Politik dengan OSH
Ada kenalan sesama pengamal OSH (practitioner) yang tidak suka (marah-marah?) jika isu politik “disemarakkan”
dalam atau semasa membincangkan
OSH. Ada juga kebenarannya sama ada
secara lamgsung atau tidak secara langsung.
Sebagai seorang pengamal OSH, saya berkeyakinan sebarang pekerjaan
(occupational – measang bendera, dll) yang membabitkan dengan politik perlulah
mengikut OSH. Isu-isu yang digunakan semasa berkempen mungkin tiada berkaitan
dengan OSH. Malah saya setakat ini tidak pernah terdengar mana-mana parti
politik yang memperjuangkan isu-isu OSH sama ada dalam manifesto ataupun
sebagainya. Tertunggu-tunggu juga manifesto atau janji-janji dari mana-mana
parti poltik seperti menghapuskan (setidak-tidaknya mengurangkan lagi) cukai
peralatan PPE, peralatan keselamatan menunggang (helmet, glove, riding suit dan
lain-lain), insentif dan/atau potongan cukai kepada organisasi yang memasang
dan mengadakan peralatan keselamatan, dan sebagainya. Ataupun perlu tunggu
sehingga ada pengamal OSH yang turut bertanding dalam PRU!
Minggu lepas saya membuat posting berkaitan keselamatan
yang perlu diambilkira semasa memasang bendera dan sepanduk. Malah posting ini
acapkali saya ulang semenjak PRU12 pada tahun 2008 lagi.
Terbaru, seorang kenalan saya yang juga aktivis politik
telah membuat posting dalam blognya berkaitan dengan pemasang-pemasang bendera
sebuah politik yang berpakaian lengkap dengan vest keselamatan semasa memasang
bendera seperti di dalam gambar di atas.
Syabas saya ucapkan kepada mereka ini. Masih ada “room
for improvement” untuk kerja-kerja di waktu malam ini. Saya tidak nampak
segitiga keselamatan dipasang ataupun lampu keselamatan (ala pedang starwars)
digunakan dalam gambar itu. Selain alat perlindungan peribadi pada tubuh badan
pekerja, alat perlindungan lain (alatan amaran kepada pengguna jalan raya lain)
dan sebagainya juga perlu.
http://oshthejourney.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment