Wednesday, September 16, 2015

Lens Lampu sudah, kini Wiper pula

 








Lens Lampu sudah, kini Wiper pula

Semalam saya hantar kereta Myvi kedai aksesori untuk mengilat lens lampu hadapan. Hari ini saya tukar Wiper untuk kereta Myvi (cermin depan dan belakang) dan Pesona saya.

Berikut adalah posting saya berkenaan Wiper. Rujuk link di sini.

Bagaimana dengan penggunaan Cecair Memerangkap Hujan?

Penggunaan cecair ini sebenarnya sangat bagus kerana ia berupaya memerangkap titisan hujan pada cermin kereta menjadi butiran terutama sewaktu hujan lebat.

Cuma cecair ini bertindakbalas dengan getah atau silicon bilah pengesat cermin. Ini menyebabkan bilah ini pendek hayatnya. Bilah akan mudah menjadi keras.

Seperti yang saya selalu maklumkan, setakat ini tiada lagi sesuatu produk yang memliki semua ciri-ciri yang terbaik. Mesti ada kelebihan dan pada masa yang sama ada kelemahannya.

Wiper atau cermin?

Saya mula masuk off-road penghujung 80an dan seterusnya awal 90an saya sudah mula menjelajah Negara-negara Asia bermula dengan Thailand sehinggalah ke China. Kerjaya sampingan saya ini bermula dengan pekerja am yang melakukan apa saja pekerjaan yang disuruh seperti mengangkat barang, jaga parking, pembantu mekanik sehinggalah mengejutkan peserta pada awal pagi.

Oleh kerana saya suka bekerja dengan engine, saya selalu ditempatkan atau memohon untuk bertugas sebagai pembantu mekanik ataupun bahagian pemeriksaan (scrutineering). Kerjaya saya sebagai pemeriksa kenderaan ini selama lebih dari 10 tahun membolehkan saya dilantik sebagai Chief Scrutineering untuk Kejohanan International 4x4 Asian Rally Malaysia – China bermula dari tahun 2000 hinggalah beberapa tahun seterusnya.

Mulanya (semasa penghujung 80an tersebut) saya agak kehairanan kenapa peserta-peserta rally off-road ini (terutama peserta dari luar negara) membawa bilah pengesat cermin kereta (wiper) dengan jumlah yang banyak di samping alatan-alatan wajib yang lain seperti jump-cable, temporary front screen shield, bulb, dan lain-lain.

Menjadi kebiasaan peserta-peserta rally ini terutama selepas meredah laluan yang berlumpur akan mengantikan bilah wiper mereka. Jika mereka menggunakan wiper silicon yang berharga lebih RM 100 sebilah (sebagai contoh jenama NWB – Nippon Wiper Blade), sekurang-kurangnya mereka akan mengesat permukaan bilah wiper yang menyentuh cermin kereta selepas meredah kawasan berselut.

(Setiap kali kita mencuci kereta atau menghantar kereta untuk dicuci, adakah bilah wiper ini turut dicuci?)

Apabila ditanya amalan ini, mereka menjawab; yang mana lebih murah? Wiper atau cermin kereta? (sama juga dengan amalan kerap menggunakan brek dan kurangkan menggunakan clutch)

Jawab mereka lagi; harga Wiper jauh lebih murah dari harga cermin kereta. Wiper yang bersalut dengan selut dan berpasir sama seperti kertas pasir yang boleh mencalarkan permukaan cermin apabila digunakan.

(Wira saya pernah pecah cermin hadapan dan kos pengantiannya sekitar RM 300.00. Kemudiannya Atos saya pula pecah cermin hadapannya dan kos pengantiannya sekitar RM 700.00! Saya difahamkan model Hyudai dan KIA yang lebih besar CC lagi mahal cermin hadapannya. Malah lebih mahal dari cermin kereta Mercedes!)

Bagaimana dengan amalan menggunakan cecair pembasuh cermin? Cecair ini mampu memerangkap titisan air hujan dan menukar bentuk hablur. Ada di antaranya sehingga tidak perlu menggunakan wiper ketika hujan.

Biasanya penggunaan cecair ini tidak member kesan kepada permukaan cermin. Tetapi saya difahamkan cecair ini boleh bertindakbalas dengan getah atau silicon bilah wiper dan menyebabkan ianya menjadi cepat keras.

Apapun, lesson learn yang saya amat hargai semasa menyertai rally off-road ini ialah saya akan kerap membersihkan bilah wiper dengan hanya mengesatnya menggunakan tisu basah. Saya juga menggunakan wiper dari jenis silicon walaupun agak mahal sekitar RM 60.00 ke atas tetapi berbaloi menggunakannya dan ada yang sampai setahun tempoh penggunaannya.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/


No comments: