Showing posts with label Keselamatan Di Dalam Rumah. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan Di Dalam Rumah. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Mengapa perlu hebahan di facebook semasa hendak bercuti?


Sumber internet

Mengapa perlu hebahan di facebook semasa hendak bercuti?

Seingat saya dari kecil lagi ketika baru di bangku sekolah rendah (awal 70an), pesanan sebegini kerap kedengaran di tv dan radio serta bahan bercetak seperti suratkhabar dan majalah – jika hendak bercuti, maklumkan kepada jiran dan lebih elok dimaklumkan kepada polis, hentikan langganan suratkhabar harian, pasang pemasa (timer) untuk lampu laman rumah dan sebagainya.

Pesanan awal berupa makluman kepada jiran dan juga polis. Itu sahaja! Tetapi takala ini ramai yang teruja untuk membuat hebahan di dalam facebook. Malah ada yang lebih aggresif dengan mengemaskini status bermula semasa hendak keluar dari rumah, lapangan terbang, dalam perjalanan hinggalah ke destinasi yang dituju.

Gambar di atas mungkin sekadar lelucuan tetapi ada benarnya.

Jadilah pengguna (penagih?) facebook yang berhemah. Seeloknya berkongsi kegembiraan bercuti anda selepas selamat kembali di kediaman asal dan bukannya semasa hendak memulakan atau semasa bercuti.


Posting berkaitan di sini.

Friday, March 1, 2013

5S SEITON - DIY



5S SEITON - DIY

SEITON atau SUSUN terjemahannya dan penerangannya ialah menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

Cuti perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, saya bersama anak memanfaatkan dengan memasang rak dinding untuk basikal. Sebelum ini saya telah memasang kunci yang boleh menambat basikal ini di dinding. Rujuk di sini.

Basikal yang dismpan secara tergantung ini bukan sahaja memberi ruang untuk kerja-kerja pembersihan lantai dan sebagainya tetapi juga dapat memanjang hayat roda dan tayar basikal. Roda yang tidak atau jarang bergerak boeh menyebabkannya rosak akibat tanggungan berat badan basikal.

Seiton ini adalah amalan 5S yang memudahkan kita sama ada untuk mengenalpasti, mengambil (untuk menggunakan) dan juga lebih teratur untuk kerja-kerja pembersihan dan sebagainya.

lukmanw@gmail.com
http:/oshthejourney.blogspot.com/

Saturday, November 17, 2012

Mula dengan langkah pendek – panjangkan dengan label


Mula dengan langkah pendek – panjangkan dengan label

Perhatikan perbezaan pada 2 tong sampah di atas. Satu milik saya sekeluarga dan satu lagi milik jiran.

Bukan untuk dibanggakan, saya amat berpuas dengan projek penyediaan jaring tong sampah ini dan cuti panjang Deepavali/Maal Hijrah minggu ini pula dimanfaatkan dengan penambahbaikan dengan perlabelan pada badan tong sampah dan juga penutup tong sampah.

Sama ada pemunggut sampah atau orang lain, mereka tahu tong sampah tersebut adalah kepunyaan penghuni rumah bernombor 249.

Langkah kecil bermula dari sini.

lukmanw@gmail.com

Wednesday, November 14, 2012

DIY – jangan ambil mudah!


DIY – jangan ambil mudah!

Di rumah saya ada loteng yang digunakan untuk menyimpan beberapa barangan yang jarang digunakan dan pada masa yang sama digunakan juga sebagai rak majalah terutama majalah kaum hawa milik orang rumah saya seorang itu dan juga komik milik anak lelaki saya seorang itu.

Dalam loteng ini saya membina sendiri sistem rak (DIY) bersama-sama anak lelaki saya pada pertengahan tahun 2000. Semasa memasang L-Channel ini saya tercedera di bahagian kepala dan tangan akibat hujung tajam pada L-Channel ini.

Sempena minggu cuti Deepavali dan Awal Muharam ini saya dan anak lelaki saya menambahbaik semula sistem rak ini dengan memasang “rubber footing” pada semua bahagian hujung tajam pada L-Channel ini.

Semua orang (yang berminat!) boleh melakukan DIY (Do It Yourself) ini tetapi jangan ambil mudah terutama berkaitan dengan OSH!

lukmanw@gmail.com








Monday, October 15, 2012

Seorang lagi kanak-kanak maut dihempap tv


Seorang lagi kanak-kanak maut dihempap tv

Awal Januari 2010 akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Yeo Cyndi, meninggal dunia selepas lebih 14 jam koma akibat dihempap sebuah televisyen di rumahnya di Bandar Putra Kulai Johor. Hari ini seorang lagi kanak-kanak, Halif Hariz Khairil Anuar, dua tahun meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Ampang, selepas leher dan kepalanya cedera teruk akibat dihempap tv 29 inci seberat kira-kira 40 kilogram.

Kenapa ibubapa Halif tidak mematuhi arahan pemasangan seperti yang dinyatakan dalam buku panduan (manual) tv tersebut? Rujuk buku panduan di sini.

Rujuk di sini untuk posting lanjut.

lukmanw@gmail.com

Monday, August 27, 2012

Bekas (raga) tong sampah – satu langkah kecil


Bekas (raga) tong sampah – satu langkah kecil

“Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, satu langkah besar bagi kemanusiaan.”, inilah kata-kata mendiang Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 – 25 Ogos 2012) sebaik sahaja menjejakkan kakinya di permukaan bulan 20 Julai 1969, yang juga menjadi manusia pertama di dunia mendarat di bulan.

Pada bulan Jun lepas, ada dua projek di rumah saya yang telah siap iaitu bekas (raga) tong sampah dan rak buku yang boleh memuatkan 500 buah buku dengan anggaran satu buku 100 helai mukasurat. Projek ini telah bertangguh sekian lama dan saya nekad kedua-dua projek ini perlu disiapkan sebelum bulan Ramadhan. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga dua-dua projek in disiapkan.

Saya amat berpuas hati dengan projek bekas (raga) tong sampah ini. Perumahan yang saya tinggal sekarang ini tidak disediakan bekas tong sampah sebegini. Kebanyakan penghuni hanya meletakkan tong sampah masing-masing di hadapan rumah untuk dipunggut oleh kontraktor pemunggut sampah tiga kali dalam seminggu. Ada juga yang mengambil mudah dengan hanya menyangkutkan sahaja plastik-plastik berisi sampah di pintu pagar ataupun di ranting/dahan pokok di hadapan rumah mereka. Mereka yang mengambil jalan mudah sebegini sebenarnya menyumbangkan kepada kekotoran di hadapan rumah mereka sendiri dan kerap juga mengotorkan halaman rumah jiran berdekatan.

Walaupun projek bekas (raga) tong sampah ini hanya projek kecil (langkah kecil) tapi bagi saya ia merupakan ke arah (towards) satu langkah besar untuk memastikan agar kebersihan di perumahan yang saya tinggal ini amnya dan halaman rumah saya khususnya sentiasa bersih. Benarlah seperti yang dikatakan oleh mendiang Armstrong iaitu langkah yang besar bermula dari langkah kecil.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Tuesday, June 26, 2012

Kemalangan, penutup longkang dan denggi


Kemalangan, penutup longkang dan denggi

Apakah kaitannya kemalangan (terjatuh dalam longkang) dengan penutup dan penyakit denggi?


Ini adalah contoh yang saya kerap gunakan di dalam kelas semasa menjelaskan tindakan yang perlu diambil selepas siasatan kemalangan iaitu tindakan pembetulan (corrective action) dan tindakan pencegahan (preventive action).

Secara kebetulan sabtu lepas, contoh yang sama saya terangkan dan kemudiannya sewaktu kelas berhenti rehat jam 5.00 petang, saya terdengar radio melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, berkata tindakan orang ramai yang menurap atau menutup keseluruhan longkang di kediaman mereka terutamanya di kawasan perumahan, adalah antara punca peningkatan pembiakan nyamuk Aedes, ini kerana tindakan sedemikian menyebabkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sukar melakukan kerja-kerja pembersihan longkang.

Mengapa orang ramai menurap atau menutup keseluruhan longkang di kediaman mereka? Ini kerana penutup longkang kerap hilang dicuri.

Ketiadaan penutup longkang ini juga dikenalpasti puncanya kemalangan seperti terjatuh di dalam longkang dan sebagainya.

Mengantikan penutup longkang yang hilang (penggantian sertamerta) adalah corrective action dan seterusnya tindakan susulan iaitu preventive action perlu dilakukan. Kebanyakan penduduk mengambil jalan mudah untuk menurap atau menutup keseluruhan longkang dan mengakibatkan longkang sukar disenggarakan terutama jika tersumbat.

Ini bermakna tindakan menurap atau menutup keseluruhan longkang (atau penutup longkang) bukanlah satu tindakan pembetulan (preventive action) yang tepat.

Sepatutnya penutup longkang dipasang secara “bolted” ataupun ada juga yang merantainya dengan kunci. Alternatif lain ialah menggunakan bahan seperti plastic pallet yang kuat dan kukuh tetapi tiada (kurang berharga) nilainya untuk dijual semula.

Kesimpulannya corrective action boleh dilakukan serta-merta tanpa sumber (resources) luar (dan banya) tetapi preventive action memerlukan pelbagai sumber bukan sahaja kewangan tapi pengetahuan untuk memastikan bukan sahaja tindakan pencegahan dalam dilakukan tetapi pada masa yang sama tiada kesan sampingan dan sebagainya.

Slide berikut adalah salah satu contoh corrective dan preventive action yang melibatkan kemalangan di conveyor end (running nip) turut saya gunakan dalam kelas di samping contoh penutup longkang.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/









Tuesday, March 6, 2012

Safety Alert kali ini – melabur dalam kasut dan tilam


Gambar hiasan

Safety Alert kali ini – melabur dalam kasut dan tilam

Hari ini saya berpeluang menghadirkan diri di Seminar OSH UniMAP sempena Bulan OSH UniMAP 2012. Pembentang pertama seminar ini ialah Pengarah DOSH Pulau Pinang; En. Mohamad Anuar bin Embi. Manakala saya adalah pembentang ketiga mewakili NRG SHE dari lima pembentang kesemuanya.

Saya ingin berkongsi pesanan umum OSH yang disampaikan oleh En. Anuar. Beliau menyarankan agar kita semua melabur – berbelanja lebih dalam pembelian kasut (terutama kaum wanita) dan juga tilam (serta bantal) untuk kesihatan.

Kebiasaannya terutama kaum wanita akan berbelanja lebih untuk membeli pakaian. Begitu juga untuk keperluan peralatan rumah dengan ramai yang menitik-beratkan set sofa ataupun set dapur.

Sedangkan anggota kaki adalah tubuh badan yang paling bekerja keras untuk menampung dan membawa berat badan manusia. Begitu juga dengan kekerapan kita berada di atas tilam (ketika tidur) jika dibandingkan dengan kekerapan (masa) berada di atas set sofa ataupun berada di dapur.

Kasut yang sesuai dan sihat (healthy) terutama untuk kaum wanita banyak terdapat pasaran. Elakkan menggunakan kasut bertumit tinggi. Begitu juga dengan penggunaan tilam yang sesuai akan mengelakkan dari kesakitan tulang belakang. Malah ada kajian menunjukkan penggunaan bantal yang sesuai mampu menghilangkan atau mengurangkan masalah dengkuran.

