Thursday, January 20, 2011

Soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai


Soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai

Paling akhir saya masuk Bilik Mesyuarat di Bangunan Ekonomi UUM ini ialah sekitar pertengahan tahun lepas. Pagi tadi saya ada mesyuarat dengan PNC di bilik ini. Terdapat banyak perubahan di dalam bilik mesyuarat ini.

Antaranya ialah penggunaan soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai. Pertama kali saya melihat soket ini ialah di dewan pameran barangan rumah / perabut rumah di Kuala Lumpur. Kali kedua saya melihatnya dipasang di banglo sepupu isteri saya, seorang penguasaha kosmetik di Golf Resort Bertam Perdana.

Selain amat sesuai dipasang di dinding, soket ini sesuai untuk meja panjang atau meja diatur bentuk-U. Soketnya boleh diubah sepanjang railing yang dipasang. Soket ini juga boleh ditambah bilangannya (dengan kapasiti bekalan).

Penggunaannya mudah. Soket boleh digerakkan (dilaras) mengikut panjang kabel alatan eletronik yang digunakan. Soket diketatkan dengan cara memusingnya (gerakan ikut jam - on / gerakan lawan jam - off).

Dengan penggunaan soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai ini tiada lagi loose cable yang berselirat atas lantai.

Mungkin kos tinggi jika dibandingkan dengan extansion wire tetapi berbaloi untuk masa jangka panjang demi keselamatan pengguna.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/







4 comments:

lukmanw@gmail.com said...

Ada sesiapa boleh berikan nama alat ini? Dalam Bahasa Inggeris?

afiznordin said...

Salam,
saya goggle, dan jumpa
'flexible power outlet'.

regards
Afiz

lukmanw@gmail.com said...

Salam dan terima kasih AFiz Nordin.

Cekap betul awak goggling - saya goggling tapi jumpa ;-)

afiznordin said...

hehe,

Lama juga meng'gugel' kerana saya pun ingin tahu namanya. Lagipun rumah sepupu saya ada pakai alata ini. so saya goggle dulu, kalau tak dapat saya nak call je dia..

btw- terima kasih atas masa Tuan di niosh bangi last saturday. InshaAllah saya akan ambil MOSH tapi bukan masa terdekat.