Emak
tak tahu pasai Pisang Berangan
Semenjak
kecil emak mengalakkan kami adik beradik makan Pisang Berangan (Cavendish
Banana). Khabarnya itu amalan tok-nenek kami walaupun Pisang Mas lebih sedap
(manis), banyak dan mudah didapati di sekeliling rumah.
Semalam
emak bagi lagi Pisang Berangan. Kata emak, Pisang Berangan berbintik hitam dengan
kulit agak kasar ini adalah pisang kampung. Pisang Berangan yang kulit licin
kekuningan itu pisang bandar.
Kata
emak lagi, Pisang Berangan Kampung masak di pokok. Bukan macam Pisang Berangan
Bandar yang diperam dengan Belerang atau Karbaid (Calcium carbide). Emak kata
bukan tak boleh peram tapi tok-nenek dulu peram guna Daun Tepus dan Daun
Lalang.
Kata
emak lagi, Pisang Berangan Kampung ada terasa kelat sikit. Kelat ini ubat kata
emak. Tak macam manis Pisang Mas yang boleh menyebabkan Kencing Manis.
Sebenarnya
emak tak tahu pasai Pisang Berangan ini.
Emak
tak tahu Pisang Berangan adalah pisang terbaik di dunia. Mana ada orang buat
Ais Krim Banana Split guna Pisang Emas.
Emak
tak tahu sebenarnya dahulu (sebelum tahun 1950), pisang terbaik dunia ialah
Pisang Gros Michel atau Big Mike tetapi musnah sepenuhnya kerana Disease Panama.
Kemudian Pisang Berangan naik tahta jadi pisang terbaik dunia.
Emak
tak tahu sekarang Pisang Berangan menguasai pasaran pisang sedunia lebih 50 %.
Emak
tak tahu Karbaid (Calcium carbide) ini adalah sulfur yang digunakan untuk
menghasilkan Gas Acetylene, iaitu gas welding. Tapi emak tahu sifatnya yang
panas dan menghakis (corrosive?).
Emak
tak tahu Pisang Emas Bandar ini tidak lagi diperam dengan Karbaid tetapi proses
melanjut hayatnya bermula sebaik sahaja dipetik muda. Pisang Berangan tidak
akan masak jika dipetik muda. Pisang Berangan muda ini kemudiannya “digaskan”
dengan Gas Ethyelene untuk masak.
Emak
tak tahu kalau nak beli Pisang Berangan Bandar ini jangan beli yang berlabel
PLU 4011 atau PLU 4186 tapi belilah PLU 9401. PLU ini adalah Price look-up
codes atau Produce Label Code.
PLU
9401 adalah Pisang Berangan Organik. Organik inipun ada macam-macam mazhab.
Hendak tahu pasai organic boleh lawat FB Mat Saman Kati. Sekarang dia tengah
bagi tazkirah pasal organic ini.
Sebenarnya
emak tak tahu pasai Pisang Berangan ini tapi emak pastikan anak-anak emak makan
makanan yang baik dan sihat.
Terima
kasih emak.
No comments:
Post a Comment