Wednesday, April 7, 2010

Tong Sampah berbumbung


Tong Sampah berbumbung

Jauh berjalan, luas pengalaman. Perpatah ini memang saya amat yakini kebenarannya. Cuma mata kita perlu cepat menghantar gambaran imej untuk otak berfikir selanjutnya.

Mulanya saya menyangka gambar di atas ialah gerai tolak yang disimpan pada waktu siang di mana hanya akan dibuka pada malam. Rupa-rupanya gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit ini adalah pondok mudah aleh (boleh aleh) untuk Tong Sampah. Gambar ini diambil di belakang
Restoran Manli di Miri. Kebetulan saya ke sana kerana dijemput menjamu selera dengan Sup Sapi.

Dengan adanya pondok berbumbung sebegini, sudah tentu air hujan tidak akan memasuki (dan membasahi/melembabkan) sisa-sisa buangan di dalam Tong Sampah ini. Pada masa yang sama, dinding pondok ini juga melindungi Tong Sampah dari pengelihatan ramai. Sekurang-kurangnya tiadalah pemandangan yang menjijikan.

Pihak berkuasa tempatan boleh jadikan pondok ini sebagai ikutan mereka.

Jauh berjalan, luas pengalaman. Ambil iktibar. Elok dijadikan teladan. Kurang atau tidak elok dijadikan sempadan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

1 comment:

lukmanw@gmail.com said...

Tong Sampah ini hampir sempurna dengan Pondok Berbumbung dan Berdinding tapi malangnya ada lagi pengguna yang tidak menghargainya.

Masih ada selonggok sampah (dalam beg plastik sampah hitam) yang hanya diletakkan di luar tong sampah dan bukannya di dalam tong sampah.

Ini mentaliti pengguna atau orang awam yang tidak menghargai kemudahan yang ada.

Lukmanw