Showing posts with label 5S. Show all posts
Showing posts with label 5S. Show all posts

Sunday, December 6, 2015

5S Housekeeping





5S Housekeeping

1. Seiri.Sisihkan yang mana perlu dan yang mana tidak perlu. 

2. Seiton. Susunkan mengikut keperluan. Aturkan untuk mudah ambik.

Case study 1. Rak pisau memang untuk penyimpanan pisau supaya mudah diambik semasa di masa. Tetapi bukan dibiarkan selama-lamanya di atas meja dapur. Ianya boleh dicapai oleh kanak-kanak. Malah lebih bahaya jika ada penceroboh di tengah malam yang terkejut.

Case study 2. Saya ada banyak kenderaan (2 kereta, 7 motor dan 7 basikal). Rak kunci saya sudah tidak muat kesemua kunci-kunci dan juga kunci spare. Bukan semua kenderaan ini diguna. Ada di antaranya hanya sekali-sekala. Saya asingkan kunci-kunci ini. Kunci kenderaan yang selalu diguna disangkut pada rak dan berlabel. Manakala kunci kenderaan yang jarang diguna (dan juga kunci spare) saya simpan di dalam laci ada tray buat sendiri dan berlabel.

Walk the talk!

Rujuk link ini dan ini untuk amalan laci-laci tray yang saya amalkan


Saturday, November 28, 2015

DIY Tray Kabinet







DIY Tray Kabinet

Berikan aku (i) kotak, (ii) pisau potong kertas, (iii) masking tape, (iv) maker, dan (v) pembaris. Gunting optional untuk touching.

Siap satu project DIY 5S. petang tadi. 40 minit.

Setiap kali masuk pejabat baru atau rumah baru, inilah yang dibuat dahulu. Tak payah beli Tray Ekea.

Malah rumah mak, mertua dan rumah sendiri, tray kabiner dabut untuk sudu garpu senduk dan  pisau juga home made DIY macam ini.

Pejabat baru mungkin sudah tiada tapi rumah baru belum tahu lagi!