Showing posts with label Hygiene. Show all posts
Showing posts with label Hygiene. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Wajarkah latihan air di PLKN ditamatkan?


Wajarkah latihan air di PLKN ditamatkan?

Seketika dahulu pernah ada usulan latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dihentikan akibat kemalangan pelatih yang lemas semasa mengikuti latihan air ini. Usul ini tidak berpanjangan dan difahamkan pihak pentadbir PLKN menambah baik latihan air ini dengan beberapa langkah keselamatan.

Tindakan “corrective action” oleh kerajaan yang membatalkan semua jenis latihan air di PLKN di seluruh negara susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus (Leptospira), mampu mengurangkan kebimbangan ibubapa dan penjaga kepada anak-anak mereka yang sedang dan bakal mengikuti PLKN ini.

Bagaimana pula dengan “preventive action” untuk mengelakkan terjadinya lagi jangkitan virus kencing tikus ini? Adakah kerajaan akan berterusan membatalkan semua jenis latihan ini? Timbul pula pertanyaan bagaimana dengan kes yang sama berlaku di pusat latihan pegawai polis di ibukota pada tahun lepas? Adakah selepas ini kesemua jenis latihan air yang membabitkan PLKN, badan beruniform dan malah anggota bersenjata (polis dan tentera?) juga dikecualikan dari latihan air? Jangan pula arahan ini meliputi latihan air kepada anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia!

Seperti dalam posting saya sebelum ini, punca penyakit akibat jangkitan virus kencing tikus ini perlu dikenalpasti. Jika ia berpunca dari kealpaan manusia terhadap kebersihan dan higen, maka pihak yang berwajib perlu membetulkan keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Corrective action” boleh diambil serta-merta tetapi “preventive action” perlu mengambil kira punca kemalangan, langkah-langkah pengenalpasti, penilaian dan pengawalan risiko.

Rundingan (consultation) dari pihak luar boleh membantu pihak pentadbir PLKN untuk menentukan “preventive action” ini. Malah saya pasti NIOSH sebagai juruaudit keselamatan kepada PLKN juga mampu memberi tunjukajar dan rundingan mereka.

Sebagai contoh jika lokasi latihan air di luar seperti sungai dan tasek dikenalpasti sebagai punca merebaknya jangkitan virus kencing tikus ini, mengapa tidak diadakan latihan air di lokasi dalaman (in house) seperti di kolam renang atau sebagainya. Sekarang ini banyak institusi pengajian awam dan swasta mempunyai kolam renang yang boleh disewa untuk latihan air sebegini. Malah di kem-kem PLKN yang berhampiran dengan lokasi taman-taman tema air yang banyak di Malaysia hari ini boleh menggunakan kemudahan di sana.

Janganlah kerana nyamuk, kelambu dibakar! Sesungguhnya latihan air adalah elemen yang penting untuk keselamatan seseorang itu. Dengan mengambil contoh diri saya sendiri yang tidak tahu berenang dan pernah hampir maut lemas akibat terjatuh di dalam sungai sekitar pertengahan 80an di kawasan perkelahan di Lebuhraya Timur Barat, kekurangan pengetahuan berenang ini amat terasa.

Semoga “preventive action” yang bakal diambil oleh pentadbir PLKN dalam isu latihan air ini tidaklah sehingga membatalkan terus sesi latihan air.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Sunday, April 1, 2012

Tempat buangan sampah- jangan ambil mudah


Tempat buangan sampah- jangan ambil mudah

Semalam, 30 Mac 2012, akhbar melaporkan semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.

Sudah beberapa kali berita yang hampir sama dilaporkan dengan kesemuanya dikaitkan dengan bakteria Leptospira ini. Lokasi penyakit ini adalah tempat bersumberkan air dan menjadi tumpuan ramai seperti kawasan lipur ataupun kawasan asrama.

Seorang Pegawai Persekitaran Majlis Daerah yang kebetulan pelajar program master saya semester lepas memaklumkan, antara punca merebaknya bakteria Leptospira ini adalah dari sikap manusia sendiri yang tidak memperdulikan kebersihan persekitaran terutama membabitkan pembuangan sisa-sisa makanan. Kebanyakan penghujung di kawasan lipur dan juga penghuni asrama akan membuang sisa-sisa makanan ini di merata tempat dan bukannya di tempat yang dikhaskan. Ini akan menyebabkan atau membantu pembiakan tikus, lalat dan binatang yang boleh membawa atau menyebarkan penyakit yang lain.

Amalan kebersihan atau higen berkaitan sampah ini memerlukan kerjasama dua belah pihak iaitu pihak berkuasa tempatan dan juga pengguna sendiri. Tidak guna sekiranya pihak berkuasa tempatan menyediakan pasarana yang terbaik untuk pembuangan sisa makanan atau sampah tetapi pengguna masih tidak menggunakannya.

Antara posting lama saya dalam blog ini ialah Tong Sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa Miri dan juga pentadbir Akademik Koreksional Malaysia, Langkawi.

Di tempat kerja saya sekarang ini di dua bangunan yang baru siap dibina, terdapat dua Perumah Tong Sampah. Kedua-dua Perumah Tong Sanpah ini lengkap dengan dinding dan berbumbung. Malah ianya juga mempunyai pintu roller shutter yang membolehkannnya ditutup pada waktu malam untuk mengelakkan binatang liar menyelongkar tong sampah. Turut dilengkapi dengan punca air untuk pembersihan.

Mungkin terdapat satu kekurangan iaitu Tong Sampah tiada penutup.

Perumah Tong Sampah sebegini amat sesuai untuk kawasan lipur, asrama ataupun kawasan perumahan seperti flet dan sebagainya.

Mungkin kosnya agak tinggi. Menurut seorang rakan kontraktor, kos untuk membina sebuah Perumah Tong Sampah ini adalah sekitar RM 10 – RM 15 Ribu bergantung pada bahan yang digunakan dan tidak termasuk kos pintu roller shutter yang berharga sekitar RM 1,500.00.

Apapun pengguna perlu manfaatkan kemudahan pasarana yang telah disediakan agar kesihatan semua terjamin.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com




Friday, September 23, 2011

Panduan Penggunaan Kain Pengelap


Panduan Penggunaan Kain Pengelap.

Sebagai seorang pengguna lebuh raya yang membayar saban bulan tol di antara RM 400.00 hingga RM 500.00, saya boleh dianggap pengguna tegar. Saya memang bersyukur adanya Lebuh raya Plus yang banyak memudahkan saya membuat perjalanan sama ada memenuhi tuntutan kerja ataupun berlibur.

Walaupun ada posting-posting saya sebelum ini menegur Plus, saya rasa sebagai pengguna, saya berhak menegur untuk tujuan penambahbaikan.

Begitu pun juga ada pujian saya luahkan dengan hakikat iaitu yang benar katakan benar dan yang salah atau silap perlu dikatakan salah atau silap.

Syabas saya ingin ucapkan kepada Plus dengan pengenalan Panduan Penggunaan Tuala atau Kain Pengelap. Sememangnya tidak dinafikan banyak pengusaha kedai makanan mengambil mudah penggunaan Kain Pengelap. Ada yang “mempelbagaikan” kegunaan satu Kain Pengelap. Kain yang satu itulah digunakannya untuk mengelap tangan, pinggan malah meja!

Saya difahamkan panduan ini baru diperkenalkan tahun ini. Kain Pengelap Putih dikhaskan untuk mengelap tangan. Kain Pengelap warna Kuning untuk mengelap pinggan mangkuk sudu dan sebagainya. Manakala Kain Pengelap warna Biru pula untuk mengelap meja, kerusi, dapur, peti ais dan sebagainya.

Dengan penggunaan Kain Pengelap berwarna ini akan dapat menjaga hygiene dan kebersihan makanan serta peralatan yang berkaitan.

Ini langkah yang baik diperkenalkan oleh Plus tapi malangnya poster Panduan Penggunaan Kain Pengelap hanya kelihatan dipasang di dalam gerai R&R dan agak tersorok. Sepatutnya panduan sebegini perlu dihebahkan melalui poster-poster pemberitahuan yang lebih mudah dilihat oleh pengguna. Kalau perlu mungkin melalui kain sepanduk juga.

Saya juga tidak pasti sama ada warna-warna ini adalah seragam dengan mana-mana piawaian pengusaha makanan sedia ada sama ada di Malaysia ataupun luar negara. Apa pun ia nya amat bermanfaat jika diamalkan oleh semua pengusaha makanan yang ada. Pihak Berkuasa Tempatan seharusnya meneladani usaha Plus ini.

Beberapa hari lepas, saya berhenti di R&R Gurun sekitar jam 2 pagi. Saya tertarik dengan menu Pau Serat (whole meal) di sini. Saya mencuba dan ,mendapati ia lembut seperti pau yang sudah dikenali ramai. Menu atau makanan berasaskan serat dan kesihatan yang lain perlu diperbanyakkan untuk memastikan makanan yang seimbang diambil oleh pengguna.

Cuma yang menjadi kemusykilan saya, di R&R Gurun harga secawan Teh-O ialah RM 1.00 sahaja tetapi di Hentian Sebelah Alor Pangsu harganya ialah RM 1.30! Adakah kerana gerai di Alor Pongsu itu berbentuk kafe dan menyebabkan harganya lebih mahal!

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com



Wednesday, April 7, 2010

Tong Sampah berbumbung


Tong Sampah berbumbung

Jauh berjalan, luas pengalaman. Perpatah ini memang saya amat yakini kebenarannya. Cuma mata kita perlu cepat menghantar gambaran imej untuk otak berfikir selanjutnya.

Mulanya saya menyangka gambar di atas ialah gerai tolak yang disimpan pada waktu siang di mana hanya akan dibuka pada malam. Rupa-rupanya gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit ini adalah pondok mudah aleh (boleh aleh) untuk Tong Sampah. Gambar ini diambil di belakang
Restoran Manli di Miri. Kebetulan saya ke sana kerana dijemput menjamu selera dengan Sup Sapi.

Dengan adanya pondok berbumbung sebegini, sudah tentu air hujan tidak akan memasuki (dan membasahi/melembabkan) sisa-sisa buangan di dalam Tong Sampah ini. Pada masa yang sama, dinding pondok ini juga melindungi Tong Sampah dari pengelihatan ramai. Sekurang-kurangnya tiadalah pemandangan yang menjijikan.

Pihak berkuasa tempatan boleh jadikan pondok ini sebagai ikutan mereka.

Jauh berjalan, luas pengalaman. Ambil iktibar. Elok dijadikan teladan. Kurang atau tidak elok dijadikan sempadan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Monday, March 23, 2009

Needlestic Crisis

Needlestic Crisis

Salah seorang pelajar saya, Msc. OSH Cohort 1 (tahun 2006/2007) yang juga seorang seorang Doktor Perubatan di Pusat Sains USM membuat kajian dan penyelidikan untuk disertasinya berkaitan dengan “needlestic crisis”.

Saya juga berminat untuk mendalami lebih lanjut krisis sebegini setelah mengetahui beberapa faktor berikut;

* Dilaporkan di Amerika Syarikat, dianggarkan setiap tahun 800,000 orang pekerja penjagaan kesihatan (health care) telah mengalami kemalangan tidak disengajakan yang membabitkan kecederaan penggunaan jarum pencucuk.

* Kecederaan diakibatkan jarum pencucuk ini memungkinkan mangsa terdedah kepada jangkitan HIV/AIDS, hepatitis B, hepatitis C dan pelbagai penyakit “bloodborne” yang lain.

* Terdapat lebih dari 20 jenis “bloodborne pathogens” yang boleh disebarkan melalui kecederaan diakibatkan jarum pencucuk.

Selain dari kecederaan akibat tidak kesengajaan, terdapat juga perilaku-perilaku jenayah awam seperti meletakkan jarum pencucuk ini di bangku penonton dalam panggung wayang, bangku penumpang dalam kenderaan awam, ruang baki syiling dalam kotak telefon awam berbayar, mesin pengagih minuman dan sebagainya.

Manakala seorang pegawai polis di Kuala Lumpur memberitahui saya, mereka yang menjalankan operasi pembasmian penagih-penagih dadah berisiko disuntik jarum pencucuk kerana penagih-penagih ini menggunakannya sebagai senjata.

Dalam pembacaan saya melalui internet, terdapat pelbagai jenis jarum pencucuk yang direka secara kejuruteraan untuk memastikan jarum-jarum pencucuk ini tidak boleh membahayakan kepada pengguna dan orang awam yang lain.

Langkah pengawalan kejuruteraan ini lebih baik jika dibandingkan kawalan pentadbiran secara prosedur, nasihat atau sebagainya. Pengamal-pengamal OSH sudah tentu lebih maklum langkah-langkah hirarki pengawalan risiko ini yang merupakan satu elemen dalam HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment dan Risk Control).

Seorang lagi pelajar saya dalam Cohort 4 (2008/2009) yang kebetulan bekerja di sebuah industrial peralatan perubatan ini di Pulau Pinang telah memberitahu saya satu berita yang penting. Syarikat berpengkalankan di Jerman itu telah mula mengeluarkan satu jenis model jarum pencucuk yang dilengkapi dengan satu “device” yang boleh mengunci hujung jarum pencucuk selepas ianya digunakan.

Saya tidak pasti sama ada “device” itu direka di Malaysia atau di Negara lain tetapi turut merasa bangga apabila melihatkan perkataan ‘Made in Malaysia’ pada pembalut jarum pencucuk ini.

Saya juga difahamkan beberapa buah hospital kerajaan di Malaysia telah mula menggunakan jarum pencucuk ini termasuk banyak hospital persendirian. Malangnya harganya jauh lebih mahal dari jarum pencucuk biasa. Mungkin jika kesemua pusat perubatan dan kesihatan ini diwajibkan menggunakan jarum pencucuk ini harganya boleh diturunkan dan membolehkan ramai pengguna mampu membelinya.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/



Klik pada gambar untuk saiz lebih besar

Wednesday, September 10, 2008

Terompah kayu, alternatif yang sesuai untuk ke bilik air?


Terompah kayu, alternatif yang sesuai untuk ke bilik air?

Minggu lepas saya ke klinik menemankan isteri yang kurang sihat. Kami ke Klinik Ananda di Kamunting. Dr. Ananda ini adalah orang lama dan agak terkenal di Taiping. Walaupun berbadan gempal, beliau senantiasa mengamalkan “exercise” dengan menaiki Bukit Larut hampir setiap petang.

Seperti biasa kami berbual kosong selepas dia memeriksa isteri saya. Entah bagaimana Dr. Ananda menyuarakan kebimbangannya terhadap amalan bilik air (bilik mandi dan tandas) di Malaysia ini yang sentiasa basah. Keadaan yang basah ini bukan sahaja bahaya dari segi keselamatan (safety) malah juga menyebabkan bahaya dari segi kesihatan dan hygiene.

Dr. Ananda memberi satu alternatif yang sesuai kalau keadaan basah ini tidak dapat dielakkan. Gunakan terompah kayu. Jangan guna selipar Jepun!

Ketinggian terompah itu sendiri sudah dapat mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan jumlah air dari terkenal kaki. Ini adalah untuk mengelakkan dari air yang tercemar terutama di dalam tandas.

Sifat semulajadi kayu itu sendiri yang lebih mudah menyerap air jika dibandingkan dengan sifat getah (getah campuran) pada selipar Jepun. Ini juga akan cirri-ciri hygiene.

Tapak kayu pula lebih berkesan “lekatannya” pada permukaan lantai yang licin jika dibandingkan dengan selipar Jepun.

Bagaimanapun terompah yang dipilih mestilan mempunyai saiz kelebaran dan juga pelapik atas yang sesuai. Agak sukar ketika ini untuk mendapatkan saiz terompah yang besar. Mungkin pengeluarnya juga hendak menjimatkan kos pembuatan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com

*Begitupun perlu dingat, bukan semua pengguna yang mampu menguasai langkah berjalan dengan menggunakan terompah ini. Mungkin ianya alternatif terbaik untuk kesihatan dan hygiene tetapi boleh mendatangkan masalah kepada keselamatan
.