Saturday, August 11, 2012

Bahan rujukan OSH yang mesti dimiliki



Bahan rujukan OSH yang mesti dimiliki

Ramai yang menghubungi saya terutama mereka yang baru berjinak-jinak atau merancang hendak menceburi dalam bidang OSH ini. Antara soalan-soalan lazim yang ditanya ialah prospek kerjayasebagai SHO dalam OSH (termasuk gaji!), skop kerja, persediaan untuk menduduki peperiksaan SHO (Green Book) dan sebagainya. Kebelakangan ini pula saya dapati ramai dari golongan perempuan yang menghubungi saya menyatakan minat mereka untuk menceburi bidang OSH.

Saya tidak mengkhususkan bahan rujukan tertentu kerana bahan rujukan OSH ini boleh dirujuk di mana sahaja terutama di internet. Ada juga IPT yang mengkhususkan bahan rujukan tertentu dan sering kali yan menjadi pilihan ialah buku Goetsch, David L. (2008). Occupational Safety and Health: For Technologists, Engineers, and Managers, 6th edition. New Jersey: Pearson Education Inc., dengan edisi terbaru buku Goetsch ini ialah Edisi ke 7 (2011).

Saya juga mengemari buku Goetsch ini tapi seringkali saya tegaskan buku Goetsch ini perlu dibaca dengan buku Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA 1967) terutama apabila merujuk bahagian Perundangan dan OSH Personnel. Sebagai contoh dalam buku Goetsch, hirarki OSH Personnel bermula dengan OSH Manager sedangkan di Malaysia, hirarki OSH Personnel bermula dengan SHO.

Pada pandangan saya, untuk memudahkan kefahaman mengenai OSH dalam konteks di Malaysia, eloklah mereka yang baru berjinak-jinak atau merancang hendak menceburi dalam bidang OSH ini memiliki bahan rujukan seperti berikut;

1. Training Manual for Safety & Health Officer Certificate Programme Module 1 OSH Management
2. Training Manual for Safety & Health Officer Certificate Programme Module 2 OSH Legislation
3. Training Manual for Safety & Health Officer Certificate Programme Module 3 Occupational Health & Industrial Hygiene
4. Training Manual for Safety & Health Officer Certificate Programme Module 4 Occupational Safety

Manual latihan dari NIOSH ini juga tersedia dalam Bahasa Malaysia. Mereka yang berminat boleh mendapatkannya dari pejabat NIOSH yang berdekatan. Sekiranya anda mendaftar untuk mengikuti kursus SHO, manual latihan ini akan diberi sekali.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

1 comment:

Unknown said...

nak tanya. buku2 tu boleh beli direct dekat niosh ke?