Gejala gangsterism di sekolah dan ilmu menyelamatkan diri
Dalam posting sebelum ini saya ada menyentuh mengenai Hazard Psychosocial. Anatara catatan saya
ialah; banyak buku OSH (termasuk Training Manual for
Safety & Health Officer Certificate Programme Module) dan juga rujukan OSH termasuklah Jadual 15, NADOPOD
mengklasifikasikan hazard kepada lima jenis iaitu Hazard Fizikal, Hazard Kimia,
Hazard Biologi, Hazard Ergonomik dan Hazard Psychosocial. International Labour
Organization (ILO, 1986) mendefininasikan Hazard Psychosocial sebagai intraksi
antara unsur pekerjaan, kerja organisasi dan pengurusan, dan keadaan
persekitaran serta organisasi. Manakala Cox & Griffiths (2005) memberi definasi
lebih mudah sebagai aspek-aspek rekabentuk dan pengurusan kerja, unsur-unsur
sosial dan organisasi yang berpontensi menyebabkan kemudaratan psychological
dan fizikal.Antara yang sering dirujuk sebagai Hazard Psychosocial ialah
tekanan kerja (stress), masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah (drug
abuse), minuman keras (alcohol), keganasan tempat kerja (workplace violence),
vandalism, bullying, gangsterism, sexual harassment, lesbian, gay, bisexual,
and transgender (LGBT).dan perlakuan jenayah, masalah emosi seperti motivasi
(hilang arah tujuan), takut gagal, pemberhentian/pembuangan kerja dan
sebagainya.
DOSH sendiri telah
mengeluarkan Panduan Bagi Pencegahan Tekanan Dan Keganasan Di Tempat Kerja yang boleh
dimuat-turun di sini.
Dalam mnggu ini orang ramai dikejutkan dengan paparan di Youtube
berkaitan seorang pelajar dibelasah rakan sekolah di dalam kelas. Kejadian di Sekolah Menengah Seberang Jaya disebabkan
mangsa yang juga ketua tingkatan bercadang untuk membuat laporan mengenai
pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri telah
mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit. Rujuk keratin akhbar Kosmo di
bawah.
Selain dari isu Hazard Psychosocial, saya juga pernah membuat
posting mengenai ilmu menyelamatkan diri. Kalau kita saksikan paparan di
Youtube tersebut mangsa tidak respons atau bertindakbalas terhadap serangan
dari beberapa pelajar lain. Bagaimanapun secara tindakbalas semulajadi, mangsa
melindungi dirinya dengan (i) membelakangkan tubuh badannya, (ii) menutup
bahagian muka dan kepala serta (iii) berada di penjuru dinding.
Tindakbalas semulajadi
ini sebenarnya berupaya melindungi mangsa dari tercedera lebih parah. Dengan
membelakangkan tubuh badannya, mangsa melindungi bahagian depan tubuhnya yang
lebih mudah tercedera. Begitu juga dengan melindungi dua bahagian tubuh yang penting
iaitu muka dan kepala. Manakala berada di penjuru dinding pula walaupun seolah-olah
mangsa terperangkap di situ, penyerang juga tidak banyak peluang untuk memilih
sasaran.
Dalam senario begini,
tindakan yang sewajarnya bukanlah berlawan untuk membela diri. Langkah yang
terbaik selain dari melarikan diri dari tempat kejadian ialah menyelamatkan
diri agar tidak tercedera dengan lebih teruk.
Boleh rujuk posting saya sebelum ini berkaitan ilmu menyelamatkan diri di sini.
Apapun saya malah pastinya
orang ramai yang lain terutama ibubapa mengharapkan tindakan pihak bertanggungjawab
menangani isu ini akan menjadi teladan dan sempadan kepada semua pelajar.
http://oshthejourney.blogspot.com/
Tiga pelajar dibuang sekolah kerana belasah pelajar lain
KOSMO 10/04/2013 6:44pm
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Ahmad Tarmizi
Kamaruddin berkata, tiga pelajar terbabit dikatakan berang dengan tindakan
mangsa yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada guru kerana
mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.
Katanya dalam kejadian pada 4 Mac lepas, tiga
pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain dan
membelasah mangsa di sekolah.
Kejadian itu dirakam dan tersebar luas dalam
laman Youtube sejak beberapa hari lepas dan mendapat komen negatif daripada
orang ramai.
"Susulan kejadian itu pihak pengurusan
sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah menjalankan
siasatan serta membuat keputusan membuang tiga pelajar terbabit sejak 8 Mac
lepas kerana melanggar peraturan sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini
hari ini.
Bagaimanapun, katanya, pelajar berkenaan masih
diberi peluang merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan mereka perlu
melalui beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum diterima
meneruskan semula persekolahan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata polis tidak menerima sebarang laporan
berkaitan kejadian terbabit.
Bagaimanapun, beliau
mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian
itu menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh. - Bernama
No comments:
Post a Comment