Ingin berkongsi pentas dengan DUKE – keselamatan jalan
raya dan keselamatan bilik air
Dato Ustaz Kazim Elias pernah
dalam satu kuliahnya mengaitkan antara mungkin punca kemalangan kenderaan yang
banyak di Malaysia berpunca dari tiada lorong khusus setiap kenderaan yang
berbeza dan juga mungkin kerana aliran laluan di Malaysia adalah mengikut
putaran jam. Cuma DUKE tidak mengaitkan aliran jam ini dengan sains sukan dan
juga system saluran darah dan oksigen di dalam tubuh badan.
Malam tadi, DUKE dalam siri
popularnya di TV iaitu Kalau Dah Jodoh, mengingatkan para isteri (dan suami?)
memastikan kebersihan bilik mandi demi keselamatan. Cuma DUKE tidak
mengaitkannya dengan hygiene.
In sya Allah jika
berkesempatan.
(Sebenarnya saya dengan
DUKE adalah dari satu datuk)
Seperti yang selalu saya
berkongsi dengan pelajar dan peserta kursus saya, topic keselamatan jalan raya
dan keselamatan bilik mandi adalah antara topic yang begitu dekat saya. Dua
tempat ini adalah paling berhazard dan berisiko.
Bilik Mandi, saya elakkan
dari mengunakan Bilik Air kerana bila disebut “air” sudah tentu sifat semulajadi
adalah basah. Lantai Bilik Mandi mesti kering kecuali di bahagian mandian.
Selainnya di bahagian sinki, tandas dan sebagainya mestilah kering.
Disebabkan itu saya tidak
bersetuju dengan perkara nombor 5 dan 9 dalam posting yang bertajuk Kreatif Dengan
Sedekah di bawah. Perkara lain memang kreatif dalam sedekah, tetapi dua perkara
ini boleh memudaratkan.
Sesiapa yang pernah transit
di Lapangan Terbang Abu Dhabi mesti akan berpengalaman sama dimarahi atau
mendengar pekerja pencuci tandas lapangan terbang ini memarahi warga Malaysia
yang membasahkan lantai tandas! Menariknya (menurut pekerja Bangla ini) hanya
warga Malaysia sahaja yang suka membasahi lantai tandas.
Lantai yang basah
memudaratkan dari segi licin dan juga dari segi hygiene kerana mudah kotor dan
lembab. Boleh rujuk keterangan lanjut dalam blog saya.
Saranan saya cuba elakkan
dari membasahi lantai tandas. Anda bukan sedekah (dengan kreatif) tetapi boleh
memudaratkan pengguna tandas yang lain kalau tergelincir jatuh.
Perkara nombor 9 memang
kreatif malah masjid dan surau di Aceh telah lama mengamalkan susunan selipar
dan kasut penghujung.
Mohon saya jangan dicuba
untuk menyusun selipar dan kasut orang lain ini di masjid dan di surau di
Malaysia. Amalan baik anda itu akan menyusahkan pengguna lain untuk mencari dan
mendapatkan selipar dan kasut mereka selepas selesai solat.
Sepatutnya pengunjung masjid
dan surau ini menyusun sendiri selipar dan kasut mereka sebelum memasuki surau
atau masjid.
Kreatif memang kreatif dalam
bersedekah tetapi jangan sampai memudaratkan dan menyusahkan orang lain.
KREATIF DENGAN SEDEKAH:
1. Beli minyak wangi, tasbih,
sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya
atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.
2. Belilah beberapa buah kerusi
lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan
orang yang memerlukannya.
3. Beli makanan khas untuk
burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan
gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau
riang tanda bersyukur.
4. Setiap kali gaji keluar
sediakan peruntukan khas untuk disumbangkan sedikit kepada anak yatim atau
fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari
Jumaat nanti.
5. Maaf... sambil anda duduk
mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil
hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.
6. Lepas makan, basuh pinggan
sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak dibasuh oleh roommate
ke, housemate ke, rakan sekerja kita ke, basuhkan sajalah tanpa banyak
merungut.
7. Berhenti di simpang yang
tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di
sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk
memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau
tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...
8. Sambil duduk-duduk di atas
karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah
sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan
seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong
sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.
9. Susun selipar atau kasut
orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya
memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti
selalu.
10. Sebarkan tazkirah ini
seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link
padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain
begitulah seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat
saham akhiratnya.
SIMPULAN...
Oleh itu, perbanyakkanlah
sedekah dan berilah pinjaman kepada yang berhajat kerana di dalamnya pasti
terdapat pelbagai hikmahnya.
Wallahu A'lam.
Panjang-panjangkan pada sahabat
lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazakumullahu khairanjaza’.
Doakan istiqamah serta Sehat wal
Afiat.
Wassalam
No comments:
Post a Comment