\
Sunday, May 24, 2015
Amalan label
\
Friday, July 25, 2014
Manfaatkan ruangan tempat letak motosikal
Saturday, July 5, 2014
Aedes – bolehkah kita saman “pihak berkuasa tempatan”?
Tuesday, March 11, 2014
Amalan 5S di Kedai Hardware
Friday, June 7, 2013
5S SEIKETSU – LABELLING TYRE PRESSURE
Wednesday, June 5, 2013
5S SEITON – HOSEREEL
Friday, March 1, 2013
5S SEITON - DIY
Monday, August 27, 2012
Bekas (raga) tong sampah – satu langkah kecil
Bekas (raga) tong sampah – satu langkah kecil
“Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, satu langkah besar bagi kemanusiaan.”, inilah kata-kata mendiang Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 – 25 Ogos 2012) sebaik sahaja menjejakkan kakinya di permukaan bulan 20 Julai 1969, yang juga menjadi manusia pertama di dunia mendarat di bulan.
Pada bulan Jun lepas, ada dua projek di rumah saya yang telah siap iaitu bekas (raga) tong sampah dan rak buku yang boleh memuatkan 500 buah buku dengan anggaran satu buku 100 helai mukasurat. Projek ini telah bertangguh sekian lama dan saya nekad kedua-dua projek ini perlu disiapkan sebelum bulan Ramadhan. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga dua-dua projek in disiapkan.
Saya amat berpuas hati dengan projek bekas (raga) tong sampah ini. Perumahan yang saya tinggal sekarang ini tidak disediakan bekas tong sampah sebegini. Kebanyakan penghuni hanya meletakkan tong sampah masing-masing di hadapan rumah untuk dipunggut oleh kontraktor pemunggut sampah tiga kali dalam seminggu. Ada juga yang mengambil mudah dengan hanya menyangkutkan sahaja plastik-plastik berisi sampah di pintu pagar ataupun di ranting/dahan pokok di hadapan rumah mereka. Mereka yang mengambil jalan mudah sebegini sebenarnya menyumbangkan kepada kekotoran di hadapan rumah mereka sendiri dan kerap juga mengotorkan halaman rumah jiran berdekatan.
Walaupun projek bekas (raga) tong sampah ini hanya projek kecil (langkah kecil) tapi bagi saya ia merupakan ke arah (towards) satu langkah besar untuk memastikan agar kebersihan di perumahan yang saya tinggal ini amnya dan halaman rumah saya khususnya sentiasa bersih. Benarlah seperti yang dikatakan oleh mendiang Armstrong iaitu langkah yang besar bermula dari langkah kecil.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Tuesday, May 10, 2011
Jauh berjalan, luas pengalaman, banyak pengetahuan
Jauh berjalan, luas pengalaman, banyak pengetahuan
Sebelum ini saya pernah menulis kelebihan tong sampah di Bandar Miri yang berbumbung, kali ini saya teruja dengan tong sampah di dalam kawasan Akademik Koreksional Malaysia, di Pekan Kuah, Langkawi.
Minggu ini saya berada di Akademik ini kerana terlibat dalam pengajaran (on-off) kepada Pegawai-pegawai Penjara dari seluruh Malaysia untuk kursus OSH dari 2 hingga 17 Mei 2011. Dalam perjalanan antara chalet yang saya menginap ke bilik kuliah, saya terlihat ada banyak tong sampah seperti di dalam gambar.
Tinjauan saya mendapati tong sampah ini direka oleh kakitangan Akademik untuk mengelakkan dari diganggu oleh banyak monyet yang berkeliaran. Saya mencubanya dan mendapati ia nya praktikal. Bagaimanapun model yang saya cuba saya rasa mungkin menghadapi sedikit masalah untuk mengosongkannya. Walaupun begitu saya difahamkan model terbaru tong sampah ini mempunyai pintu di dinding sisinya.
Tertanya saya 2 soalan. Jika monyet-monyet ini terbiasa melihat orang menggunakannya (menekan tuas kaki), adakah seketika nanti, monyet ini akan berupaya membuka penutup tong sampah ini?. Soalan seterusnya adakah rekaan ini dipaternkan?
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Friday, April 30, 2010
Seiton - Straightening or Setting in Order
Seiton - Straightening or Setting in Order
Drawer organizer at IKEA (above). Drawer organizer custom made from box paper at my house (below)
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com

Second element in 5S; Seiton - Straightening or Setting in Order: There should be a place for everything and everything should be in its place. The place for each item should be clearly labeled or demarcated. Items should be arranged in a manner that promotes efficient work flow. Workers should not have to repetitively bend to access materials. Each tool, part, supply, piece of equipment, etc. should be kept close to where it will be used (i.e. straighten the flow path). Seiton is one of the features that distinguishes 5S from "standardized cleanup".
Wednesday, April 28, 2010
Ibu, stokin Hakim ada sebelah saja!
Ibu, stokin Hakim ada sebelah saja!
"Ibu, stokin Hakim ada sebelah saja!", mungkin pada sesetengah rumah, dialog seperti ini di awal pagi adalah terlalu lumrah.
Asas OSH adalah kesihatan. Mungkin disebabkan itu di Eropah dan Amerika organisasi di sana mendahului perkataan Kesihatan sebelum Keselamatan.
Asas kesihatan pula ialah kebersihan. Manakala asas kebersihan ialah "housekeeping" (penjagaan rumah?).
Antara pendekatan yang selalu dikaitkan dengan housekeeping ialah amalan 5S (atau 3S sebahagiannya sahaja). Elemen-elemen 5S ialah Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitskuke. Sebenarnya menyimpan stokin di dalam laci khas (tidak bercampur dengan pakaian lain) serta mengulungkannya sekali (gambarajah pertama di atas) adalah mengikut elemen Seiton iaitu setiap benda ada tempatnya dan benda tersebut mesti disimpan dengan selengkapnya. Dalam hal ini stokin perlu disimpan secara berpasangan.
Tanpa disedari saya, amalan ini sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh keluarga saya terutama ayah saya. Mungkin ketika itu saya masih kecil untuk memahami kepentingan amalan-amalan seperti ini.
Maknanya kalau amalan penyimpanan stokin ini di simpan di dalam laci khas serta mengulungkannya, maka tiada lagi kedengaran dialog sebegini;
"Ibu, stokin Hakim ada sebelah saja!",
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Second element in 5S; Seiton - Straightening or Setting in Order: There should be a place for everything and everything should be in its place. The place for each item should be clearly labeled or demarcated. Items should be arranged in a manner that promotes efficient work flow. Workers should not have to repetitively bend to access materials. Each tool, part, supply, piece of equipment, etc. should be kept close to where it will be used (i.e. straighten the flow path). Seiton is one of the features that distinguishes 5S from "standardized cleanup".
Wednesday, April 7, 2010
Tong Sampah berbumbung

Tong Sampah berbumbung
Jauh berjalan, luas pengalaman. Perpatah ini memang saya amat yakini kebenarannya. Cuma mata kita perlu cepat menghantar gambaran imej untuk otak berfikir selanjutnya.
Mulanya saya menyangka gambar di atas ialah gerai tolak yang disimpan pada waktu siang di mana hanya akan dibuka pada malam. Rupa-rupanya gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit ini adalah pondok mudah aleh (boleh aleh) untuk Tong Sampah. Gambar ini diambil di belakang Restoran Manli di Miri. Kebetulan saya ke sana kerana dijemput menjamu selera dengan Sup Sapi.
Dengan adanya pondok berbumbung sebegini, sudah tentu air hujan tidak akan memasuki (dan membasahi/melembabkan) sisa-sisa buangan di dalam Tong Sampah ini. Pada masa yang sama, dinding pondok ini juga melindungi Tong Sampah dari pengelihatan ramai. Sekurang-kurangnya tiadalah pemandangan yang menjijikan.
Pihak berkuasa tempatan boleh jadikan pondok ini sebagai ikutan mereka.
Jauh berjalan, luas pengalaman. Ambil iktibar. Elok dijadikan teladan. Kurang atau tidak elok dijadikan sempadan.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Monday, January 25, 2010
Masuk pejabat baru - apa yang perlu dibuat?
Masuk pejabat baru - apa yang perlu dibuat?
Di mana-mana pejabat baru yang saya masuk, saya akan bermula dengan mencari kotak terutama dari Double A atau Indah Kiat. Selain dari housekeeping, saya memerlukan kotak-kotak ini untuk membuat pemisah barangan dalam laci (storage divider). Walaupun pemisah barangan ini boleh dibeli, saya lebih suka membuatnya sendiri, boleh juga recycle (reused) kotak-kotak itu.
Antara perkara awal saya buat sebaik sahaja memasuki pejabat baru saya dua minggu lepas ialah mengikat semua wayar-wayar atau kabel (loose wyres) yang berselirat di atas lantai dengan menggunakan "Twist Tie". Biasanya saya gunakan saja "Twist Tie" yang didapati semasa membeli barangan elektrik tetapi untuk kerja-kerja sebegini saya membelinya di kedai peralatan logam (hardware). Saya pastikan tiada wayar/kabel berselirat di atas lantai. Sekurang-kurangnya ini akan memudahkan Makcik Pencuci itu menyapu permukaan lantai tersebut.
Di samping itu juga saya melabelkan semua punca-punca kuasa (plug-plug) yang ada. Bukan sahaja di setiap pejabat yang duduki, saya juga melabelkan semua punca-punca kuasa ini di rumah saya dan juga di tabika isteri saya.
Nampak selamat bekerja di pejabat tetapi hakikatnya banyak hazad (hazard) yang menanti jika keselamatan dan housekeeping pejabat tidak dititikberatkan.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Monday, March 23, 2009
Needlestic Crisis
Salah seorang pelajar saya, Msc. OSH Cohort 1 (tahun 2006/2007) yang juga seorang seorang Doktor Perubatan di Pusat Sains USM membuat kajian dan penyelidikan untuk disertasinya berkaitan dengan “needlestic crisis”.
Saya juga berminat untuk mendalami lebih lanjut krisis sebegini setelah mengetahui beberapa faktor berikut;
* Dilaporkan di Amerika Syarikat, dianggarkan setiap tahun 800,000 orang pekerja penjagaan kesihatan (health care) telah mengalami kemalangan tidak disengajakan yang membabitkan kecederaan penggunaan jarum pencucuk.
* Kecederaan diakibatkan jarum pencucuk ini memungkinkan mangsa terdedah kepada jangkitan HIV/AIDS, hepatitis B, hepatitis C dan pelbagai penyakit “bloodborne” yang lain.
* Terdapat lebih dari 20 jenis “bloodborne pathogens” yang boleh disebarkan melalui kecederaan diakibatkan jarum pencucuk.
Selain dari kecederaan akibat tidak kesengajaan, terdapat juga perilaku-perilaku jenayah awam seperti meletakkan jarum pencucuk ini di bangku penonton dalam panggung wayang, bangku penumpang dalam kenderaan awam, ruang baki syiling dalam kotak telefon awam berbayar, mesin pengagih minuman dan sebagainya.
Manakala seorang pegawai polis di Kuala Lumpur memberitahui saya, mereka yang menjalankan operasi pembasmian penagih-penagih dadah berisiko disuntik jarum pencucuk kerana penagih-penagih ini menggunakannya sebagai senjata.
Dalam pembacaan saya melalui internet, terdapat pelbagai jenis jarum pencucuk yang direka secara kejuruteraan untuk memastikan jarum-jarum pencucuk ini tidak boleh membahayakan kepada pengguna dan orang awam yang lain.
Langkah pengawalan kejuruteraan ini lebih baik jika dibandingkan kawalan pentadbiran secara prosedur, nasihat atau sebagainya. Pengamal-pengamal OSH sudah tentu lebih maklum langkah-langkah hirarki pengawalan risiko ini yang merupakan satu elemen dalam HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment dan Risk Control).
Seorang lagi pelajar saya dalam Cohort 4 (2008/2009) yang kebetulan bekerja di sebuah industrial peralatan perubatan ini di Pulau Pinang telah memberitahu saya satu berita yang penting. Syarikat berpengkalankan di Jerman itu telah mula mengeluarkan satu jenis model jarum pencucuk yang dilengkapi dengan satu “device” yang boleh mengunci hujung jarum pencucuk selepas ianya digunakan.
Saya tidak pasti sama ada “device” itu direka di Malaysia atau di Negara lain tetapi turut merasa bangga apabila melihatkan perkataan ‘Made in Malaysia’ pada pembalut jarum pencucuk ini.
Saya juga difahamkan beberapa buah hospital kerajaan di Malaysia telah mula menggunakan jarum pencucuk ini termasuk banyak hospital persendirian. Malangnya harganya jauh lebih mahal dari jarum pencucuk biasa. Mungkin jika kesemua pusat perubatan dan kesihatan ini diwajibkan menggunakan jarum pencucuk ini harganya boleh diturunkan dan membolehkan ramai pengguna mampu membelinya.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Tuesday, December 23, 2008
Apa itu Penyakit Chikungunya?
1. Apa itu Penyakit Chikungunya? Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.
4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.
5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
i. Demam panas mengejut
ii. Sakit teruk pada sendi
iii. Ruam pada badan
iv. Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.
7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.
8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
ii. Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
iii. Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


















