Showing posts with label Keselamatan Pejabat. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan Pejabat. Show all posts
Friday, April 8, 2016
Friday, December 18, 2015
Bayangan menjelma menjadi kenyataan
Bayangan menjelma menjadi kenyataan
Alhamdulillah tahun lepas semasa terlibat dalam installation, commisioning & DOSH registration 4 buah crane tower di project condominium Taiping, terbayang-bayang puluhan crane tower di Masjidil Haram, syukur alhamdulillah bayangan itu menjadi kenyataan.
Terbayang dan berdoa di usia mendatang terdekat ini agar dapat beramal sambil memakai safety vest, safety helmet dan menyarung safety boot pula di bawah crane tower ini.
Untungnya mereka yang berhenti seketika untuk solat di Masjidil Haram ini dengan safety helmet dan safety boot di sisi.
Pada masa yang sama Ust Mutawif juga confirmed kalau dari Miqat bermotosikal kena lengkap berihram tanpa pakaian dan kelengkapan (riding gear) yang tidak berjahit.t.
Thursday, January 20, 2011
Soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai

Soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai
Paling akhir saya masuk Bilik Mesyuarat di Bangunan Ekonomi UUM ini ialah sekitar pertengahan tahun lepas. Pagi tadi saya ada mesyuarat dengan PNC di bilik ini. Terdapat banyak perubahan di dalam bilik mesyuarat ini.
Antaranya ialah penggunaan soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai. Pertama kali saya melihat soket ini ialah di dewan pameran barangan rumah / perabut rumah di Kuala Lumpur. Kali kedua saya melihatnya dipasang di banglo sepupu isteri saya, seorang penguasaha kosmetik di Golf Resort Bertam Perdana.
Selain amat sesuai dipasang di dinding, soket ini sesuai untuk meja panjang atau meja diatur bentuk-U. Soketnya boleh diubah sepanjang railing yang dipasang. Soket ini juga boleh ditambah bilangannya (dengan kapasiti bekalan).
Penggunaannya mudah. Soket boleh digerakkan (dilaras) mengikut panjang kabel alatan eletronik yang digunakan. Soket diketatkan dengan cara memusingnya (gerakan ikut jam - on / gerakan lawan jam - off).
Dengan penggunaan soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai ini tiada lagi loose cable yang berselirat atas lantai.
Mungkin kos tinggi jika dibandingkan dengan extansion wire tetapi berbaloi untuk masa jangka panjang demi keselamatan pengguna.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/






Tuesday, May 4, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)









