Bukan PPE tapi re-branding ke UNIFORM
Sebagai pengamal OSH, saya yakin semua pengamal atau pelajar
OSH yang lain bersetuju PPE adalah “last resort” atau “last level of protection”.
Saya yakin semua yang terlibat dalam OSH ini bersetuju PPE adalah hiraki yang paling akhir dalam HIERARCHY OF CONTROL selepas lima lagi
hiraki iaitu; Elimination, Substitution, Isolation, Engineering Control dan Administrative
Control.
Kalau begitu
mengapa (terutama di industri consruction), dua jenis PPE iaitu Safety Helmet
dan Safety Boot ini diberi pada hari pertama bekerja, malah jam pertama semasa
pekerja melapor diri?
Tidakkah
bertentangan apa yang dipelajari selama ini? Adakah salah ilmu yang diajar atau
salah guru yang mengajar?
PENYELESAIAN
Tiada jalan lain, dua jenis PPE ini iaitu Safety Helmet dan Safety Boot mestilah tidak lagi
dikenali sebagai PPE. Ianya kena re-branding sebagai UNIFORM.
Uniform seperti
pakaian lain seperti baju, seluar, overall dan jacket. Malah di dalam
tenterapun, topi besi dan kasut askar dikenali sebagai uniform dan bukannya
PPE.
Uniform memang
menjadi lumrah diedarkan seawal mungkin. Tetapi bukan PPE. Kerana PPE adalah “last
resort” atau “last level of protection”.
Mungkin ada yang memandang remeh soal re-branding ini. Tetapi
inilah caranya supaya apa yang dipelajari boleh diamalkan. Bukannya hanya
dipelajari untuk lulus exam.
Akhir sekali uniform ini pula perlulah juga di-value-added-kan
dengan mengikut trend semasa. Dengan menggunakan material yang sesuai dan pewarna
(warna-warni) yang sesuai, sudah tentu tidak timbul soal kemungkinan ada hazard
lain.
Semoga dipermudahkan-Nya untuk kursus berkaitan esok di UTP
Tronoh. Pada masa yang sama, kepada saya - sirih pulang ke gagang.
1 comment:
Salam tuan,
Blog yg manfaat..
terutamanya untuk student seperti saya ..
terima kasih
Post a Comment