Monday, October 22, 2012

Syabas Extreme Park Bagan Lalang





Syabas Extreme Park Bagan Lalang

Biasanya di sepanjang perjalanan kami, kalau berkesempatan saya dan anak lelaki saya seorang itu akan singgah tempat-tempat rekreasi terutama yang melibatkan sukan bermotor.

Semasa berlangsungnya MotoGp di Sepang minggu lepas, kami mencuba go-kart di Etreme Park Bagan Lalang berhampiran Gold Coast Resort dan Hotel Sri Malaysia di Bagan Lalang. Sebelum ini kami biasa mencuba go-kart di beberapa trek go-kart termasuklah yang didakwa “international circuit”!

Selain go-karrt Extreme Park ini juga menyediakan pelbagai sukan extreme lain seperti ATV,Offroad Bike, Pinball dan Memanah.

Mulanya agak sangsi saya terhadap pengendali trek go-kart yang terdiri dari pekerja kaunter dan juga marshal di beberapa post di selekoh di dalam trek. Kesemuanya adalah pekerja Bangladesh!

Kesangsian saya adalah silap! Sebelum dibenarkan memulakan pemanduan, seorang pekerja Bangladesh memberi taklimat keselamatan. Marshal berbangsa Bangladesh ini juga sentiasa bersedia memberikan bantuan jika diperlukan.

Selain dari kami mencuba go-kart single seater, terdapat juga mereka yang mencuba go-kart dual-seater sambil membawa anak kecil.

Kami tidak berpeluang mencuba acara sukan extreme lain tetapi kelihatan ramai kakitangan extreme park ini yang lengkap dengan uniform di setiap lokasi acara.

Syabas Extreme Park Bagan Lalang

lukmanw@gmail.com



No comments: