Angin tayar keluar melalui “Bead Seat”
Bermula Khamis lepas, saya sedari angin tayar belakang kiri Myvi
saya agak berkurang. Saya memeriksa tekanan angin dan mendapatinya kurang
sekitar 3 PSI.
Saya mengisi semula tetapi keesokan harinya berkurangan
sekitar 3 PSI lagi. Saya memeriksa keseluruhan tayar tetapi tiada tanda-tanda
kebocoran.
Pagi ini saya bawa Myvi tersebut ke kedai tayar. Pemeriksaan
lebih teliti dengan menengelamkannya dalam takungan air juga tidak menunjukkan
tanda-tanda kebocoran. Tidak ada tanda-tanda gelembung angin yang keluar dari
tayar.
Saya mendesak mekanik agar merendamnya lebih lama.
Tepat jangkaan saya. Ada ternampak sebiji-dua gelembung
udara yang keluar dari tepi rim.
Saya hanya berdoa agar hanya ada bahan asing (foreign
material) di celah rim (bead seat) dan bukannya rim bengkok.
Saya minta mekanik membuka tayar dan membersihkan bead seat
.
Selepas dibersihkan bead seat dan dimasukkan angin, tayar
diuji semula dalam takungan air. Kali ini memang tiada lagi gelembung udara.
Sekiranya anda mengalami situasi yang sama, ada tanda-tanda angin
keluar tapi tiada kesan bocor, minta mekanik bersihkan bead seat, In sya Allah angin
tidak meresap keluar lagi melalui rim.
Tetapi kalau angin masih keluar melalui rim, bersedialah dengan
wang secukupnya untuk mengantikan rim baru.
No comments:
Post a Comment