Sunday, January 23, 2011

Gotong royong cegah denggi


Gotong royong cegah denggi

Susulan dari peningkatan kes denggi di Taiping dan khususnya di kawasan Kamunting tempat kediaman saya ini, pagi tadi berlangsungnya gotong royong yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Expo (termasuk Kamunting Jaya dan Kamunting Bistari).

Syabas kepada JKKK yang menganjurkannya. Pemberitahuan (secara photostat) dihantar kesemua rumah beberapa hari sebelum acara hari ini. Begitu juga dengan makluman di surau-surau.

Aturcara (seperti dalam hebahan), penduduk hanya perlu membersihkan kawasan belakang dan depan rumah masing-masing, pihak JKKK akan menghantar lori untuk mengangkut sampahsarap ini.

Aturcara berjalan lancar pagi tadi. Penghargaan kepada "beberapa AJK JKKK" yang datang bersama lori kerana merekalah inilah yang bertungkus-lumus menjayakan acara ini. Tanggungjawab mereka sepatutnya hanya mengangkut sampai ke dalam lori "bertambah" dengan tugasan memotong pokok dan semak! Ada juga lorong belakang rumah yang tidak dapat dilalui oleh lori ini kerana terhalang oleh pokok, pasu bunga, ampaian kain dan sebagainya. Ini amat merbahaya jika berlakunya kebakaran dan kenderaan bomba tidak boleh melaluinya.

Penyertaan penduduk terutama golongan veteran dan warga emas amat mengalakkan. Begitu juga dengan kanak-kanak sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah rendah. Sedikit menjadi kehairanan di mana perginya remaja-remaja belasan tahun dan awal 20an? Mungkin mereka "keletihan" kerana malam tadi sibuk dengan aktiviti malam minggu!

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments: