Monday, March 31, 2008

Fortfolio OSH, Persekitaran, Respons Kecemasan dan Pengurusan Bencana


Fortfolio OSH, Persekitaran, Respons Kecemasan dan Pengurusan Bencana

Siratan ini tidak bermotifkan politik, sekadar mengaitkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dengan hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaaan (OSH) serta persekitaran.

Melihatkan portfolio exco baru, tertanya juga adakah portfolio Keselamatan yang dipertanggungjawab sendiri oleh Menteri Besar Negeri Perak adalah fortfolio “Safety” ataupun “Security”. Kedua-dua ini kalau diterjemahkan masih lagi sama iaitu; keselamatan.

Kemungkinan besar juga ianya forfolio “Safety” kerana saya difahamkan Menteri Besar Negeri Perak ini bukan sahaja jurutera yang berdaftar (Ir.) malah seorang yang kompeten dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Negeri Perak (DOSH).

Porfolio Kesihatan dan Alam Sekitar yang disandang oleh A. Sivanesan, ADUN Sungkai sudah pasti menjurus kepada “Health” dan “Environment”.

Semoga hal-hal keselamatan, kesihatan pekerjaan, persekitaran, respons kecemasan, pengurusan bencana dan sebagainya ini menjadi keutamaan kepada semua kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Bernama
31-Mac-2008

Bernama petang ini melaporkan bahawa pejabat Menteri Besar Perak hari ini mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco kerajaan campuran negeri yang mengangkat sumpah jawatan Sabtu lepas dan portfolio yang dipegang Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin. Menteri Besar bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.

Senarai portfolio bagi 10 anggota Exco yang terdiri daripada enam anggota Dewan Undangan Negeri dari DAP, tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang wakil PAS, mengikut kenyataan yang dikeluarkan di sini ialah seperti berikut:

1. Ngeh Koo Ham (Adun Sitiawan): Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.
2. Nga Kor Ming (Pantai Remis): Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam.
3. A. Sivanesan (Sungkai): Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.
4. Seah Leong Peng (Pasir Bedamar): Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan.
5. Chen Fook Chye (Keranji): Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna.
6. Su Keong Siong (Pasir Pinji): Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.
7. Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.
8. Tai Sing Ng (Kuala Sepetang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan.
9.Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering): Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
10. Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubuk Merbau): Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.

Perhubungan Di Antara Hazad, Risiko dan Bahaya

Perhubungan Di Antara Hazad, Risiko dan Bahaya
(Bahasa mudah untuk kanak-kanak)


Hazad (Hazard) tidak boleh diterjemahkan sebagai bahaya. Bahaya adalah Danger dan Risiko adalah Risk. Hazad secara amnya hendaklah dikenalpasti dan dianalisa. Hazad tidak boleh diterima (acceptable) ataupun dipertimbang-sabarkan (tolerence). Tetapi risk boleh diterima dan dipertimbang-sabarkan secara pengawalan (Risk Control)

Perhubungan di antara hazad, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan contoh. Takungan air lecak adalah hazad pencemaran (kimia) kerana sifatnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan kanak-kanak dan keselamatan (mungkin adanya bendasing yang tajam dan sebagainya). Risiko air lecak memasuki tubuh badan (melalui kaki) adalah tinggi bagi kanak-kanak yang meredah kawasan takungan air lecak ini jika dibandingkan dengan mereka yang menjauhi (melalui kawasan kering lain). Bahaya jika melalui kawasan takungan air lecak ini tanpa menggunakan kasut.

Seterusnya untuk pengawalan risiko (mengambilkira kes air lecak ini) dan dipertanggungjawab kepada majikan.

1. Penghapusan mutlak risiko (Risk Elimination). Keringkan air lecak itu secara menyedutnya dengan pam.
2. Pengantian risiko (Risk Substitution). Mengantikan air dengan unsur lain seperti pasir umpamanya.
3. Pengekangkan risiko (Risk Isolation). Terdapat dua cara pengekangan risiko iaitu secara jarak (distance); mengadakan laluan lain. Cara kedua ialah secara penutupan (cover) iaitu menutup kawasan air lecak dengan papan seumpamanya.
4. Kawalan Kejuruteraan (Engineering Control). Sepatutnya tidak boleh berlaku sebarang takungan air jika paras tanah dan sistem peparitan beroperasi dengan baik.
5. Kawalan Pentadbiran (Administration Control). Adanya papan larangan atau pita tali keselamatan yang dipasang di sekeling takungan air lecak ini.
6. Alat Perlindungan Diri (Personal Protection Equipment). Langkah terakhir, jika kelima-lima cara di atas sukar dilaksanakan ialah menerima risiko air lecak dan membenarkan kanak-kanak melaluinya dengan syarat pemakaian kasut adalah dimestikan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Berikut adalah keterangan lebih lanjut yang dipetik dari buku;

Ismail Bahari, Ph.D, UKM 2004 (Prof. Dr.) Pengaturan Sendiri Di Dalam Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan McGraw Hill.

BAB 8: Pengurusan Risiko Keselamatan Pekerjaan

PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN PEKERJAAN

PENGENALAN


Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, dia memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya kepada pekerja akibat hazad yang terdapat di tempat beliau bekerja. Kebarangkalian adalah pengukuran adanya peluang atau frekuensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian berlakunya kemalangan dan impak kemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus sehingga ia boleh diminimumkan dan diterima.

Adalah tidak praktik untuk mendapatkan tempat kerja yang bebas daripada hazad kerana setiap proses di dalam aktiviti pekerjaan mempunyai elemen hazad. Maka cara yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan daripada hazad ini adalah melalui pengurusan risiko yang komprehensif dan berkesan. Pengurusan risiko adalah kawalan proaktif hazad. Ini bermakna melalui pengurusan risiko kita mampu mengenalpasti hazad, menilai risikonya dan seterusnya mengawal risiko itu sebelum ia mengakibatkan sebarang kemalangan dan kerugian. Pencapaian pengurusan risiko perlu dimantau secara berkala dan berterusan bagi memastikan hazad pekerjaan sentiasa dikawal.

HAZAD, RISIKO DAN BAHAYA

Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan di dalam pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan tersebut ialah hazad, risiko dan bahaya. Ketiga‑tiga perkataan ini kerap kali digunakan secara longgar sehingga maksudnya kelihatan sama padahal ia tidak sama dan ini sangat mengelirukan penggunaanya di dalam operasi.

Hazad

Hazad adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan yang lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza‑beza ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kecederaan kecil sehinggalah kepada kematian. “Occupational Safety and Health Assessment Series, 18002” (OHSAS 18002) dan ISO/EC Guide 51:1999 mentakrifkan hazad sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalarn konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazad, sistem kerja tidak selamat adalah beberapa contoh‑contoh hazad.

Risiko

Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa berhazad berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan faktor‑faktor kebarangkalian berlakunya sesuatu peristiwa malang, dedahan dan impak kernalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud adanya peluang kemalangan itu berlaku. Adanya peluang boleh ditentukan daripada statistik kemalangan. Misalnya, 2 kecederaan berat berlaku di dalam 1 juta jam kerja atau 400 kemnalangan nyaris di dalam 1 juta jam kerja. Dedahan bermaksud kekerapan pekerja terdedah kepada hazad. Seseorang itu mungkin terdedah kepada hazad kimia setiap masa, kadang‑kadang, jarang sekali atau sangat jarang sekali. Kesan kemalangan pula bermaksud magnitud atau impak kemalangan. Di dalam konteks kecederaan, impak kemalangan boleh melibatkan kematian, kecederaan besar, kecederaan kecil atau kemalangan nyaris. Kesan kemalangan juga boleh bermaksud ekstensivitinya, misalnya, jumlah orang yang terlibat, keluasan kawasan terlibat atau kos kerugian dan sebagainya. Impak kemalangan boleh dianggap sebagai kuantiti vektor.

Bahaya

Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazad. Perkataan ini lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazad berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazad. Begitu juga asid nitrik pekat adalah lebih merbahaya ditangani berbanding dengan asid nitrik yang telah dicairkan 10,000 kali. Panduan ISO/IEC 51:1990(E) mencadangkan perkataan "BAHAYA" digunakan untuk menarik perhatian kepada keadaan berisiko tinggi. Secara perbandingan perkataan "AMARAN" dan "AWAS" masing‑masing digunakan untuk menarik perhatian kepada keadaan berisiko sederhana dan rendah.

Perhubungan Di Antara Hazad, Risiko dan Bahaya


Perhubungan di antara hazad, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazad kimia kerana sifat intrinsik korosifnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan kerosakan kepada setengah bahan. Risiko percikan asid ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka berbanding dengan mereka yang memakainya. Bahaya jika mempipet asid hiroklorik dengan mulut.

Keselamatan di alam siber

Iklan ini tertera dalam web mail aku. Menarik juga! Rasanya mengenai keselamatan (security) dan bukannya keselamatan (safety). Kemungkinan besat aku akan daftar.

Ada yang berminat?

KESELAMATAN DI ALAM SIBER

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENGGUNA/PELAJAR/PENSYARAH IT

Dengan hanya RM120.00 (pelajar) dan RM170.00 (bukan pelajar) anda akan memperolehi pengetahuan dan maklumat yang berguna berkenaan keselamatan di alam siber.

Penceramah-penceramah jemputan dari Intel Malaysia, Dell Asia Pasific, CyberSecurity, dan lain-lain akan hadir menyampaikan maklumat tersebut.

Ianya akan diadakan di Dewan Seminar FTM, UUM pada 10 Ogos 2008.

Nikmati diskaun RM20.00 bagi pembayaran sebelum 1 Jun 2008!

Bukan itu saja. Sijil kehadiran, makan (sebanyak 3x) dan material kursus turut akan anda perolehi.

TEMPAT ADALAH TERHAD.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
04-9232400 / 2254 / 2240 (UUM)

Sunday, March 30, 2008

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan di Hari Sukan Sekolah


Sekolah kini perlu menerapkan soal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di antara guru (mewakili pekerja) dan pelajar-pelajar (mewakili pelanggan ataupun mereka yang selain daripada pekerja). Ini telah termaktub di dalam Akta Kesihatan dan Pekerjaan 1994 (OSHA) dalam seksyen tanggungjawab majikan terhadap pekerja mereka dan kepada mereka yang selain daripada pekerja tetapi masih dalam premis mereka.

Akhbar telah melaporkan pelbagai kemalangan yang melibatkan pelajar malah guru kebelakangan ini. Dari isu kesihatan (kebersihan dan higen) di mana kes-kes keracunan makanan dilaporkan sehinggakan kemalangan maut ditimpa tiang gol, jatuh dari bangunan dan sebagainya. Terbaru kejadian pagar sekolah runtuh turut dilaporkan.

Selain dari pemantauan semasa operasi harian, soal keselamatan dan kesihatan semasa menjalankan aktiviti sama ada mingguan, bulanan atau tahunan juga perlu dititikberatkan Sebagai contoh semasa mengadakan Hari Sukan Tahunan yang turut melibatkan kunjungan ibu bapa dan penjaga serta ahli keluarga lain yang berminat menyaksikan pelajar-pelajar ini mengambil bahagian.

Pengurusan Masa, Logistik dan Lokasi

Pihak pengurusan perlu merancangkan perkara-perkara yang berkaitan masa, logistik dan lokasi dengan lebih teliti. Sebagai contoh, terhadkan acara-acara yang hendak dipertandingkan di hari sukan. Semua acara hendaklah diatur supaya boleh berakhir sebelum pukul 12 tengahari. Kelewatan sehingga berlarutan sehingga pukul 2 petang sepatutnya tidak terjadi jika perancangan dibuat dengan teliti.

Mungkin boleh diadakan hanya satu acara sahaja buat setiap peringkat umur atau kelas pada hari sukan. Manakala acara-acara lain, dari acara saringan hingga acara akhir boleh diadakan sebelum hari sukan.

Ini boleh mengelakkan kepanasan terik haba matahari dan gejala kehilangan air yang melampau dari tubuh badan. Kemungkinan besar juga ramai di antara pelajar-pelajar yang tidak mengambil sarapan pagi dan tidak berpeluang untuk mengisi perut semasa acara dan ini boleh membahayakan mereka.

Pihak sekolah juga perlu memastikan makanan yang sesuai untuk pelajar-pelajar disediakan sebelum acara bermula dan juga turut dihidangkan sama ada percuma atau dijual semasa acara dijalankan. Air minuman sama ada minuman biasa atau minuman berkhasiat seperti Milo umpamanya perlu disediakan dari masa ke semasa. Pihak Milo (Nestle) biasanya tidak keberatan untuk menaja minuman ini secara percuma sekiranya mereka dimaklumkan lebih awal.

Selain dari bendera segi tiga yang berwarna-warni direntang untuk menghiaskan padang, pihak sekolah juga memastikan tali pita keselamatan (biasanya berwarna merah-putih) direntang untuk menunjukkan kawasan acara yang akan berlangsung dan juga kawasan yang perlu dielakkan oleh penghujung. Tali pita keselamatan ini amat penting untuk acara-acara yang melibatkan balingan lembing, bola besi dan sebagainya.

Khemah-khemah dan kerusi dengan bilangan yang bersesuaian perlu disediakan untuk para penghujung. Saya pernah menghadiri satu hari sukan sekolah di mana terdapat pelajar-pelajar yang berpakaian seragam persatuan mengedarkan air minuman percuma kepada semua para penghujung.

Khemah kecil atau payung berkaki juga pelu disediakan untuk pertugas di tengah padang seperti para pegawai sukan, juri, anggota pertolongan cemas dan sebagainya. Selain boleh mengelakkan kepanasan terik haba matahari, peralatan ini juga sesuai untuk mengelakkan diri mereka dan peralatan yang digunalan dari air hujan.

Ada pegawai sukan dan juri yang mengenakan topi besar mengkuang atau ala-Mexico tetapi anggota pertolongan cemas biasanya setia dengan topi pasukan seragam mereka.


Hazad-hazad dari Peralatan

Ini kerap kali terlepas pandang oleh pihak sekolah terutama yang menggunakan khidmat pemasangan khemah secara sukarela.

Banyak pin-pin penyendat tiang yang hilang menyebabkan pihak yang memasang khemah ini menyematkan sahaja besi atau dawai ke dalam lubang tiang-tiang khemah ini. Besi dan dawai yang tajam ini amat merbahaya sekali terutama kepada kanak-kanak kecil yang berlari-lari berdekatan dengan tiang-tiang ini.

Kes pelajar ditimpang tiang gol masih lagi tidak diambil iktibar oleh kebanyakan mereka yang bertanggungjawab menyediakan tiang bendera. Pelapik tiang berdera perlu mempunyai cerucuk tambahan yang boleh ditanam di dalam tanah untuk mengelakkan tiang besi ini terbalik dan berkemungkinan akan menimpa mereka yang berhampiran dengannya.

Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian biasanya gemar berkaki ayam sebelum dan selepas acara yang mereka sertai. Pekerja kebersihan sekolah perlu memastikan agar tiada sebarang objek-objek tajam dan merbahaya di atas atau di sekeliling pada sebelum hari acara.

Tong-tong sampah yang bersesuaian dengan bilangan yang mencukupi perlu disediakan. Malah perlu adanya pekerja kebersihan yang bertugas pada hari acara untuk mengosongkan dan mengemaskan tong-tong sampah yang sudah penuh.


Berhati-hati dengan acara selingan

Acara-acara yang melibatkan pelajar biasanya memerlukan siri-siri latihan sebelum hari acara. Tetapi tidak kepada acara selingan seperti acara ibu bapa atau acara guru. Kebanyakannya mereka hanyalah kali pertama mengambil bahagian dalam acara-acara selingan ini.

Acara-acara selingan ini biasanya mencuri tumpuan bukan sahaja kepada semua pelajar yang ingin menyaksikan ibu bapa atau guru mereka beraksi, malah turut menarik minat kanak-kanak kecil yang masih belum bersekolah (yang mengikuti ibu bapa) untuk menyaksikannya.

Ketika inilah tali pita keselamatan dan penghadang-penghadang (jika disediakan) tidak lagi dipedulikan oleh penonton-penonton. Mereka ingin menghampiri serapat mungkin kepada ibu bapa atau guru mereka yang akan mengambil bahagian. Mungkin untuk acara tarik tali kategori bapa tidak begitu merbahayakan. Tetapi tidak kepada acara baling bola besi kategori ibu. Ataupun acara-acara yang lebih merbahaya seperti lontar lembing dan sebagainya.


Tidak kira acara apapun, pihak pengurusan hari sukan atau pegawai yang bertanggungjawab pada hari tersebut perlu memastikan agar kesemua acara-acara dijalankan di lokasi yang bersesuaian. Para pelajar dan penghujung perlu sentiasa diingatkan tentang keselamatan-keselamatan diri mereka. Ini adalah tanggungjawab majikan (pihak pengurusan sekolah) seperti yang diwartakan dalam OSHA terhadap pekerja-pekerja mereka (para guru), pelanggan (pelajar) dan penghujung (mereka selain dari guru).

Sudah tiba masanya kepada sekolah-sekolah yang tiada guru yang khusus dipertanggungjawabkan mengenai keselamatan dan kesihatan ini dilantik dan diberi pendedahan serta latihan yang secukupnya agar kesemua warga sekolah dan juga penghujung ke sekolah merasa selamat dan sihat semasa berada di dalam kawasan sekolah.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Caption photo;
Besi atau dawai yang sepatutnya tidak dijadikan penyedat tiang. Gambar atas (tepi) pelapik tiang besi bendera, perlu ada cerucuk yang boleh ditanam di dalam tanah.

Pelbagaikan kain rentang atau papan tanda


Kain Rentang atau Papan Tanda tidak semestinya berbentuk ”formal” dengan arahan yang acapkali didengar seperti; Jangan Merokok, Dilarang Merokok atau sebagainya.

Kain Rentang di sebuah kilang mencelup tayar di Kamunting ini amat memikat hati saya. Sementelah saya pernah mencurah bakti sebagai Jurutera OSH di sini tiga tahun yang lalu. Api merupakan hazad utama di industri berasaskan getah. Kain Rentang ini mempunyai pelbagai siratan dan suratannya sendiri. Semoga semua pekerja memahaminya dengan mendalam dan menyemainya di hati sanubari mereka.

Syabas kepada mereka yang menzahirkan Kain Rentang ini dipamerkan.

lukmanw@uum.edu.my

Keselamatan kanak-kanak di khalayak ramai


Masyarakat telah dikejutkan dengan kanak-kanak Muhammad Nazrin bin Shamsul Ghazali (Yin), hilang tetapi berjaya dijumpai semula dengan selamat. Kemudiannya kehilangan Nurin Jazlin bt. Jazmin berakhir dengan penemuan mayat beliau yang sehingga kini belum lagi tertangkapnya penculik atau pembunuhnya. Bagaimanapun kehilangan Sharlinie bt. Mohd Nashar dan terbaru Mohammad Asmawi bin Jajaluddin masih lagi berlarutan sehingga kini.

Kanak-kanak yang dikaitkan dengan kehilangan ini dilaporkan kali terakhir dilihat adalah di kawasan khalayak ramai seperti pusat membeli belah, pasar malam, taman permainan dan seumpamanya.

Kanak-kanak terutamanya pada usia awal atau sebelum persekolahan perlu diberi lebih perhatian jika ibu bapa atau penjaga berhasrat membawa mereka ke khalayak ramai.

Berikut adalah perkara-perkasa asas yang perlu dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sebelum dibawa ke khalayak ramai.

1. Memaklumkan perancangan dengan tepat destinasi dan tujuan. Sebagai contoh; mula-mula ke Pusat Membeli Beli Giant dengan tujuan utama untuk membeli pakaian seragam sekolah. Kemudian ke Medan Selera Utama untuk makan malam.
2. Memakaikan kanak-kanak dengan pakaian yang mudah dikenali oleh ibu bapa dan penjaga sebagai contoh baju yang berwarna terang dengan tambahan topi berwarna terang. Kanak-kanak perempuan mungkin boleh dikenakan penutup kepala atau tudung yang berwarna terang.
3. Kanak-kanak pada usia awal atau sebelum persekolahan kerap menghadapi masalah untuk mengingati nombor telefon ibu bapa atau alamat rumah mereka sendiri. Biasakan kanak-kanak ini membawa kad nama ibu bapa yang lengkap dengan nombor untuk dihubungi. Jika perlu bawa Kad Data Kecemasan. Rujuk laman web Persatuan Bomba & Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA Malaysian Volunteer Fire & Rescue) untuk memuat-turun Kad Data Kecemasan ini. (http://www.mvfra.org/)
4. Memaklumkan suatu tempat perjumpaan jika berlakunya sebarang kejadian terpisah dari keluarga. Sebagai contoh, pintu utama atau kaunter pertanyaan jika di tempat yang dikunjungi ada perkhidmatan sebegini.
5. Sentiasa mengingatkan kanak-kanak ini berjumpa terus dengan pihak berkuasa seperti pengawal keselamatan atau pihak polis jika terpisah dari keluarga atau tersesat. Sekiranya tidak berjumpa dengan mana-mana pihak berkuasa, cuba minta bantuan dari jurujual pusat membeli belah tersebut ataupun penjual di gerai jika di pasar malam.
6. Kanak-kanak juga jangan dimomokkan atau ditakutkan dengan pihak berkuasa polis umpamanya. Kanak-kanak ini kena diberitahu bahawa polis akan menolong kita jika semasa kecemasan atau kemalangan.
7. Jangan panik dan menunjukkan rasa ketakutan dan elakkan cuba meminta pertolongan dari orang yang tidak dikenali.

Sebagai tambahan perkara-perkara berikut boleh dibuat persediaan jika berlakunya sebarang kejadian yang diingini terhadap kanak-kanak.

1. Ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa membawa sekurang-kurangnya gambar foto terbaru kanak-kanak bersaiz pasport, mungkin boleh disimpan di dalam dompet ayah atau beg tangan ibu. Foto sebegini akan memudahkan dan mempercepatkan pihak berkuasa dan orang awam di tempat kejadian untuk mengecamnya.
2. Kepada ibu bapa yang berkerja, mereka hendaklah mengetahui pakaian yang akan dipakai oleh anak-anak mereka jika terlibat dengan sebarang aktiviti selepas waktu sekolah keesokan hari. Kebiasaannya pihak berkuasa akan memulakan pencarian dengan berpandukan jenis dan warna pakaian yang dinyatakan.
3. Mengetahui siapakah kenalan-kenalan rapat anak-anak dan menyimpan nombor-nombor telefon mereka ini termasuk nombor-nombor telefon ibu bapa atau penjaga mereka.
4. Mengetahui di manakah tempat-tempat kebiasaan kanak-kanak ini pergi atau berjumpa dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Masyarakat Malaysia belum lagi bersedia untuk menggunakan tali pengikat tangan seperti yang banyak diamalkan di luar negara. Kaedah tradisional iaitu tangan kanak-kanak ini mesti dipastikan digengam walaupun mereka sendiri yang membantahnya terutama di kawasan sesak dengan orang ramai.

Kanak-kanak juga boleh diajar membawa wisel sebagai peralatan tambahan keselamatan. Bagaimanapun mereka ini perlu diajar dan diingatkan agar menggunakan wisel hanya semasa kecemasan dan ketika dikuatiri diancam. Jangan gunakan hanya untuk suka-suka.


lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Caption photo;
1. Biasakan mengetahui dengan tepat jenis dan warna pakaian kanak-kanak sebelum mereka keluar rumah.
2. Topi berwarna merah adalah satu ciri yang memudahkan kanak-kanak untuk dikenali apabila di khalayak ramai.

Thursday, March 27, 2008

Ilmu Menyelamatkan Diri


Jangan salah faham; Ilmu Mempertahankan Diri (atau Seni Bela Diri) tidak sama dengan Ilmu Menyelamatkan Diri!

Seni Bela Diri sebagai contoh Silat, Takwendo dan sebagainya. Manakala Ilmu Menyelamatkan Diri adalah sains dan naluri (six sense) serta logik dalam menyelamatkan diri jika diserang atau terlibat dalam pergaduhan.

Anak anda dari pelbagai umur hendaklah mengetahui asas-asas Ilmu Menyelamatkan Diri ini.

Asas-asas Ilmu Menyelamatkan Diri adalah berikut;

1. Sentiasa cuba elakkan dari terlibat dalam pergaduhan fizikal atau persentuhan tubuh-badan (body contact) sama ada secara langsung atau tidak secara langsung,
2. Jangan pandang rendah kemampuan lawan anak anda, walaupun anak anda belajar Seni Bela Diri atau saiz badan anda lebih besar dari lawan anda.
3. Jika boleh atau sempat, tinggalkan tenpat kejadian dengan segera. Lari jika perlu.
4. Menjerit meminta tolong boleh menyebabkan lawan anda meninggalkan anda.
5. Sentiasa lari ke tempat terbuka seperti di jalan raya dan sebagainya.
6. Jika tidak dapat lari (terperangkap sebagai contoh) jangan naikkan atau tambah kemarahan lawan anal anda. Elakkan dari mengapi-apikan (provoke) atau sebagainya terhadap lawan anda.
7. Jika dipukul, lindungi muka dan kepala dengan lengan yang menjadi perisai (rujuk photo).
8. Jika terjatuh akibat dipukul, pastikan muka dan kepala masih dilindungi oleh lengan.
9. Lindungi dada dan perut dengan menaikkan lutut setinggi mungkin hingga ke dada.
10. Mendiamkan diri atau berpura-pura pengsan mungkin menyebabkan lawan anda berhenti dari memukul anda.

Ingat walaupun anak anda belajar Seni Bela Diri, anak anda juga mesti mengetahui asas-asas Ilmu Menyelamatkan Diri.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Wednesday, March 26, 2008

How smart is SMART TUNNEL?


Saya petikkan ulasan mentor saya dalam blog (Pak Adib, http://adib.typepad.com/blog/) yang juga seorang bekas jurutera.

How smart is SMART TUNNEL?

Below is the latest news and it is still closed for traffic.

Sunday March 23, 2008
MYT 10:21:16 PM

SMART tunnel closed until further notice

PETALING JAYA: The SMART Tunnel has been closed since 6pm Saturday for flood-mitigation works because of heavy rains, and its management is unsure when it will be re-opened.

Stormwater Management and Road Tunnel Sdn Bhd experts will meet Monday to determine when the tunnel can be reopened, a spokesman told The Star.

The company is a joint venture between Gamuda Bhd and Malaysian Mining Corporation Bhd.

Call 1300-88-7188 for further information.-The Star

The test of the pudding is in the eating.Likewise,how smart is this tunnel to meet its main objectives:


....primarily to mitigate the recurring floods in the city of Kuala Lumpur, the financial, business and commercial hub of Malaysia. However, at the design stage of SMART, the dual purpose concept was born from the ingenuity of the project proponents and the motorway tunnel was integrated into the system to relieve traffic congestion at the main Southern Gateway to the city centre.

From the last few days
traffic news,it appears that the two objectives can only be met one without the other.And the primary objective of flood mitigation over-ride the relief of traffic congestion as the traffic users like me now having to suffer without knowing when it shall be opened?IMHO, the management should inform the public how long it will take to de-water the tunnel after each flood so that we the road users can plan our routes.Below is a comment from a motorist reported by The Star:

Motorist C.S Tan said he was stuck in a crawl for almost 40 minutes along the TUDM stretch at 9am.

“Traffic was moving very slowly and it was frustrating,” said Tan, who had left his house in Happy Garden at 8am.

“When we needed the Smart tunnel it was not operational,” an irate Tan said.

From the project perspectives of success,it has three levels:

1.Construction success-meeting quality,time and cost budget(plus profit to project sponsors)
2.Operational success of the tunnel to meet the main objectives of the project.
3.Business success to meet the requirements and expectations of all the stakeholders-the government,the rakyat and the project sponsors.

Tuesday, March 25, 2008

Pesawah perlu belajar dan diajar


(Kesesuaian Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) adalah meliputi semua jenis pekerjaan (occupational) termasuklah petani, nelayan dan sebagainya. Ini bermakna majikan dan pekerja di dalam bidang-bidang ini tertakluk dalam peruntukan sedia ada kepada tanggungjawab masing-masing.)

Sudah hampir 10 bulan saya menyusuri Lebuhraya Utara Selatan dari Taiping ke Changlung pada setiap hujung minggu. Susur yang amat saya sukai ialah selepas R&R Gurun iaitu Daerah Pendang hinggalah ke Jitra di mana saujana sawahnya amat menyentuh hati saya. Pada awal Jun tahun lepas ketika saya baru menjawat jawatan di UUM ini, di susur ini saya disambut dengan bau tanah baru digembur. (Kebiasaannya saya menurunkan tingkap cermin kereta ketika di susur ini!). Kemudian bau baja mengiringi anak benih disemai dan ketika pucuk mula menjulur. Ketika daun padi mula mendampar hijau terbau pula racun serangga.

Akhir sekali saya akan membau tengik jerami dibakar menandakan sudah lengkap pusingan hidup padi yang ditanam. Malah saya sudah dua kali terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas kerana asap tebal kebakaran ini. Mujurlah ada anggota penyenggaraaan Plus cepat bertindak mengawal lalu lintas. Kalau tidak mungkin akan berlaku seperti di awal tahun 2000 an dahulu di mana berbelas-belas kereta yang berlanggar sesama sendiri di dalam kesesakan kerana asap tebal ini.

Kini pusingan hidup padi akan bermula lagi. Ketibaan saya pagi tadi disambut dengan bau selut dan lecak.

Petani dan orang ramai akan berdepan lagi dengan hazad racun dan bahaya kebakaran. Siratan kali ini akan menyentuh mengenai hazad bahaya kebakaran ini.

Keputusan pihak Plus memasang papan tanda amaran seperti di atas menunjukkan risiko (bukan hazad) bahaya kebakaran di susur ini tidak dapat dielakkan. Walaupun kebakaran terbuka adalah ditegah tetapi ini adalah cara tradisional dan paling pratikal serta ekonomikal (setakat ini) yang terus dijalankan oleh pesawah-pesawah ini.

Sementara menunggu cara alternatif lain, pesawah-pesawah (dan majikan mereka jika berkaitan) ini perlu belajar dan diajar mengenai Sains Kebakaran. Tidak dinafikan pesawah-pesawah ini ada mengambil beberapa langkah keselamatan sebelum dan semasa mereka mengadakan pembakaran terbakar ini. Mungkin naluri semula-jadi ditambah dengan pengetahuan yang diajar, pesawah-pesawah ini saya dapati melakukan perkara-perkara berikut;

1. Memisahkan bahan bakar yang merebakkan api secara pengaliran (conduction) dan sinaran (radiation), di mana jerami-jerami padi ini dibakar dalam batas-batas yang terpisah,
2. Pembakaran di lewat petang, ketika pergerakan angin kurang atau perlahan,
3. Mengadakan kawalan (fire watcher), dan sebagainya.

Bagaimanapun langkah-langkah ini perlu ditambahbaikan seperti;

1. Penandaan pergerakan angin. Pihak Plus sepatutnya bukan sahaja memasang papan tanda amaran kawasan pembakaran terbuka tetapi perlu memasang bendera penandaan pergerakan angin.
2. Kawalan secara personnel sehaja tidak mencukupi perlu peralatan melawan kebakaran jika api tidak bioleh dikawal. Mungkin diperlukan kereta bomba bersaiz kecil.
3. Langkah-langkah lain yang difikirkan perlu.

Semoga alternatif lain yang memungkinkan jerami ini dikitarkan untuk menghasilkan produk yang membolehkan bukan sahaja pesawah-pesawah ini dapat menghapuskan (elimination) hazad bahaya kebakaran ini, malah boleh menambah pendapatan mereka jika jerami ini boleh dijual dan dikomersial.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Nota tambahan;
Api akan terjadi jika terdapatnya gabungan bahan bakar (fuel), oksigen (02) dan haba (heat), rangkaian ini dikenali sebagai Segitiga Pembakaran. Api merebak secara pengaliran (conduction), sinaran (radiation) dan olakan (convection). Rebakan secara pengaliran dan sinaran boleh diatasi secara memisahkan salah satu dari tiga rangkaian ini. Rebakan secara olakan (dari dan ke pelbagai medium) adalah jenis rebakan yang agak sukar untuk dihentikan.

Keranggupan yang mencurigai!


Entah mengapa kebelakangan ini saya sekeluarga tidak lagi sekerap dahulu membeli Pisang Goreng. Kalau tidak hampir setiap petang di meja makan rumah saya pasti ada Pisang Goreng. Menjadi kebiasaan juga saya malah isteri dan anak saya jika membeli Pisang Goreng turut meminta disertaikan “kerak-kerak” tepung Pisang Goreng tersebut.

Sudah pasti pilihan kami sekeluarga ialah Pisang Goreng Ranggup. Ada yang mendakwa keranggupan ini kerana cara tepungnya dibuat. Ada juga mendakwa kerana bahan rahsia di dalam tepung. Sehinggalah keratan akhbar di atas mendakwa adanya bahan asing (botol plastik?) dicairkan di dalam minyak panas yang menjadikan Pisang Goreng itu ranggup.

Benarkah dakwaan ini?

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Thursday, March 20, 2008

Asas Bahaya Kebakaran Peringkat Pra Sekolah


Saya sentiasa menyarankan agar asas OSH, Persekitaran Bahaya Kebakaran, Respon Kecemasan, Pengurusan Bencana, keselamatan jalan raya dan sebagainya diajar atau disemaikan di usia awal kanak-anak. Seelok-eloknya di peringkat pra-persekolahan. Ini bukanlah idea saya tetapi hampir kesemua negara membangun termasuklah negara jiran kita iaitu Indonesia dan Singapura telahpun melaksanakannya.

Perkara yang sama juga kerap disentuh oleh menteri-menteri dan mereka yang bertanggungjawab sama ada dengan OSH atau sistem pendidikan negara yang sedia ada. Tetapi hakikatnya mereka ini ”menyentuhnya” atau memberi harapan setelah berlakunya kejadian atau kemalangan yang tidak diingini dan didedahkan di dalam akhbar.

Sebagai contoh, subjek persekitaran sudah lama ”menumpang” dalam silibus sukatan pelajaran tetapi masih ada guru-guru yang tidak tahu kewujudan ini.

Bagaimanapun sekalung perhargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang aktif dalam melaksanakan program K3K ini (Kelab Keselamatan Kanak-kanak) semenjak penghujung tahun 90an lagi.

Secara kebetulan saya sebagai penyelaras aktiviti kanak-kanak untuk Tabika-tabika Perpaduan Jabatan Perpaduan Daerah Larut Matang Selama dan Krian, menetapkan progam K3K dan sesi lawatan ke Balai Bomba adalah acara tahunan seawal sesi persekolahan, semenjak tahun 2000.

Sebelum program K3K ini bermulapun, saya sebagai Instruktur Bomba Sukarela Kilang di Perak telah memulakan program asas kebakaran kepada tabika yang dikendalikan oleh orang rumah saya di Taiping, dan kemudiannya bergabung dengan semua tabika-tabika Jabatan Perpaduan lain di Daerah Larut Matang Selama dan Krian.

Sekadar berkongsi maklumat kepada anda semua terutama yang mempunyai anak-anak di peringkat pra sekolah.

Sekiranya pra sekolah atau tabika anak anda tidak atau belum lagi terlibat dalam program K3K ini, bolehlah anda mengesyorkan kepada guru kelas anak-anak anda ini supaa berhubung dengan mana-mana Pegawai Penjaga Balai Bomba yang berdekatan.

Program K3K ini lengkap dengan modul khas menggunakan buku yang diedarkan secara percuma kepada semua kanak-kanak yang terlibat. Terdapat juga buku khas (panduan guru) untuk guru. Kanak-kanak yang mengambil bahagian juga akan diberi sijil penyertaan dan cenderahati.

Di samping itu terdapat juga naskah bacaan (Panduan Keselamatan Kebakaran Di Rumah) untuk ibubapa dan orang ramai yang terlibat dalam program ini. Rujuk gambar kecil di atas.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Tuesday, March 18, 2008

Apa yang ada dalam dompet anda?


Siratan asal pada 17-Februari-08,
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/

Dalam kelas saya (Silibus Emergency Response Management, dalam program Master OSH), salah satu tugasan yang diberi kepada pelajar-pelajar ialah; nyatakan barang-barang yang mesti ada dalam dompet anda dan ulas kepentingannya.

Dalam dompet yang saya bawa setiap hari mengandungi benda-benda berikut;

1. Kad Pengenalan
2. Lesen Memandu
3. Salinan Photostat Kad Pengenalan
4. Kad Kecemasan Diri
5. Wang Kertas dan duit syiling
6. Kad Kredit dan Kad ATM Bank
7. Gambar Passport Size (saya, isteri dan anak)
8. Kunci spare Wira
9. Salinan Surat Nikah
10. Mini Kaledar

Kad Pengenalan dan Lesen Memandu adalah kemestian. Di samping itu saya selitkan juga satu salinan photostat Kad Pengenalan

Kad Kecemasan Diri yang mengandungi data perubatan seperti jenis darah dan waris yang boleh dihubungi jika berlakunya kecemasan. Rujuk siratan dalam blog saya sebelum ini untuk keterangan lanjut mengenai Kad Kecemasan Diri ini.

Sudah pasti wang ringgit dan duit syiling dengan komposisi berikut;

1. Wang Kertas (sekurang-kurangnya RM 1 x 5, RM 5 x 2, RM 10 x 2, RM 50 x 1)
2. Duit Syiling (sekurang-kurangnya 20 sen x 2, 10 sen x 2, 5 sen x 2)

Sebab itu saya memastikan dompet yang dibeli mempunyai ruang saku untuk diisi duit syiling. Dahulu saya sentiasa membawa dua, tiga syiling satu sen tetapi kini sudah tidak pratikal lagi. Saya juga tidak membawa banyak wang dalam dompet saya.

Saya hanya ada satu Kad Kredit dan beberapa Kad ATM Bank tapi saya lebih suka membawa Kad ATM Bank Maybank kerana lokasi tellernya ada di merata tempat.

Gambar passport size (saya, isteri dan anak). Saya teringat gambar adik Sharlinie yang dipaparkan di merata-rata tempat. Tertanya juga di hati saya tiadakah gambar lain selain dari gambar yang terpampang itu. Mungkin dahulu agak sukar untuk mengambil gambar tetapi dewasa amat mudah untuk mengambil gambar dan kosnya juga tidak semahal dahulu.

Saya pasti ramai yang telah menerima email yang mengandungi gambar-gambar adik Sharline yang ”telah diperbetulkan” dan ”dibayangkan” jika berambut panjang, bertudung ataupun botak. Terima kasih kepada seorang penulis blog yang mengambil usaha murni mengadakan gambar-gambar adik Sharline ini. Lupa pula saya akan alamat penulis blog ini.

Disebabkan ini saya sentiasa memastikan agar saya mempunyai gambar-gambar terbaru diri saya, isteri dan anak saya. Manakan tahu amat berguna di kemudian hari.

Kunci Spare Wira, sebenarnya saya selitkan juga kunci spare Atos isteri saya.

Saya tidak pasti sama ada salinan Surat Nikah masih relevant atau tidak pada saya sekarang ini! Tapi saya masih membawanya kerana hampir setiap hujung minggu (semenjak lebih dari 10 tahun) saya bermalam di hotel-hotel sama ada atas urusan mengajar atau mengendalikan acara motorsports. Takut juga saya ditangkap atas kesalahan berkhalwat atau lebih drastik atas kesalahan melakukan persetubuhan!

Entah mengapa saya masih memerlukan Mini Kalendar. Saya tidak mahir menggunakan kalendar di dalam telefon bimbit mahupun menggunakannya secara teknologi PDA dan sebagainya.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Monday, March 17, 2008

Beri Ceramah OSH kepada DOSH?


Beri Ceramah OSH kepada DOSH?
Siratan asal 7-Januari-2008,
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/

Itulah soalan pertama di kepala saya apabila menerima surat jemputan untuk memberi ceramah kepada Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Kedah/Perlis pada 18 Disember 2007 lalu.

Mengapa perlu ceramah “OSH” kepada jabatan yang bertanggungjawab terhadap “OSH”? Ini bagaikan anak murid mengajar guru malah ramai kakitangan DOSH di sini menjadi kenalan rapat saya setelah hampir dua tahun bekerja di Kulim. Termasuk seorang pegawainya adalah rakan sekuliah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di USM dahulu. Malah beliau juga adalah rakan sebilik saya di tahun akhir.

Rupa-rupanya surat jemputan tersebut adalah untuk sesi ceramah kualiti kerja bersempena Sambutan Hari Kualiti

Saya memilih tajuk “KUALITI KERJA DAN PELANGGAN” dalam konteks jabatan JKKP Negeri (dari perspektif pengamal OSH).

Sebagai pengamal OSH, di samping topik utama kualiti, saya juga menyentuh Maqasid Al-Shariyyah iaitu satu usulan yang lebih awal dari Teori Maslow (1908-1970). Kalau Maslow meletakkan “safety” di tahap kedua penting, usulan Maqasid Al-Shariyyah meletak “safety” di tahap pertama (Al-Daruriyyat), hanya agama melebihinya. Kita sering bangga Barat mementingkan “safety” tetapi masih di tahap kedua di belakang “survival” tanpa menyedari Islam itu menuntutnya sebagai keperluan asas. Rujuk nota kaki untuk keterangan lanjut.

Terasa bangga juga apabila kedatangan saya dialu-alukan dan kepulangan saya dihantar hingga ke pintu lif. Ceramah selama satu jam bersambungan pula hampir satu jam lagi sesi soal jawab dan diikuti perbincangan tidak rasmi.

Bahan persembahan saya “MS Power Point Slide Presentation” saya juga turut dipinta. Bagi saya ianya tidak menjadi permasalahan. Saya hanya menyampaikan ilmu dan ilmu itu sebenarnya milik Yang Maha Esa.

Begitu juga kepada pembaca-pembaca blog ini yang ingin berkongsi “MS Power Point Slide Presentation”, boleh menghubungi saya secara email;
lukmanw@uum.edu.my untuk mendapatkannya.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/


Nota kaki.

Al-Daruriyyat
• Keperluan Asas (Essential Needs)
• Menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, harta
Al-Hajiyyat
• Pelengkap (Complimentary Needs)
• Melebihi keperluan asas
Al-Thasiniyyat
• Keperluan Mewah (Embellishment Needs)
• Melebihi keperluan pelengkap

Adakah rumah yang anda diami sekarang ini selamat?

Siratan asal 7-Januari-2008, http://thejourney.weblog.uum.edu.my/

Bulan lepas seorang bekas guru perempuan dibunuh di rumahnya sendiri yang terletak hanya 3 km dari rumah saya di Taiping. Dilaporkan bekas guru ini yang tinggal berseorangan ditikam oleh seorang perompak yang memasuki rumahnya.

Tahun lepas bekas Ketua Polis Pulau Pinang mati ditikam di dalam satu cubaan merompak di dalam rumahnya.

Dua situasi yang berbeza di atas, situasi pertama seorang bekas guru yang tinggal berseorangan. Manakala situasi kedua, seorang bekas Ketua Polis yang tinggal bersama keluarga.

Penjenayah sekarang ini tidak menghiraukan masa. Penjenayah kecil-kecilan yang terdesak sanggup berbuat sahaja sehinggakan membunuh menjadi mainan mereka.

Dari keratan akhbar;
Pensyarah Unisel mati ditikam perompak

SHAH ALAM 7 Dis. – Seorang pensyarah teknologi maklumat di Universiti Industri Selangor (Unisel) mati setelah cedera ditikam ketika bergelut dengan seorang daripada tiga lelaki yang memecah masuk rumahnya di Jalan Bakti, Simpang Tiga, Ijok, Kuala Selangor dekat sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa, Abd. Rahman Rahmat, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk dan tangan selepas dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam dipercayai pisau.

Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ibrahim Chin berkata, ketika rumah dipecah masuk melalui pintu belakang, mangsa sedang membaca buku di bilik bacaan rumah batu setingkat miliknya.

Beliau berkata, isteri dan lima anaknya yang berusia antara dua bulan hingga empat tahun sedang tidur.

Menurut beliau, mangsa yang terdengar bunyi bising di dapur pergi untuk memeriksa dan terserempak dengan lelaki-lelaki yang memecah masuk rumahnya.

"Berlaku pergelutan antara mangsa dengan seorang lelaki sementara dua yang lain dipercayai menggeledah rumah mangsa. Mangsa cedera parah ditikam di tengkok dan tangan dalam pergelutan itu.

"Bagaimanapun, isterinya berusia 29 tahun dan kesemua anaknya tidak dicederakan," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Ibrahim memberitahu, siasatan awal polis mendapati, perompak hanya berjaya mengambil wang tunai sebanyak RM50 daripada dompet mangsa sebelum melarikan diri.

"Kita percaya terdapat lebih daripada seorang suspek yang terlibat dalam kejadian ini dan kesemua suspek hanya mengambil masa kurang 20 minit untuk menggeledah rumah mangsa sebelum menyamun wang tunai RM50 itu," katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek sukar dikenal pasti kerana muka mereka ditutup dengan kain.

Sementara itu isteri mangsa, Halimah Tairin, 29, berkata: "Saya ingat suami saya ingin bergurau tapi rupa-rupanya yang kejutkan saya itu adalah salah seorang perompak yang bunuh suami saya''.

Ibu itu berkata, pada mulanya, dia menjangka perompak itu suaminya kerana perompak tersebut menutup muka dengan baju anak sulungnya.

Bagaimanapun, katanya, dia menjadi takut apabila perompak itu mengeluarkan parang dan menyuruhnya diam sambil berkata, 'Ini rompakan'.

"Selepas beberapa minit, perompak itu keluar dari bilik sambil mengambil telefon bimbit dan beg tangan yang mengandungi duit RM50," kata Halimah yang juga seorang suri rumah.

Dia kemudian mendengar jeritan suara lelaki menyebut 'Lailahaillallah' dan kemudian senyap.

Kakitangan KLIA mati ditikam penyamun

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Seorang kakitangan perkhidmatan pelanggan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mati ditikam dalam kejadian samun kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Saujana Impian, Kajang dekat sini malam tadi.

Mangsa, Irmaliana Irazal, 21, yang ditemui dengan satu tikaman pada rusuk kiri meninggal dunia dalam perjalanan ketika dihantar ke Hospital Serdang, kira-kira pukul 10.30 malam.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama ibunya, Rosnah Abdul Aziz, 41, dalam perjalanan pulang dari kedai serbaneka 7-Eleven berhampiran rumahnya dengan menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nizam berkata, dalam perjalanan itu, mangsa diekori dua orang suspek yang juga menaiki motosikal.

"Suspek memperkenalkan diri sebagai polis meminta mangsa menunjukkan kad pengenalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Rosli, bagaimanapun ibu mangsa yang curiga sebaik melihat parang dalam raga motosikal suspek menyuruh anaknya melarikan diri.

Katanya, kedua-dua beranak itu meninggalkan motosikal di tempat kejadian sebelum lari memasuki rumah jirannya.

Bagaimanapun, tambah beliau, mangsa berpatah balik untuk mengambil dompet yang ditinggalkan dalam raga motosikalnya itu.

"Apabila keluar dari rumah, ibunya melihat mangsa rebah di tempat kejadian dan motosikalnya didapati hilang dipercayai dicuri suspek," ujarnya.

Menurut Rosli, Irmaliana bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan awal, polis percaya motif kejadian adalah samun.

"Polis kini sedang memburu kedua-dua lelaki itu dan sedang mengenal pasti motosikal yang dilarikan suspek dalam kejadian tersebut," katanya.

Tambah Rosli, sehingga kini, tiada senjata ditemui di tempat kejadian dan kawasan berhampiran.

"Malah, ketika kejadian, tiada saksi yang berada di kawasan tersebut untuk mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal ditunggang suspek," jelasnya.

Beliau memberitahu, polis yakin suspek adalah warga tempatan dan tidak mengenali mangsa.

Tambahnya, laporan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat ditikam menggunakan senjata tajam sedalam hampir 15 sentimeter.

Mangsa yang merupakan belas pelajar program Diploma Perakaunan Kolej Universiti Teknologi & Pengurusan Malaysia (KUPTM) itu merupakan anak sulung daripada enam beradik.

Jenayah Allahyarham dituntut keluarganya kira-kira pukul 2.30 petang di Hospital Serdang dan akan dikebumikan di kampung halamannya, Kampung Bukit Goh, Kuantan, Pahang selepas solat Asar.

Adakah Rumah Anda Selamat Untuk Anak Anda?

ADAKAH RUMAH ANDA SELAMAT UNTUK ANAK ANDA?
Tulisan: Khairunnisa Hussin, JELITA, Mei 1997, mukasurat 138-140

Rumah dikatakan tempat paling selamat berlindung tetapi tanpa disedari kemalangan di rumah sering menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak dan warga tua.

Ramai tidak prihatin soal keselamatan di rumah terutama bagi anak kecil berusia 2 - 4 tahun. Perlu disedari, kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa anak dan membawa kecacatan yang terpaksa ditanggung seumur hidup.

Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 peratus kemalangan di rumah membabitkan kemalangan kecil seperti luka, terseliuh dan bengkak; 10 peratus mengalami kemalangan perlu dirawat seperti patah, luka besar yang perlu jahitan, disengat serangga berbisa dan melecur. Sejumlah lima peratus mengalami kemalangan teruk yang memerlukan mereka dimasukkan ke hospital seperti terbakar, jatuh yang mencederakan kepala dan satu peratus lagi cacat seumur hidup.

Menurut Pakar Pediatrik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Zulkifli Ismail, yang juga Pakar Pediatrik di Hospital Kuala Lumpur, kanak-kanak berusia 2 - 4 tahun lebih mudah mendapat kemalangan di rumah.

"Pada usia inilah mereka mula bergerak cergas tetapi tidak dapat membezakan antara bahaya dan selamat," katanya.

Menurut Dr Zulkifli secara purata lebih kurang 36 peratus kemalangan berlaku di ruang tamu dan ruang makan, 22 peratus di ruang legar, 18 peratus di luar rumah, sembilan peratus di dapur dan empat peratus di bilik mandi.

Ruangtamu,anjung dan tangga

Kemalangan bagi kanak-kanak banyak terjadi di sini. Ia membabitkan jatuh biasa atau serius.

Rumah bertangga dan bahagian split-level patut dibuat sekatan atau palang supaya kanak-kanak, terutama yang berusia empat tahun ke bawah, tidak dapat turun dan naik sendiri. Menurut Dr Zulkifli jangan sekali-kali membiarkan anak kecil sendirian di tingkat atas rumah, di atas anjung atau tempat-tempat tinggi. Jatuh dari tempat tinggi boleh menyebabkan kecederaar serius seperti patah dan pendarahan otak.

Pastikan perabot di ruang tamu tidak mengundang kemalangan kerana kanak-kanak suka memanjat dan mereka tidak tahu bahaya yang menanti. Jangan letak perabot dekat tingkap atau beranda yang boleh dipanjat anak.

Bagi rumah yang bertangga, pastikan barangan dan permainan tidak dibiarkan bertaburan di atas tangga kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak, juga orang dewasa, terjatuh.

Bilik mandi

Lemas dan jatuh antara kemalangan kerap terjadi di rumah. Bilik mandi tempat berbahaya jika dibiarkan kanak-kanak bawah usia enam tahun bermain atau mandi sendirian kerana merekaboleh lemas atau jatuh kerana licin. Kejadian lemas di bilik mandi selaIunya terjadi kepala anak-anak berusia 1~2 tahun. Pastikan semua tempat simpanan air ditutup selepas digunakan kerana kanak-kanak boleh jatuh ke dalamnya dan lemas. Mereka boleh lemas di dalam air yang sedikit di dalam baldi, walaupun ia hanya sedalam 15 - 30 cm.

Bayi kecil yang dimandikan tidak boleh ditinggalkan sendirian, walaupun sekejap. Mereka mungkin jatuh tertonggeng dan lemas. Bawa bayi anda bersama jika anda terpaksa mengalih perhatian kepada sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa.

Menurut Dr Zulkifli jangan sekali-kali mandikan anak kecil di dalam sinki kerana ini boleh menyebaban kepala mereka terhantuk pada tepi sinki dan akan berlaku retak tempurung kepala atau pendarahan otak. Bayi patut dimandikan di dalam besen di atas lantai.

Kanak-kanak harus dimandikan di atas lantai supaya mereka tidak mudah jatuh. Jatuh yang teruk dari tempat tinggi boleh menyebabkan patah teruk dan darahan. Pastikan jubin bilik mandi jenis tidak . Banyak kecederaan patah tulang paha di karan warga tua disebabkan jatuh ketika berada di bilik mandi.

Kejadian lemas di luar rumah (kolam, tasik atau ,kang) sering terjadi pada kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas.

Bilik tidur

Kanak-kanak tidak mengenal erti bahaya. Katil yang selalunya enak dan empuk dibuat tidur boleh juga mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Antara bahaya itu, kanak-kanak mungkin jatuh dari katil, terhempas barang-barang berat seperti seterika dan keracunan.

Alat elektrik yang tidak digunakan patut disimpan di tempat selamat dan digulung wayarnya. Alat elektrik yang rosak atau terkoyak wayarnya tidak patut digunakan kerana kanak-kanak mungkin terkena kejutan elektrik jika memegangnya.
Soket elektrik mesti ditutup dengan penutup keselamatan dan pastikan suis ditutup untuk mengelak kanak-kanak daripada bermain dengannya.

Menurut Dr Zulkifli ramai ibu bapa tidak tahu yang barangan kosmetik pun boleh menyebabkan keracunan terutama pada anak kecil. Tarikan kepada warna-warna dan bau alat solek akan menyebabkan mereka terdorong memasukkannya ke dalam mulut dan ini boleh menyebabkan keracunan. Ibu bapa seharusnya meletakkan alat solek mereka di tempat tinggi yang sukar dicapai oleh anak-anak. Ubat-ubatan ibu bapa juga patut disimpan di tempat yang berkunci. Jangan makan ubat di hadapan anak kerana mereka akan meniru perbuatan ini.
Pilihan katil kanak-kanak perlu dibuat dengan bijak. Perlu dipastikan agar ia tidak dicat dengan cat bertoksid kerana kanak-kanak kecil suka menggigit katil dan ini boleh menyebabkan keracunan. Jarak di antara palang-palang katil anak juga mesti kurang daripada 6 cm supaya badan dan kepala anak tidak boleh bolos di antara dua palang.

Dapur

Boleh dikatakan dapur tempat paling berbahaya dibiarkan kanak-kanak berada di situ sesuka hati. Menurut Dr Zulkifli kanak-kanak sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke dapur sama sekali.

"Ramai ibu bapa tidak sedar dapur boleh mendatangkan bahaya kepada anak mereka. Mereka boleh terjatuh, tersiram minyak atau air panas, terkena api dapur dan keracunan bahan cucian.

Menurut Dr Zulkifli banyak perkara perlu diambil perhatian menjamin keselamatan di dapur termasuk jangan alas meja jika ada anak kecil. Mereka mungkin menarik alas meja dan menyebabkan barang-barang di atas meja terjatuh ke atas mereka. Masakan panas perlu diletak jauh di tengah meja supaya tidak tersimbah.

Pemegang periuk dan kuali juga perlu diletakkan menghala ke bahagian dalam agar sukar bagi kanak-kanak mencapainya. Banyak kes melecur berlaku kerana tersimbah makanan dan minyak panas dari periuk dan kuali.

Di dapur juga selalunya banyak bahan pencuci disimpan. Pastikan anda menyimpannya di dalam almari bertutup dan berkunci atau di tempat tinggi yang sukar dicapai kanak-kanak.

Elakkan mengguna botol minuman untuk menyimpan cecair beracun seperti minyak tanah, turpentin dan racun serangga. Cecair beracun perlu disimpan di dalam botol asal dan bukan di dalam botol minuman. Ini dapat mengelakkan anak anda daripada terminum bahan beracun ini.

Laman rumah

Ini termasuk taman dan bahagian laman. Kemalangan yang sering berlaku ialah sengatan dan gigitan serangga berbisa seperti lebah, kala jengking, tebuan dan lipan. Perlu diingatkan, kanak-kanak mesti diawasi apabila bermain di taman kerana mereka tidak dapat membezakan antara binatang berbisa dan tidak. Kanak-kanak lebih kecil patut diawasi supaya tidak makan daun-daun beracun di laman rumah. Kanak-kanak berusia lebih dua tahun juga perlu penjagaan rapi apabila mereka keluar rumah kerana mereka mungkin akan berlari keluar ke tepi jalan tanpa melihat kenderaan yang lalu lalang. Ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Ibu bapa yang mengundur kereta perlu memastikan anak-anak mereka tidak berada di belakang kereta. Banyak kemalangan serius membawa maut membabitkan ibu bapa sendiri melanggar anak mereka tanpa disedari.

Bagi warga tua pula, kemalangan yang sering terjadi ialah jatuh di bilik mandi dan juga di tempat-tempat licin di rumah. Perlu dipastikan yang tempat-tempat ini selamat untuk mereka kerana warga tua lebih senang mengalami patah tulang apabila terjatuh. Untuk rumah bertangga, pastikan ada lampu menerangi tempat itu supaya mereka tidak terjatuh apabila bangun pada waktu malam. Warga tua juga sering terbabit dalam kebakaran. Pintu rumah perlu senang orang keluar masuk kerana dalam kebanyakan kes kebakaran yang dilaporkan, mangsa terkunci di dalam rumah.

Panduan

1. Jangan biarkan anak anda mandi sendirian di dalam bilik mandi.
2. Peralatan rumah yang tajam dan berbahaya mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
3. Perabot berbucu tajam tidak sesuai rumah yang ada anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar atau terjatuh.
4. Barangan kosmetik, bahan cucian dan peralatan rumah mesti diletakkan sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.
5. Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat menyimpan makanan. Bekas berkunci penting kerana menyukarkan kanak-kanak membukanya
6. Elakkan mengguna pintu atau tingkap kaca kerana kanak-kanak mungkin menerpa dan tercedera.
7. Jika tinggal di rumah pangsa atau pangsapuri, pastikan ruang di antara palang tepi tangga tidak lebar sehingga boleh memboloskan kepala atau dada kanak-kanak. Jarak setiap palang mesti kurang daripada enam senti meter .
8. Elakkan mengguna buai untuk menidurkan anak berusia lapan bulan lebih kerana mereka mungkin terjatuh.
9. American Academy of Paediatric memaklumkan bahawa walker tidak selamat untuk kanak-kanak dan ia terbukti tidak membantu kanak-kanak berjalan dengan lebih cepat.
1o. Pastikan rumah anda dipasang alat pengesan asap (smoke alarm).
11. Dapur perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api (fire extinguisher) untuk memadam kebakaran kecil dapur jika berlaku.
12. Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain pintu utama Elakkan memasang gril yang sukar dibuka.

Profesional perlu amal pembelajaran sepanjang hayat

BERITA HARIAN / 25-Disember-2007

MEMANDANGKAN kes membabitkan profesional terus meningkat, khasnya yang membabitkan keselamatan orang ramai dan kesihatan, persoalan yang timbul ialah ‘adakah golongan profesional kita cukup ilmu?’
Apabila merujuk kepada profesional, kita maksudkan seseorang yang bertugas dalam satu bidang atau profesion yang memenuhi kriteria berikut :

l. Bidang tugas memerlukan pengetahuan dan kemahiran pada tahap tertentu yang diperoleh menerusi pendidikan formal dan bukan formal.

2. Bidang tugas itu dikawal selia oleh sebuah badan, pertubuhan atau persatuan, yang mengkhusus dalam membangunkan tugas.

3. Tugasnya memanfaatkan masyarakat, dalam menyediakan khidmat dan produk tanpa menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat dan alam sekitar.

Ambil bidang kejuruteraan sebagai contoh. Untuk menjadi jurutera, seseorang perlu belajar kejuruteraan sekurang-kurangnya hingga ke peringkat ijazah.

Pengajian kejuruteraan ini perlu diakreditasi oleh Lembaga Kejuruteraan Malaysia (BEM), menerusi Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC).

Hanya mereka yang mengikuti program yang diakreditasi boleh menerima ijazah kejuruteraan. Di negara ini, kursus yang ditawarkan bagi pelajar kejuruteraan lazimnya mengambil masa antara empat tahun (bagi mereka yang masuk selepas matrikulasi atau STPM) dan lima tahun (bagi mereka yang masuk selepas SPM).

Di negara lain, khasnya Jerman dan Russia, tempoh itu mungkin lebih lama, sehingga enam atau tujuh tahun, untuk dilatih sebagai jurutera.

Jika penuntut kita ditanya hal ini (perlu diingatkan mereka perlu belajar selama lima atau enam tahun), mungkin mereka akan menjawab, ‘Ya’.

Tetapi itukah hakikat sebenarnya? Adakah pendidikan dan latihan yang diterima oleh profesional ini (termasuk jurutera, doktor, arkitek, juru ukur, peguam, akauntan dan pengurus) cukup bagi mereka menampung tugas sebenar?

Adakah mereka bersedia untuk bertugas dengan peringkat pengetahuan ini, kemahiran dan profesionalisme?

Tanggungjawab seseorang profesional bukan saja memerlukan seseorang itu memiliki pengetahuan yang cukup dalam bidangnya, malah sifat tugas itu juga memerlukannya memiliki keazaman tinggi untuk membuat keputusan yang tepat.

Jika keputusan itu membabitkan peruntukan lebih besar, atau jika projek itu begitu besar ia boleh menjejaskan orang ramai, beban mengambil keputusan yang tepat pastinya lebih berat.

Adakalanya wujud kes di mana faktor lain (bukan sekadar membabitkan keputusan profesional yang mudah berdasarkan kepada teori yang diterima atau batas teknikal) yang memerlukan profesional untuk memikirkan di luar batasan.

Oleh itu, memandangkan cabaran yang dihadapi oleh golongan profesional, badan profesional perlu meneliti pendidikan dan pembangunan profesional anggota mereka.

Memandangkan perkembangan ini, kita perlu menggalakkan golongan profesional untuk meningkatkan lagi pembangunan profesional mereka.

Pembangunan Berterusan Profesional (CPD) adalah sesuatu yang mesti bagi membolehkan golongan profesional menampung cabaran semasa dalam persekitaran kerja mereka.

Mereka tidak boleh berhenti daripada berlatih dan belajar selepas menerima ijazah kerana teknologi dan penemuan baru bukan statik dan perlu dikemaskini secara berterusan. Selain itu, profesional perlu sentiasa mencari jalan dalam membina jati diri, amanah, berpegang kepada keputusan, dan sebagainya yang akan memuliakan lagi profesion masing-masing. Kata-kata hikmah Nabi Muhammad SAW menggalakkan sebarang usaha mencari ilmu sejak lahir hingga akhir riwayat. Pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan berterusan perlu digalakkan dalam masyarakat kita, khasnya di kalangan profesional.

Pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan berterusan haruslah mudah dan murah untuk dicapai.

Mengapa saya menulis?


Siratan asal pada 27-Disember-2007,
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/


Sekarang saya berada di Ipoh. Di samping menemani anak saya yang mengikuti Kursus English Cambridge di sebuah Pusat Bahasa di sini, saya mengikuti kursus pendek “English for Technical Writing”.

Sebenarnya sebelum ini saya ada menerima beberapa email dan juga panggilan telefon serta sms berkaitan dengan perkara-perkara berikut;

1. Mengapa saya menyiarkan email yang menulis secara campuraduk bahasa (Bahasa Malaysia dan Inggeris) serta menggunakan singkatan sms?

2. Mengapa saya tidak menulis dalam Bahasa Inggeris? Lebih ramai yang akan mendapat manafaatnya?

Respon kepada soalan pertama. Dalam penulisan blog, saya tertarik dari segi bahasa yang digunakan oleh The Reader, Pak Adib dalam blognya;
http://adib.typepad.com/blog/, dan Anasalwa, Funny Accent dalam blognya; http://funnyaccent.typepad.com/, serta Hasrizal Jamil “Abu Saif” dalam blognya; http://saifulislam.com/.

Memang saya ada maklumkan kekaguman saya kepada mereka ini (Pak Adib, Anasalwa dan Ust. Hasrizal). Malah menganggap mereka sebagai mentor dan pencetus idea untuk saya menyirat serta memilih OSH sebagai mediumnya.

Saya agak keberatan pada mulanya untuk menyiarkan dua email yang bercampuraduk bahasa dan penggunaan istilah sms itu. Sementelah Pak Adib sendiri pernah menasihati saya agak menulis dengan sebaik mungkin sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris. Tetapi saya menganggap isi kandungan email itu terlalu berharga untuk dikongsi sesama pengamal OSH. Dan saya sendiri telah meminta izin dari penulis asal untuk menyiarkannya di dalam blog ini.

Respon saya kepada soalan kedua. Setelah beberapa hari mengikuti kursus pendek ”English for Technical Writing” , saya merasakan saya perlu mengikuti kursus “English for Story Teller” pula. Kursus ’English for Technical Writing” ini memang bagus dan amat sesuai sekali untuk penyediaan laporan dan kertas kerja teknikal dalam Inggeris tetapi bukan untuk menghasilkan sebuah tulisan atau rencana yang berbentuk penceritaan.

Saya masih belum dapat ”meluahkan” apa yang saya ingin siratkan dalam Inggeris. Secara am, saya minta beberapa rakan sekursus saya membacanya tetapi ”maksud” yang saya ingin sampaikan agak berbeza dengan yang apa difahami mereka.

Saya sebenarnya ”kehilangan” seorang mentor saya dalam penulisan dalam medium Inggeris. Ketua jabatan saya dahulu (semasa di Silverstone) yang sering mengalakkan saya menulis teks ucapan (dalam Inggeris) untuk beliau adalah mentor terbaik saya. Beliau akan sedaya upaya mengekalkan ayat asal hasil tulisan saya tetapi dibetulkan dengan tata bahasa yang tepat. Ramai yang menganggap teks ucapan itu disediakan oleh mereka yang begitu mahir dalam penulisan dalam Inggeris.

Saya perlu berguru lagi.

Mengapa saya menulis? Akan saya siratkan di masa mendatang.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Caption photo;
Saya membeli buku ini semalam di Tesco Ipoh (RM 34.90) dan menghabiskan serta menghayatinya malam semalam juga. Agak menarik isi kandungannya.