Thursday, August 4, 2011

Manfaatkan SMS ketika kecemasan


Manfaatkan SMS ketika kecemasan

Ini bukan idea saya dan juga bukan idea baru. Negara-negara maju telah lama mempraktikkannya. Dalam satu siri tv CSI, ditunjukkan pihak berkuasa membuat “sms blasting” gambar penjenayah kepada semua pemilik telefon bimbit penduduk New York.

Saya telah membuat posting berkaitan sebelum ini terutama setelah kerap menerima sms-sms iklan dari Hyper Market, syarikat nada deringan dan sebagainya. Mungkin saya ada mendaftar sebagai pengguna (ahli) di Hyper Market ini tapi tidak pernah berurusan dengan syarikat nada deringan dan lain-lain.

Rupa-rupanya “sms blasting” ini boleh dilakukan tanpa pengguna telefon bimbit mendaftar atau melanggan kecuali perkhidmatan berbayar.

Merdeka Center, sebuah badan bebas baru-baru telah menjalankan kajian selidik dengan satu kajian berkaitan penggunaan telefon bimbit, mendapati penduduk Malaysia sekarang ini ialah berjumlah 28.7 juta tetapi penggunaan telefon bimbit berjumlah 30.4 juta. Manakala akses kepada internet ialah 64.6 % dengan pengguna laman sosial Facebook ialah seramai 5 juta dan Twitter seramai 1.1 juta.

Patutlah banyaknya kewujudan syarikat periklanan melalui telefon bimbit. Malah saya difahamkan pencipta lagu yang sebelum ini terjejas pendapatan mereka kerana cetak rompak ada yang menjadi kaya raya dengan keuntungan muat-turun nada deringan lagu-lagu ciptaan mereka.

Perkembangan semasa ini sebenarnya boleh membantu masyarakat ketika kecemasan. Pihak berkuasa atau pihak bertanggungjawab perlu memanfaatkan penggunaan telefon bimbit ini melalui sms dan mms ketika kecemasan. Perkhidmatan ini boleh merangkumi hebahan ketika kecemasan atau bencana.

Begitu juga dengan penggunaan hebahan secara iklan di “side bar’ pada laman sosial Facebook dan Twitter sementelah sekarang ini ramai daripada kita yang tidak boleh berenggang dengan laman sosial ini. Penggunaan telefon bimbit pintar memudahkan lagi hebahan atau maklumat ini dicapai.

Perkhidmatan begini hendaklah diadakan secara percuma dengan kos ditanggung oleh syarikat perkhidmatan talian sendiri.

Bagaimanapun perlu adanya pihak tertentu (suruhanjaya komunikasi?) untuk memantau perkhidmatan sebegini untuk mengelakkan sebarang khabar angin yang tidak diingini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: