Saturday, January 23, 2010

OSH in Kindergarten




OSH in Kindergarten

Kanak-kanak di peringkat pra-sekolah adalah sasaran terbaik untuk diajar berkaitan keselamatan dan kesihatan (OSH) ini. Asas-asas keselamatan seperti bahaya peralatan tajam, bahaya kebakaran, keselamatan jalan raya dan asas-asas kesihatan seperti kebersihan diri serta penjagaan persekitaran dan sebagainya adalah dedahan awal terbaik untuk kanak-kanak ini.

Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia umpamanya menyediakan mata pelajaran khas untuk kanak-kanak pra sekolah ini melalui kegiatan 3K (Kelab Keselamatan Kanak-kanak). Malah saya sebagai jurulatih bomba sukarela kilang sering juga dijemput oleh pihak bomba Kamunting dan Taiping untuk bersama-sama melatih (sebenarnya memberi dedahan awal!) kepada kanak-kanak ini.

Walaupun secara kebetulan isteri saya adalah seorang guru tabika, pengelibatan saya dengan kanak-kanak pra sekolah ini lebih awal lagi sebelum saya mengenali beliau. Selepas berkahwin saya lebih kerap mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti dengan kanak-kanak pra sekolah ini. Antara acara tahuman yang saya kendalikan ialah ialah One Day Water Fun di Bukit Merah Lake Town Resort yang kemudiannya program ini dijadikan (ditiru?) oleh pihak pengurusan taman tema itu.

Ini termasuklah juga Perkhemahan (bermalam) yang diselitkan dengan slot-slot keselamatan dan sebagainya.

Bimbang dengan beberapa kejadian
kanak-kanak ditimpa dan dihempap peralatan baru-baru ini, hari ini saya memasang palam pengikat dinding untuk set tv dan set komputer di kelas tabika isteri saya ini.

Selain dari mengukuhkan kedudukan set tv dan set komputer itu, fungsi palam pengikat dan kabel keluli ini juga sekurang-kurangnya mampu nmenghalang kejadian kecurian.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com






1 comment:

苦瓜鹹蛋Star said...
This comment has been removed by a blog administrator.