Tuesday, October 20, 2015
Ketahui hak anda sebagai pengguna dan pelanggan.
Monday, July 1, 2013
OSH di Pasar Malam, Pasar Pagi dan Pasar Ramadan
Thursday, October 11, 2012
Jumpstart - cara yang betul dan selamat
Thursday, September 27, 2012
Syabas – delight service di Proton Edar 3S Juru
Tuesday, June 26, 2012
Sampah - PBT & penduduk perlu main peranan!

Sampah - PBT & penduduk perlu main peranan!
Berita lanjut di sini.
NOTA PENCATAT - tidak perlu hingga ke luar negara, sistem tong sampah bertutup di Miri umpamanya adalah contoh yang boleh diikuti. Rujuk di sini. Semoga pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Taiping salah satunya) mengambil iktibar dari artikel ini.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com
Thursday, May 3, 2012
Sunday, April 1, 2012
Papan tanda mesti tepat dan jelas

Papan tanda mesti tepat dan jelas
(Sudah 2 kali saya hantar email melalui portal jabatan dan terbaru saya buat aduan melalui Unit Aduan telefonist. Kedua-dua email tidak berbalas – tidak mesra pelanggan betul. Tidak pasti pula sejauh mana berkesannya unit Aduan telefonist ini. Kesemua aduan ini berkaitan Papan Tanda Pengguna Kerusi Roda yang silap di Zoo Taiping. Boleh rujuk posting di sini.)
Apa pula silap dan salah papan tanda di atas? Papan tanda ini ada terlekat di dinding lutsinar bersebelahan escalator berhadapan ruangan makanan di Pasaraya Jusco Bandar Perda.
Sekali pandang papan tanda ini seolah-olah bermaksud “Jangan Kentut”! Terutama ada 2 jalur di belakang punggung orang di dalam logo tersebut!
Saya tidak pernah sebelum ini terjumpa papan tanda Jangan Kentut atauoun larangan Jangan Kentut di mana-mana premis yang pernah dikunjungi. Tetapi semasa minggu orientasi ketika saya mengikuti Program PPJJ Ijazah Pertama Kejuruteraan Mekanikal saya di USM pada pertengahan 90an dahulu, kami diberi ingatan (secara lisan) mengenai larangan Jangan Kentut di dalam perpustakaan. Menariknya “kami” ketika itu termasuklah 3 pegawai DOSH (2 lelaki dan seorang perempuan) yang kini menjawat post senior di Putra Jaya, Kedah dan Kelantan.
Ketika saya mengambil gambar ini, seorang pengawal keselamatan menegur saya dan memaklumkan papan tanda tersebut bermaksud Jangan Duduk (atau bersandar) pada palang tepi esclalator tersebut.
Sepatutnya tidak perlu 2 jalur di belakang punggung orang di dalam logo tersebut. Ataupun selain dari logo (gambarajah) perlu juga ditulis dengan perkataan – JANGAN DUDUK ATAU BERSANDAR PADA PALANG INI.
Ada sesiapa pernah terjumpa papan tanda Jangan Kentut? Kalau ada sila maklumkan kepada saya. Saya pernah diminta oleh Majlis Daerah Kuala Kangsar untuk melukis logo DILARANG BERKELAKUAN SUMBANG / BERASMARA dengan syarat tidak begitu ketara kelakuan sumbang atau asmara ini. Boleh rujuk posting di sini.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Tuesday, March 6, 2012
Safety Alert kali ini – melabur dalam kasut dan tilam
Safety Alert kali ini – melabur dalam kasut dan tilam
Hari ini saya berpeluang menghadirkan diri di Seminar OSH UniMAP sempena Bulan OSH UniMAP 2012. Pembentang pertama seminar ini ialah Pengarah DOSH Pulau Pinang; En. Mohamad Anuar bin Embi. Manakala saya adalah pembentang ketiga mewakili NRG SHE dari lima pembentang kesemuanya.
Saya ingin berkongsi pesanan umum OSH yang disampaikan oleh En. Anuar. Beliau menyarankan agar kita semua melabur – berbelanja lebih dalam pembelian kasut (terutama kaum wanita) dan juga tilam (serta bantal) untuk kesihatan.
Kebiasaannya terutama kaum wanita akan berbelanja lebih untuk membeli pakaian. Begitu juga untuk keperluan peralatan rumah dengan ramai yang menitik-beratkan set sofa ataupun set dapur.
Sedangkan anggota kaki adalah tubuh badan yang paling bekerja keras untuk menampung dan membawa berat badan manusia. Begitu juga dengan kekerapan kita berada di atas tilam (ketika tidur) jika dibandingkan dengan kekerapan (masa) berada di atas set sofa ataupun berada di dapur.
Kasut yang sesuai dan sihat (healthy) terutama untuk kaum wanita banyak terdapat pasaran. Elakkan menggunakan kasut bertumit tinggi. Begitu juga dengan penggunaan tilam yang sesuai akan mengelakkan dari kesakitan tulang belakang. Malah ada kajian menunjukkan penggunaan bantal yang sesuai mampu menghilangkan atau mengurangkan masalah dengkuran.
Safety Alert kali ini – melaburlah (belilah) kasut dan tilam yang sesuai dan sihat.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com
Tuesday, October 4, 2011
Kesedaran hazad “loose wire”
Kesedaran hazad “loose wire”
Hujung minggu dua minggu lepas, kebetulan saya tiada apa-apa tugasan hujung minggu, saya bersama keluarga berkunjung ke Ipoh. Kebetulan ketika itu di Dataran MBI terdapat satu karnival dan antara acaranya ialah pertunjukan dan pertandingan kenderaan yang pasti menarik minat saya dan anak lelaki saya.
Semasa bergerak dari gerai ke gerai dan melangkahi padang, saya dapati jaliran-jaliran kabel punca kuasa elektrik dipasang kemas dalam perumah yang diperbuat dari bahan tahan lasak “chequer plate steel”.
Untuk makluman, antara punca kemalangan tertinggi setiap tahun di Malaysia yang dikenal pasti oleh SOCSO ialah “slip and fall”. Selain dari disebabkan kawasan licin (slippery area), terjatuh akibat berpunca dari “loose wire” juga antara penyumbang kepada kemalangan “slip and fall” ini.
Selain dari hazad “loose wire”, hazad elektrik juga berkaitan.
Untuk syarikat event management terutama outdoor, pendekatan sebegini amat digalakkan.
Apa pun peranan pihak berkuasa tempatan yang meluluskan permit juga perlu menitik-beratkan ciri-ciri keselamatan sebegini.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Friday, September 23, 2011
Panduan Penggunaan Kain Pengelap

Panduan Penggunaan Kain Pengelap.
Sebagai seorang pengguna lebuh raya yang membayar saban bulan tol di antara RM 400.00 hingga RM 500.00, saya boleh dianggap pengguna tegar. Saya memang bersyukur adanya Lebuh raya Plus yang banyak memudahkan saya membuat perjalanan sama ada memenuhi tuntutan kerja ataupun berlibur.
Walaupun ada posting-posting saya sebelum ini menegur Plus, saya rasa sebagai pengguna, saya berhak menegur untuk tujuan penambahbaikan.
Begitu pun juga ada pujian saya luahkan dengan hakikat iaitu yang benar katakan benar dan yang salah atau silap perlu dikatakan salah atau silap.
Syabas saya ingin ucapkan kepada Plus dengan pengenalan Panduan Penggunaan Tuala atau Kain Pengelap. Sememangnya tidak dinafikan banyak pengusaha kedai makanan mengambil mudah penggunaan Kain Pengelap. Ada yang “mempelbagaikan” kegunaan satu Kain Pengelap. Kain yang satu itulah digunakannya untuk mengelap tangan, pinggan malah meja!
Saya difahamkan panduan ini baru diperkenalkan tahun ini. Kain Pengelap Putih dikhaskan untuk mengelap tangan. Kain Pengelap warna Kuning untuk mengelap pinggan mangkuk sudu dan sebagainya. Manakala Kain Pengelap warna Biru pula untuk mengelap meja, kerusi, dapur, peti ais dan sebagainya.
Dengan penggunaan Kain Pengelap berwarna ini akan dapat menjaga hygiene dan kebersihan makanan serta peralatan yang berkaitan.
Ini langkah yang baik diperkenalkan oleh Plus tapi malangnya poster Panduan Penggunaan Kain Pengelap hanya kelihatan dipasang di dalam gerai R&R dan agak tersorok. Sepatutnya panduan sebegini perlu dihebahkan melalui poster-poster pemberitahuan yang lebih mudah dilihat oleh pengguna. Kalau perlu mungkin melalui kain sepanduk juga.
Saya juga tidak pasti sama ada warna-warna ini adalah seragam dengan mana-mana piawaian pengusaha makanan sedia ada sama ada di Malaysia ataupun luar negara. Apa pun ia nya amat bermanfaat jika diamalkan oleh semua pengusaha makanan yang ada. Pihak Berkuasa Tempatan seharusnya meneladani usaha Plus ini.
Beberapa hari lepas, saya berhenti di R&R Gurun sekitar jam 2 pagi. Saya tertarik dengan menu Pau Serat (whole meal) di sini. Saya mencuba dan ,mendapati ia lembut seperti pau yang sudah dikenali ramai. Menu atau makanan berasaskan serat dan kesihatan yang lain perlu diperbanyakkan untuk memastikan makanan yang seimbang diambil oleh pengguna.
Cuma yang menjadi kemusykilan saya, di R&R Gurun harga secawan Teh-O ialah RM 1.00 sahaja tetapi di Hentian Sebelah Alor Pangsu harganya ialah RM 1.30! Adakah kerana gerai di Alor Pongsu itu berbentuk kafe dan menyebabkan harganya lebih mahal!
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com


Saturday, August 6, 2011
Khemah Pasar Ramadhan Runtuh
Harian Metro 6-Ogos-2011
TAIPING: Seorang peniaga yang sibuk menyediakan hidangan murtabak tergamam apabila bumbung khemah yang menempatkan 12 gerai peniaga Pasar Ramadan Kamunting, di sini, tiba-tiba runtuh akibat dipukul angin kencang.
Kejadian itu menyebabkan mangsa, Habsah Mat Zain, 47, cedera di kepala akibat dihempap kipas dan besi khemah manakala peralatan perniagaannya rosak.
Mangsa berkata, ketika kejadian jam 3 petang kelmarin, dia sibuk berniaga sambil berbual dengan rakan niaganya berikutan kawasan itu belum dikunjungi ramai pelanggan.
“Ketika itu hujan lebat disusuli angin kencang melanda kawasan gerai kami. Saya terkejut apabila bumbung khemah tiba-tiba runtuh sebelum bucu kipas angin mengenai bahagian kiri kepala saya.
“Akibatnya saya terjatuh dan turut tersepit di celah besi khemah yang tumbang itu. Pada masa sama seorang lelaki segera membantu dengan menarik saya keluar dari bawah runtuhan itu,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Koperasi Usahawan Pasar Malam yang juga penyelaras pasar Ramadan berkenaan, Muhd Hasnol Kifli berkata, sebanyak 12 gerai perniagaan terjejas akibat kejadian itu.
Menurutnya, semua peniaga berkenaan dipindahkan ke khemah lain berhampiran kawasan berkenaan bagi membolehkan aktiviti perniagaan diteruskan.
“Saya bersyukur kerana tiada mangsa cedera parah atau kehilangan nyawa. Sebanyak 150 tapak disediakan kepada peniaga sepanjang Ramadan tahun ini,” katanya.
Thursday, August 4, 2011
Manfaatkan SMS ketika kecemasan

Manfaatkan SMS ketika kecemasan
Ini bukan idea saya dan juga bukan idea baru. Negara-negara maju telah lama mempraktikkannya. Dalam satu siri tv CSI, ditunjukkan pihak berkuasa membuat “sms blasting” gambar penjenayah kepada semua pemilik telefon bimbit penduduk New York.
Saya telah membuat posting berkaitan sebelum ini terutama setelah kerap menerima sms-sms iklan dari Hyper Market, syarikat nada deringan dan sebagainya. Mungkin saya ada mendaftar sebagai pengguna (ahli) di Hyper Market ini tapi tidak pernah berurusan dengan syarikat nada deringan dan lain-lain.
Rupa-rupanya “sms blasting” ini boleh dilakukan tanpa pengguna telefon bimbit mendaftar atau melanggan kecuali perkhidmatan berbayar.
Merdeka Center, sebuah badan bebas baru-baru telah menjalankan kajian selidik dengan satu kajian berkaitan penggunaan telefon bimbit, mendapati penduduk Malaysia sekarang ini ialah berjumlah 28.7 juta tetapi penggunaan telefon bimbit berjumlah 30.4 juta. Manakala akses kepada internet ialah 64.6 % dengan pengguna laman sosial Facebook ialah seramai 5 juta dan Twitter seramai 1.1 juta.
Patutlah banyaknya kewujudan syarikat periklanan melalui telefon bimbit. Malah saya difahamkan pencipta lagu yang sebelum ini terjejas pendapatan mereka kerana cetak rompak ada yang menjadi kaya raya dengan keuntungan muat-turun nada deringan lagu-lagu ciptaan mereka.
Perkembangan semasa ini sebenarnya boleh membantu masyarakat ketika kecemasan. Pihak berkuasa atau pihak bertanggungjawab perlu memanfaatkan penggunaan telefon bimbit ini melalui sms dan mms ketika kecemasan. Perkhidmatan ini boleh merangkumi hebahan ketika kecemasan atau bencana.
Begitu juga dengan penggunaan hebahan secara iklan di “side bar’ pada laman sosial Facebook dan Twitter sementelah sekarang ini ramai daripada kita yang tidak boleh berenggang dengan laman sosial ini. Penggunaan telefon bimbit pintar memudahkan lagi hebahan atau maklumat ini dicapai.
Perkhidmatan begini hendaklah diadakan secara percuma dengan kos ditanggung oleh syarikat perkhidmatan talian sendiri.
Bagaimanapun perlu adanya pihak tertentu (suruhanjaya komunikasi?) untuk memantau perkhidmatan sebegini untuk mengelakkan sebarang khabar angin yang tidak diingini.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Sunday, July 31, 2011
Ada kesedaran OSH di Pasar Ramadhan di Kamunting
Ada kesedaran OSH di Pasar Ramadhan di Kamunting
Rasa bangga apabila melihatkan khemah-khemah Pasar Ramadhan tahun ini di Kamunting (tapak letak kereta Medan Kamunting) dipasangkan lengkap dengan jerucuk ditanam (bolted) dan penggunaan bolt dan nut yang sesuai (tidak menjulur keluar).
Lebih membanggakan saya lagi apabila mengetahui khemah-khemah ini dipasang oleh syarikat Pak Harun (aruah) yang telah saya kenali sekian lamanya. Sekarang ini perniagaan aruah dikendalikan oleh kedua-dua anak lelakinya. Semasa saya bekerja di Silverstone Kamunting dahulu (1990-2004), sering juga saya berurusan dengan syarikat Pak Harun ini untuk penyewaan khemah bagi aktivit-aktiviti syarikat.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Tuesday, July 26, 2011
Kesedaran OSH belum ada di Ramadhan ini
Kesedaran OSH belum ada di Ramadhan ini
Sekarang ini di mana-manapun di ceruk pelusuk tanah air ini, khemah-khemah Bazar Ramadhan sedang pesat didirikan. Ianya seolah-olah membiak pantas bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Petang tadi kebetulan saya ada di Bertam, saya ternampak deretan khemah berhampiran rumah kedai di Bertam Perdana. Kesemuannya ada 80 khemah, menurut pekerja yang sedang membuat pendawaian sistem lampu dan soket kuasa.
Adakah pendawaian sistem lampu dan soket kuasa yang terdedah kepada luaran ini selamat digunakan ketika hari hujan? Selamat tiang-tiang khemah yang tidak ditanam pelapiknya jika dilanda angin kuat atau ribut? Jika diteliti pada tapak pelapiknya memang tersedia lubang untuk ditanam jerucuk (bolted). Kesemua penyambung tiangnya pula masih menggunakan paku atau dawai yang mencerucuk keluar yang boleh membahayakan pelanggan malah peniaga sendiri.
Selamatkah khemah bazar Ramadhan kali ini? Selamatkah peniaga dan pelanggan yang berada di khemah-khemah Bazar Ramadhan ini?
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Thursday, July 21, 2011
Tisu Tandas bukan tempatnya di atas meja makan

Tisu Tandas bukan tempatnya di atas meja makan
Ada 2 perkara yang amat saya kesali kalau makan di gerai. Pertama peniaganya meletakkan Tisu Tandas di atas meja makan sama ada dalam bekas khas ataupun segulung tanpa bekas. Kedua ialah peniaganya menggunakan satu tuala kecil (kain buruk?) untuk semua jenis kerja bermula dengan mengelap meja yang bersisa makanan kemudiannya tuala yang sama digunakan mengelap pinggan atau mangkuk (mengeringkan) dan seterusnya ada yang menggunakannya untuk mengelap peluh!
Perbuatan ini bukan sahaja tidak higen malah menjijikkan.
Hari ini akhbar melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam(MPKB-BRI) mengenakan kompaun RM 500.00 terhadap peniaga yang menggunakan Tisu Tandas ini untuk pelanggan mengelap tangan dan mulut akan dianggap melanggar peraturan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil Establishment Makanan.
Saya berharap langkah ini dicontohi dan dituruti oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.
Ingat, Tisu Tandas tempatnya di dalam tandas dan bukan di atas meja makan atau kaunter pembayaran.
Seterusnya PBT juga perlu memastikan penggunaan Tuala Kecil yang khusus untuk kerja-kerja mengelap meja, mengelap (mengeringkan) pinggan mangkuk dan kegunaan peribadi (mengelap peluh dan sebagainya).
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Bukan kecualikan tapi ketatkan lagi lesen perniagaan dengan ciri keselamatan dan kesihatan
Bukan kecualikan tapi ketatkan lagi lesen perniagaan dengan ciri keselamatan dan kesihatan
Tidak dinafikan ramai peniaga terutama “peniaga segera” yang berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang mengecualikan lesen perniagaan Bazar Ramadhan di tahun ini. Khabarnya akan melibatkan 5,000 peniaga dan akan memberi kesan pengurangan pendapatan 15 Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak RM800,000.00.
Secara peribadi, saya lebih suka menyambut Ramadhan dari menyambut Syawal. Bagaimanapun sebagai pengamal OSH kedatangan Ramadhan membimbangkan saya terhadap“perniagaan segera” Bazar Ramadhan ini.
Setiap tahun saya membuat beberapa posting mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan berkaitan dengan Bazar Ramadhan. Boleh rujuk di sini dan di sini.
Saranan ikhlas saya, Kerajaan Negeri Perak sepatutnya bukan mengecualikan bayaran (mungkin boleh mengenakan dengan bayaran minimum sebagai bayaran komitmen) tetapi mengetatkan lagi pengeluaran lesen ini terutama kepada mereka yang pertama kali atau tidak pernah berniaga sebelum ini.
Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga-peniaga ini ialah;
Dari segi keselamatan;
1. Tiang khemah hendaklah dikukuhkan dengan menanam cerucuk (bolted) pada pelapik tiang.
2. Pastikan tiada paku atau penyambung tiang yang tertonjol keluar dan membahayakan
3. Penggunaan peralatan elektrik (lampu dan kipas) mestilah menggunakan dawai elektrik mempunyai penebat khusus (heavy duty insulator) dan juga kotak suis kalis air.
3. Penggunaan peralatan memasak (dapur, kuali dan periuk) hendak disusun-atur bukan ditepi laluan pejalan pelanggan
Dari segi kesihatan;
1. Semua peniaga dan pembantu jualan yang terlibat (bukan pemegang lesen sahaja) mesti mendapatkan suntikan Typhim VI (typhoid)
2. Kebersihan diri seperti rambut, tangan dan kuku
3. Etika pakaian seperti penutup rambut dan apron
4. Penetapan tempoh masa penyediaan makanan bermasak – tidak boleh terlalu awal
5. Makanan terhidang bertutup dan mempunyai penyepit atau penyeduk khusus.
6. Tong sampah untuk sisa mestilah bertutup
Di atas hanyalah sebahagian saranan. Ada banyak lagi seperti yang telah dipraktikkan oleh kebanyakan PBT.
Jika ada peniaga yang enggan atau engkar syarat-syarat ini, tindakan yang berat perlu diambil oleh PBT.
Saya berharap di tahun ini dan tahun-tahun mendatang, tidak akan akan berulang lagi peristiwa 2 orang peniaga maut, seorang parah dan 18 orang lagi termasuk pelanggan cedera di tapak Bazar Ramadhan Stadium Jasin pada 14 Ogos 2010. Berita lanjut di sini.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Monday, July 4, 2011
Kami tidak mempunyai masa untuk check peralatan kereta

Kami tidak mempunyai masa untuk check peralatan kereta - adakah safety juga diabaikan?
Rujuk di sini.
Email yang saya terima –
My comments:
1) akhbar berbahasa cina dalah satu akhbar intelek dan berbentuk 'commercial prolific'. Setiap laporan mereka biasanya kalau menyentuh perihal perniagaan kdg-2 bersifat 'bias-in-action' di mana sejak bertahun-tahun persatuan peniaga kereta cina malaysia gagal mendapat hak pengedaran kereta proton secara agresif kerana proton masih memberi lebih hak pengedaran kepada pengedar tradisi dan anak-anak syarikat berkaitan bekas kakitangan hicom.
2) tujuan mereka mengangkat perodua sebagai contoh kerana mereka telah berjaya menguasai hak pengedaran majoriti kereta perodua setelah perodua secara rasmi ditukar hakmilik pegangan majoriti kepada UMW. Isunya mereka cuba membuat 'ploy' untuk melemahkan tanggapan komersial terhadap proton dan seterusnya mengwujudkan suasana tempahan rendah kpd kereta proton. Secara teori, savvy adalah model yg 100% kawalan mutu diaudit oleh TUV yg dibawa khas dari Jerman dan bukan ejen TUV cawangan Singapura atau Hong Kong bagi mendapatkan nilai permarkahan yg paling tinggi.
3) TUV audit kebiasaannya meliputi suasana ruang kerja termasuk alatan digunakan, keselamatan alat ganti kereta dan perkakasan alatan kerja. Setiap kereta yang mendapat pengiktirafan TUV adalah dikawal mutu secara berasingan dan melalui prosedur berbeza berbanding model kereta lain. Di sini masalah proton ialah kos pengeluaran yg tinggi untuk savvy dan kualitinya dan bukan kerana kualitinya yg rendah. Saya lebih mempercayai jaminan TUV dari Jerman kerana integriti mereka daripada laporan akhbar yg sedia malum dikawal oleh pihak usahawan dan pihak parti politik.
4) Tugas setiap kepala syarikat (CEO,COO,MD,OD,GM) adalah memastikan syarikat terus memacu penjanaan jualan yg maksimum dan mengurangkan segala beban kos terutama kos pada pulangan yg rendah. Di sini keputusan proton diambil kira secara ekonomi di mana amat tinggi risiko yg proton alami jika meneruskan pengeluaran savvy dengan kos yg membimbangkan. Teori 80/20 (pareto) juga menyokong dasar ini dan alihkan tumpuan dan fokus pada model yg berdaya saing dgn kos seimbang dengan pengeluaran skala tetap secara berterusan.
5) Jika benarpun pengeluaran savvy ditamatkan, bukan kerana isu atau masalah kualaiti dengan kereta ini tetapi kerana isu kos memastikan kualiti pengeluarannya tidak lagi relevan utuk mana-mana pengeluar kereta.
6) akhbar berbahasa cina ini sebaliknya menekan pihak pengurusan proton agar tuntutan mereka tahun demi tahun untuk menjadi kumpulan majoriti pengedar roton direalisasikan. Dulunya mereka juga menekan perodua dengan pelbagai isu hingga akhirnya apabila perodua jatuh ke tangan UMW yg mana sedia maklum pemilikan majoriti perseorangan adalah hak milik usahawan singapura. walaupun kini UMW telah menjadi syarikat berpaksi di malaysia, tetapi pengurusan peringkat kritikal adalah hak milik penuh individu pemiliknya. Walaupun secara wayang ada beberapa jawatan pengarah dan pengerusi anak syarikat diberikan kepada melayu tetapi melayu yg menduduki jawatan ini masih diperjawat spt amalan lazim iaitu atas kuota bumiputera dan bukan atas integriti dan kredibiliti.
7) Kajian sejarah automotif nasional juga pernah dilanda satu kontroversi di mana suatu ketika proton hampir pasti menjadi hak milik usahawan dari singapura semasa krisis pengurusan proton (awal 2000~2006). Masa itu Proton telah berunding dengan tiga pihak besar untuk proses penggabungan iaitu PSA Peugeot Citroen, VW dan Cherry. Masa itu saham majoriti proton sudah hampir pasti dimiliki oleh KJ melalui syarikat proksi dan rundingan jualan juga dilaporkan berlaku antara syarikat proksi ini dgn usahawan dr singapura. JIka ianya tidak diselamatkan masa itu, sudah pasti dua pengeluar kereta nasional sudah menjadi milik singapura dan paling merugikan ialah proton di mana ianya telah ditaja oleh wang kerajaan untuk bertahun-tahun tetapi hasilnya dikaut negara jiran.
8) semoga laporan akhbar berbahasa cina ini dinilai secara kritis dgn merujuk kepada fakta-fakta kes/isu perniagaan komersial. walaupun saya bukan pengguna proton dan bukan peminat kereta proton, saya masih lagi percaya laporan akhabr ini adalah berbaur 'marketing ploy' untuk mendesak proton agar mencapai cita-cita sesetengah pihak yg berniaga. Suatu masa dulu saya sendiri peminat savvy dan gagal memilikinya kerana ianya sedikit lewat dirasmikan dan kenarilah menjadi pilihan masa itu. Faktor saya memilih savvy sebagai kereta pada masa itu ialah kerana enjin yg dijana oleh renault dari model renault cleo adalah terbukti diitiraf sebagai enjin kompak terbaik eropah. renault cleo sendiri mendapat anugerah kereta kompak eropah paling efisien dari segi penggunaan tenaga. sistem gear dan kotak gear adalah teknologi porsche (sama spt teknologi terbina di renault cleo).
9) sebagai bukti, tanya mana-mana pemilik savvy sendiri, samada pernah atau tidak kereta savvy ini rosak hingga menelan belanja ribu-ribu? pernahkah savvy rosak tanpa diketahui punca kerosakan dan tersadai dibengkel berbulan- bulan?
10) akhir sekali PEUGEOT jug yg BEST!!!!
Jawapan saya kepada penghantar email di atas –
Assalam
Terima kasih atas pandangan tuan. Pada saya (ikhlas saya katakan) tak kan CEO Proton akan berkata sedemikian. Nampak sangat kurang cerdik beliau. Disebabkan itu tajuk posting/entry saya adakah dia melawak? Kalau bukan seperti yg dilaporkan dlm akhbar Cina tersebut - Proton perlu mengambil tindakan (menuntut) pembetulan (atau saman saja) dari akhbar tersebut.
Sedikit pembetulan - "mengangkat" Perodua bukanlah dilaporkan dlm akhbar Cina tersebut tetapi adalah pandangan peribadi saya yang juga pemilik kenderaan Perodua semenjak pertengahan 90an hingga kini - dari Kancil ke Myvi.
Apa yg saya bimbang adakah Proton juga tiada masa untuk memeriksaan peralatan keselamatan seperti brek dan sebagainya.
Apapun terima kasih atas penjelasan/pandangan yang diberi.
Saya adalah pengguna Proton dari pertengahan 90an iaitu Proton Wira 1.3 Sedan, Wira 1.3 Aeroback dan kini Pesona di samping Perodua.
Lukman














