Saturday, January 1, 2011

Jarakkan kenderaan anda


Jarakkan kenderaan anda

Semasa dalam perjalanan dari Tianjin ke Beijing 2 minggu lepas, saya perhatikan banyak papan tanda yang mengingatkan semua pengguna Lebuhraya Tianjin-Beijing ini supaya menjarakkan kenderaan masing-masing.

Papan tanda itu juga menyatakan supaya kenderaan dijarakkan sejauh 100 meter. Malangnya saya tidak berpeluang mengambil gambar papan tanda tersebut.

Di samping ingatan menjarakkan kenderaan, terdapat juga papan-papan tanda menandakan jarak 50 dan 100 meter (seperti dalam posting ini) untuk memberitahu pemandu sejauh mana jarak 100 meter tersebut.

Ini adalah langkah keselamatan yang boleh dicontohi oleh pihak berkuasa trafik atau lebuhraya di Malaysia.

Bagaimanapun pemandu atau pengguna lebuhraya itu sendiri perlu memahami dan mematuhi arahan menjarakkan kenderaan sebegini. Ada pemandu dan pengguna yang tidak bertanggungjawab akan mengambil tempat di hadapan kenderaan yang kita pandu jika kita menjarakkan kenderaan.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/




No comments: