoran terutamanya pelumba dan juga penganjur.


Bagaimanapun KBS perlu memainkan peranan penting untuk memastikan sukan permotoran terutama yang dianjurkan oleh penganjur tempatan supaya mementingkan aspek-aspek keselamatan semasa menganjurkan sukan permotoran ini. Bukanlah bermakna penganjur luar terkecuali dari saranan ini. Biasanya kalau penganjur luar seperti acara F1 yang dikawaselia oleh FIA dan MotoGP yang dikawaselia oleh FIM serta dibantu oleh badan pemotoran Malaysia iaitu AAM, aspek-aspek keselamatan ini memang menjadi agenda utama. Penganjur-penganjur tempatan yang bernaung di bawah AAM juga tidak terkecuali dengan syarat-syarat peraturan keselamatan sebegini.


Terdapat sebilangan kecil penganjur tempatan malah juga penganjur luar yang terlepas pandang aspek-aspek keselamatan yang bukan sahaja meliputi keselamatan peserta dan pegawai perlumbaan tetapi juga termasuk penonton yang hadir.


AAM sebagai badan permotoran Malaysia boleh dirujuk untuk aspek-aspek keselamatan semasa acara dilangsungkan. Manakala NIOSH juga boleh dirujuk untuk mengenalpasti hazard-hazard dan risiko (HIRARC) secara bersistematik sebelum, semasa dan selepas acara dilangsungkan.


Kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini telah berlaku berulang kembali seperti semasa acara pecut (drag race) sempena Himpunan Belia di Putrajaya baru-baru ini.


Kebetulan sehari sebelum bermulanya MotoGP di Sepang minggu lepas, saya berpeluang berhubung dengan Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan. Kepada beliau saya menyarankan apa yang ditulis dalam posting ini. Manakala hari ini saya berpeluang berhubung dengan bekas pelajar saya yang kini bertugas sebagai pegawai penyelidik di Parlimen. Sama juga saranan saya kepada beliau, jika berkesempatan agar mengetengahkan isu keselamatan dalam sukan permotoran ini di peringkat Parlimen.


lukmanw@gmail.com



KBS BERI PERHATIAN SERIUS TERHADAP SUKAN PERMOTORAN

MStar Selasa Oktober 23, 2012

KEMAMAN: Kementerian Belia dan Sukan akan memberi perhatian lebih serius terhadap sukan permotoran berikutan kejayaan Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin Abdullah yang masing-masing meraih kecemerlangan dalam kejohanan GP Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang Ahad.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan bercakap mengenai kejayaan itu di peringkat yang lebih tinggi agar sukan permotoran diberi perhatian yang lebih serius.

"Kejayaan dan kehebatan Zulfahmi mencipta sejarah saya kira bukan sahaja anak Malaysia yang pertama berada di mana-mana podium bagi perlumbaan GP Motor Sport di peringkat antarabangsa, tetapi ia merupakan anak Asia Tenggara yang pertama mampu berbuat demikian," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata, kejayaan itu telah memberi satu tahap keyakinan baru kepada anak-panak muda, di mana dahulu kita amat gerun dengan keupayaan pelumba dari Sepanyol, Jerman kerana mereka adalah negara yang mempunyai tradisi sukan permotoran.

Ahmad juga mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak bawah 21 negara kerana sekali lagi memberi keyakinan yang negara mempunyai pelapis yang baik dengan memenangi Piala Surat Khabar Vietnam semalam.

"Di peringkat Senior dulu kita kalah dengan Vietnam. Kejayaan ini menunjukkan keadaan yang lebih baik dan ia menunjukkan Malaysia merupakan gergasi bola sepak yang mesti dihormati sekurang-kurangnya di peringkat Asia Tenggara," katanya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang mengungguli kejohanan badminton terbuka Denmark kali ini. - BERNAMA

Monday, October 22, 2012

OSH Observer di M’sian MotoGP 19-21 Oct 2012




OSH Observer di M’sian MotoGP 19-21 Oct 2012

Sebelum ini, semenjak dari pertengahan tahun 80an lagi, saya akan hadir di acara-acara motorsport sebagai Race Official. Malah kehadiran di Sepang International Circuit SIC ini padas 19-21 Oct 2012 lalu disalah-anggap ramai kenalan saya sebagai “kembalinya” saya ke alam motorsport setelah “berhibernasi” seketika.

Saya disapa oleh Dr. Abdul Malek (AAM Motorsport Manager), En. Rosland Kamruddin (COC Support Race MotoGP), Ms Pauline (Executive TMWR) dan ramai lagi dengan anggapan saya bertugas sebagai Race Official di MotoGP kali ini.

Agak terkejutr mereka apabila dimaklumkan kehadiran saya bukan atas tugas seorang Race Official tetapi sebaliknya sebagai seorang OSH Observer!
Secara amnya SIC sebagai penyedia lokasi MotoGP dan Dorna sebagai promoter acara MotoGP telah meletakkan satu standard yang tinggi dalam motorsport berdasarkan peraturan ketetapan dari badan induk FIM dengan OSH juga adalah emelen-elemen yang dmestikan.

Bagaimanapun masih terdapat ruang-ruang untuk penambahbaikan (room for improvement) terutama kehadiran saya sebagai OSH Obeserver lebih kepada penumpuan keselamatan dan kesihatan pengunjung litar ini.

Saya hanya akan berkongsi ruang-ruang untuk penambahbaikan ini di dalam blog OTJ ini setelah memaklumkannya kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan SIC. Apapun kebanyakan ruang-ruang untuk penambahbaikan itu telah kerap saya sentuh di dalam posting-posting saya sebelum ini berdasarkan kunjungan saya di beberapa acara luar (outdoor) sama ada motorsport atau bukan motorsport.

lukmanw@gmail.com

*Terima kasih kepada pihak NIOSH Bangi yang mengaturkan kunjungan saya ini.

Syabas Extreme Park Bagan Lalang





Syabas Extreme Park Bagan Lalang

Biasanya di sepanjang perjalanan kami, kalau berkesempatan saya dan anak lelaki saya seorang itu akan singgah tempat-tempat rekreasi terutama yang melibatkan sukan bermotor.

Semasa berlangsungnya MotoGp di Sepang minggu lepas, kami mencuba go-kart di Etreme Park Bagan Lalang berhampiran Gold Coast Resort dan Hotel Sri Malaysia di Bagan Lalang. Sebelum ini kami biasa mencuba go-kart di beberapa trek go-kart termasuklah yang didakwa “international circuit”!

Selain go-karrt Extreme Park ini juga menyediakan pelbagai sukan extreme lain seperti ATV,Offroad Bike, Pinball dan Memanah.

Mulanya agak sangsi saya terhadap pengendali trek go-kart yang terdiri dari pekerja kaunter dan juga marshal di beberapa post di selekoh di dalam trek. Kesemuanya adalah pekerja Bangladesh!

Kesangsian saya adalah silap! Sebelum dibenarkan memulakan pemanduan, seorang pekerja Bangladesh memberi taklimat keselamatan. Marshal berbangsa Bangladesh ini juga sentiasa bersedia memberikan bantuan jika diperlukan.

Selain dari kami mencuba go-kart single seater, terdapat juga mereka yang mencuba go-kart dual-seater sambil membawa anak kecil.

Kami tidak berpeluang mencuba acara sukan extreme lain tetapi kelihatan ramai kakitangan extreme park ini yang lengkap dengan uniform di setiap lokasi acara.

Syabas Extreme Park Bagan Lalang

lukmanw@gmail.com



Saturday, September 22, 2012

OSH di Litar F1 Sepang

OSH di Litar F1 Sepang

Pepatah Melayu mengatakan “Bagai Sireh Pulang Ke Gangang” dan pelakon filem aksi Arnold Schwarzenegger pula akan berkata “I'll be back”.

Kebanyakan orang mengenali saya melalui dua cara iaitu melalui sukan bermotor (motorsports) ataupun melalui Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH). Malah di hujung-hujung minggu semenjak puluhan tahun dahulu hanya ada dua sahaja tempat aktiviti saya berada iaitu sama ada di litar motorsport ataupun kelas pengajaran OSH. Bagaimanapun dua, tiga tahun kebelakangan ini aktiviti saya dalam motorsport amat kurang sekali kerana banyak komitmen dengan aktiviti OSH seperti pengajaran dan juga konsultansi.

Baru-baru ini saya dijemput oleh Niosh Bangi untuk mengendalikan kursus OSH untuk kakitangan Litar F1 Sepang. Biasanya kalau kursus OSH di Lembah Kelang, saya mengesyork kenalan lain termasuk bekas-bekas pelajar saya sahaja untuk mengendalikannya. Tetapi untuk mengendalikan kursus OSH di tempat motorsports yang biasa saya kunjungi sebelum ini sebagai pegawai perlumbaan (race official) adalah satu jemputan yang tidak boleh saya tolak walaupun jadual saya agak padat kebelakangan ini. Setelah diperjadualkan semula, saya hadir ke Litar F1Sepang sebagai pengajar OSH dan berjumpa semula dengan kebanyakan kakitangan Litar F1 Sepang yang saya kenali sudah sekian lama.

Walaupun Litar F1 Sepang baru sahaja mengujudkan jawatan SHO bermula tahun lepas, kepentingan OSH dalam setiap acara perlumbaan adalah elemen yang perlu dipenuhi seperti mana termaktub dalam manual atau prosedur yang telah ditetapkan oleh AAM (dalam negara) dan FIA/FIM (antarabangsa). Malah kepentingan persekitaran (environment) juga lebih jelas dinyatakan dalam manual dan prosedur ini. Sebagai seorangrace official yang pernah menduduki kursus dan peperiksaan FIA/FIM sebelum ini, saya berupaya mengaitkan kepentingan-kepentingan elemen OSH dan environment ini dalam kelas pengajaran saya.

Semoga dengan adanya kursus-kursus OSH sebegini dan juga komitmen pihak pengurusan Litar F1 Sepang terhadap OSH, litar ini mampu menjadi penyedia lokasi perlumbaan yang bukan sahaja dikagumi dan disegani oleh penyedia lokasi perlumban lain di rantau ini ataupun di peringkat ntarabangsa tetapi turut dikenali sebagai organisasi yang mementingkan dan mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan sahaja kepada pekerjanya tetapi turut meliputi kepada orang lain selain dari pekerja mereka terutama pelumba, pegawal perlumbaan tetap dan sukarela, penghujung dan lain-lain.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Tuesday, May 29, 2012

OSH di Litar Lumba


OSH di Litar Lumba

Seperti biasa saya banyak menerima panggilan telefon/sms malah juga dari pegawai DOSH dan MIROS yang berminat untuk mengetahui perkembangan kemalangan yang melibatkan penonton di Putrajaya hujung minggu lalu.

Menyangkakan acara ini di bawah anjuran kementerian, rata-rata menganggap ianya diiktiraf (sanction) sama ada dari AAM ataupun MAM (juga di bawah kementerian). Jawapan dari CEO MAM, Datuk Razlan Razali adalah seperti di bawah. AAM belum bersuara tapi jawapan yang sama juga pasti akan kedengaran.

Kini bukan masanya untuk menunding jari. Ingatlah dengan satu jari telunjuk menghala ke depan, tiga jari yang lain akan mengarah semula kepada orang yang menunjuk. Akhir sekali ibu jari yang tertegak ke atas akan menunjukkan kepada Yang Maha Kuasa iaitu jawapan alternative kepada “takdir”!

Sepatutnya di hari dan acara yang sama, satu lagi kejohanan sukan bermotor iaitu Cub Prix diadakan seperti tahun lepas. Bagaimanapun di saat-saat akhir, Cub Prix (yang diiktiraf/sactioned oleh AAM ini) diubah lokasinya ke Banting. Kelam kabut juga saya menyiapkan rekabentuk trek lumba ini dalam masa sehari sahaja (sudah pasti lengkap dengan ciri-ciri keselamatannya) untuk dimajukan kepada AAM sebelum pemeriksaan dan kelulusan trek lumba itu dibuat dan diluluskan oleh pegawai pemeriksa trek AAM.

Apapun kesimpulan dari kemalangan (atau sepatutnya kejadian tanpa kecederaan ini) tidak kiralah siapa penganjurnya termasuklah kementerian sendiri (parti politik termasuk pembangkang juga kerap mengadakan acara sukan bermotor kebelakangan ini) mestilah memahami keperluan OSH yang meliputi pelumba, pekerja (pihak penganjuran) dan mereka yang bukan pekerja iaitu penghujung, pelawat, peniaga dan sebagainya.

Satu episode “learn from mistake” yang sepatutnya bukan dari “our own mistake” tapi sepatutnya “learn from other people mistake” yang sudah banyak dan kerap kali berlaku di luar negara dan sebagainya.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

PETALING JAYA (May 28, 2012): Motorsports Association of Malaysia (MAM) did not sanction the drag race where 17 spectators were injured at the the Million Youth Rally on Sunday, said its chief executive officer Datuk Razlan Razali.

"As the governing body, we need to sanction local events to ensure they are properly run and managed, and safety is the no.1 concern," he told thSun in a phone interview yesterday.

Razlan said MAM's parent body, the Ministry of Youth and Sports did not approach MAM for advice or management of any of the motorsports events held during the rally at Putrajaya from May 23-27.

To questions on a comment by Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek that there was no sanctioning body to monitor and supervise competitions of such nature, Razlan said it was not true, adding that the minister had been misinformed on the matter.