Monday, January 24, 2011

Ular Senduk! Terima kasih Bomba Kamunting


Ular Senduk! Terima kasih Bomba Kamunting

Minggu lepas anak saya sudah memaklumkan beliau ternampak seekor di belakang rumah kami di Taman Kamunting Jaya ini. Semalam ketika sibuk bergotong-royong dan memotong beberapa pokok serta semak di belakang rumah tidak kelihatan pula ular ini.

Sebentar tadi sekitar pukul 4pm anak saya ternampak semula ular ini. Menariknya kali ini ular tersebut sedang diacah-acah oleh beberapa ekor kucing termasuklah dua ekor anak kucing! Jenuh jugalah isteri dan anak saya menghalau kucing-kucing tersebut sehingga terpaksa mengumpankan beberapa ekor ikan goring!

Walaupun ular tersebut kelihatan tidak bermaya, saya mengambil keputusan untuk menelefon Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting (05 891 2322).

Beberapa anggota bomba sampai (dalam keadaan hujan mula lebat) dan berjaya menangkap ular ini. Kami dimaklumkan bahawa ular ini adalah Ular Senduk dan ia tidak bermaya kerana sedang dalam proses bersalin kulit.

Terima kasih Bomba Kamunting.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com








No comments: