Papantanda untuk haiwan?
Minggu-minggu pertama lagi, semasa saya mula bekerja di UUM (9 tahun lalu), saya akan memperlahankan kereta sejurus melepasi pintu utama masuk.
Di laluan ini, di sebelah kanan adalah kawasan hutan dan di sebelah kiri adalah kolam yang menjadi tumpuan haiwan hutan terutama monyet melintas untuk minum dan kembali semula ke hutan.
Di laluan ini kerap kali saya terserempak bangkai monyet yang mati dilanggar kenderaan.
Di laluan ini juga saya pernah menyaksikan satu kejadian di mana banyak monyet-monyet besar dan kecil, tua dan muda, yang berdiri di sebelah kanan laluan merenung sayu kepada bangkai seekor monyet yang terkedang mati di atas jalan,
Saya pernah menghubungi pejabat keselamatan UUM dan mencadangkan agar di laluan ini dipasangkan signboard berkenaan haiwan yang kerap melintas ini.
Terkejut saya apabila pegawai yang menjawab telefon secara sinis respons kepada saya - Cik,, monyet ni tak tahu baca signboard! Saya tak pasti sama ada respons itu sekadar jenaka ataupun serius!
Saya tanya dia balik - kalau begitu gajah di Grik dan Banding tahulah membaca macam di Kanggaro di Australia. Sia-sia saja monyet di UUM tidak tahu membaca!
Signboard yang diperlukan bukanlah untuk monyet atau haiwan-haiwan hutan lain yang telah diganggu alamnya oleh manusia. Signboard adalah untuk manusia yang memandu kenderaan melalui laluan semulajadi haiwan-haiwan ini.
Sudah tentu tidak practicable untuk membina jejantas khas untuk haiwan-haiwan ini. Memandailah sekadar signboard untuk manusia agar lebih menghormati haiwan-haiwan ini dan alam mereka.
Adakah UUM telah memasang signboard ini?
No comments:
Post a Comment