Monday, August 27, 2012

Bekas (raga) tong sampah – satu langkah kecil


Bekas (raga) tong sampah – satu langkah kecil

“Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, satu langkah besar bagi kemanusiaan.”, inilah kata-kata mendiang Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 – 25 Ogos 2012) sebaik sahaja menjejakkan kakinya di permukaan bulan 20 Julai 1969, yang juga menjadi manusia pertama di dunia mendarat di bulan.

Pada bulan Jun lepas, ada dua projek di rumah saya yang telah siap iaitu bekas (raga) tong sampah dan rak buku yang boleh memuatkan 500 buah buku dengan anggaran satu buku 100 helai mukasurat. Projek ini telah bertangguh sekian lama dan saya nekad kedua-dua projek ini perlu disiapkan sebelum bulan Ramadhan. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga dua-dua projek in disiapkan.

Saya amat berpuas hati dengan projek bekas (raga) tong sampah ini. Perumahan yang saya tinggal sekarang ini tidak disediakan bekas tong sampah sebegini. Kebanyakan penghuni hanya meletakkan tong sampah masing-masing di hadapan rumah untuk dipunggut oleh kontraktor pemunggut sampah tiga kali dalam seminggu. Ada juga yang mengambil mudah dengan hanya menyangkutkan sahaja plastik-plastik berisi sampah di pintu pagar ataupun di ranting/dahan pokok di hadapan rumah mereka. Mereka yang mengambil jalan mudah sebegini sebenarnya menyumbangkan kepada kekotoran di hadapan rumah mereka sendiri dan kerap juga mengotorkan halaman rumah jiran berdekatan.

Walaupun projek bekas (raga) tong sampah ini hanya projek kecil (langkah kecil) tapi bagi saya ia merupakan ke arah (towards) satu langkah besar untuk memastikan agar kebersihan di perumahan yang saya tinggal ini amnya dan halaman rumah saya khususnya sentiasa bersih. Benarlah seperti yang dikatakan oleh mendiang Armstrong iaitu langkah yang besar bermula dari langkah kecil.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: