Bayangan maut di mana-mana
Posting ini susulan posting sebelum ini di sini.
Car lifter ada pelbagai jenis yang terdiri dari 4 tiang
penaik, 2 tiang penaik, 1 tiang penaik ataupun scissor type. Kalau merujuk
manual mana-mana pengeluar car lifter ini adalah jelas menyatakan kenderaan
tidak boleh dibiarkan di atas car lifter dengan keadaan terangkat dari paras
lantai kecuali smasa tujuan pemeriksaan atau pembaikan/penyenggaraan.
Bagaimanapun boleh dikatakan ramai penguasa atau mekanik
kenderaan ini membiarkan kenderaan berada di atas car lifter walaupun bukan
bertujuan untuk pemeriksaan dan penyenggaraan.
Malah ramai di antara mereka membiarkannya semalaman.
Saya pernah bertanya kepada beberapa penguasa bengkel dan
mekanik yang membiarkan kenderaan di atas car lifter semalaman. Jawab mereka
mudah sahaja; semua orang buat macam itu! Sebenarnya gambar yang tertera dalam catalog
penjualan car lifter ini untuk menunjukkan bagaimana car lifter itu berfungsi
tetapi dalam manual pengeluar dengan menjelas menyatakan kenderaan tidak boleh dibiarkan di atas car
lifter dengan keadaan terangkat dari paras lantai kecuali smasa tujuan
pemeriksaan atau pembaikan/penyenggaraan.
Gambar di bawah saya rakam-curi di sebuah bengkel membaiki
kenderaan yang saya pasti kereta di atas car lifter dibiarkan lebih dari 24
jam.
No comments:
Post a Comment