Safety Alert kali ini – melaburlah (belilah) kasut dan tilam yang sesuai dan sihat.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

Monday, January 24, 2011

Ular Senduk! Terima kasih Bomba Kamunting


Ular Senduk! Terima kasih Bomba Kamunting

Minggu lepas anak saya sudah memaklumkan beliau ternampak seekor di belakang rumah kami di Taman Kamunting Jaya ini. Semalam ketika sibuk bergotong-royong dan memotong beberapa pokok serta semak di belakang rumah tidak kelihatan pula ular ini.

Sebentar tadi sekitar pukul 4pm anak saya ternampak semula ular ini. Menariknya kali ini ular tersebut sedang diacah-acah oleh beberapa ekor kucing termasuklah dua ekor anak kucing! Jenuh jugalah isteri dan anak saya menghalau kucing-kucing tersebut sehingga terpaksa mengumpankan beberapa ekor ikan goring!

Walaupun ular tersebut kelihatan tidak bermaya, saya mengambil keputusan untuk menelefon Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting (05 891 2322).

Beberapa anggota bomba sampai (dalam keadaan hujan mula lebat) dan berjaya menangkap ular ini. Kami dimaklumkan bahawa ular ini adalah Ular Senduk dan ia tidak bermaya kerana sedang dalam proses bersalin kulit.

Terima kasih Bomba Kamunting.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com








Thursday, January 20, 2011

Soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai


Soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai

Paling akhir saya masuk Bilik Mesyuarat di Bangunan Ekonomi UUM ini ialah sekitar pertengahan tahun lepas. Pagi tadi saya ada mesyuarat dengan PNC di bilik ini. Terdapat banyak perubahan di dalam bilik mesyuarat ini.

Antaranya ialah penggunaan soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai. Pertama kali saya melihat soket ini ialah di dewan pameran barangan rumah / perabut rumah di Kuala Lumpur. Kali kedua saya melihatnya dipasang di banglo sepupu isteri saya, seorang penguasaha kosmetik di Golf Resort Bertam Perdana.

Selain amat sesuai dipasang di dinding, soket ini sesuai untuk meja panjang atau meja diatur bentuk-U. Soketnya boleh diubah sepanjang railing yang dipasang. Soket ini juga boleh ditambah bilangannya (dengan kapasiti bekalan).

Penggunaannya mudah. Soket boleh digerakkan (dilaras) mengikut panjang kabel alatan eletronik yang digunakan. Soket diketatkan dengan cara memusingnya (gerakan ikut jam - on / gerakan lawan jam - off).

Dengan penggunaan soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai ini tiada lagi loose cable yang berselirat atas lantai.

Mungkin kos tinggi jika dibandingkan dengan extansion wire tetapi berbaloi untuk masa jangka panjang demi keselamatan pengguna.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/







Monday, March 15, 2010

Peralatan Keselamatan Kanak-kanak Patrull di IKEA






Peralatan Keselamatan Kanak-kanak Patrull di IKEA

Barangan di IKEA bukan sahaja menarik dan menawan dipandang serta dimiliki, ianya juga memiliki ciri-ciri keselamatan.

Manakala produk Patrull di IKEA pula sebagai aksesori tambahan keselamatan kepada perabut-perabut keluaran dan berjenama IKEA.

Sebelum ini saya pernah menulis pelbagai aksesori Patrull ini seperti penutup lubang punca kuasa elektrik, pengikat pintu almari, pengikat laci meja dan sebagainya. Dua gambar teratas dalam posting ini ialah penutup bucu meja untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berpunca dari sudut tajam meja (table sharp edge).

Kunjungan terbaru, saya tertarik dengan penghadang pintu atau tangga keluaran Patrull ini. Sebenarnya penghadang ini biasa kelihatan di rumah-rumah terutama mereka yang memiliki anak kecil. Bagaimanapun penghadang sedia ada biasanya dibuat dengan menggunakan kayu yang berkemungkinan merbahaya dari segi sembilu kayu ataupun bucu tajam.

Berbeza dengan penghadang Patrull yang diperbuat dari bahan berasaskan plastik yang kuat ini dengan ciri-ciri kelasakan dan ketahanannya.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/